- Berita
- Berita Auto
- Jumlah Kenderaan Sama Dengan Populasi, Fikir Luar Kotak Untuk Elak Sesak – Ahmad Maslan
Jumlah Kenderaan Sama Dengan Populasi, Fikir Luar Kotak Untuk Elak Sesak – Ahmad Maslan

Jumlah kenderaan berdaftar di negara ini bersamaan dengan populasi penduduk, 34 juta. Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Ya, statistik ini kebetulan sama, makna macam setiap orang ada satu kenderaan, jadi untuk mengelak kesesakan kita kena berfikir di luar kotak," katanya.
Dengan jumlah sebesar ini, kesesakan jalan raya yang dahsyat semasa tiba musim cuti sukar untuk dielakkan. Namun benarkah tiada solusi?
Rancang Perjalanan
Ahmad berkata, beberapa perkara boleh dilakukan mengurangkan kesesakan seperti merancang perjalanan dan mempertimbangkan penggunaan pengangkutan awam.
“Cuba kita cuti masa orang tidak bercuti, kita mulakan perjalanan pada subuh atau malam. Kalau cuti Jumaat, Sabtu dan Ahad mungkin kita boleh mulakan perjalanan pada pagi Khamis dan pulang petang Isnin,” katanya.
Orang ramai juga digalakkan untuk merujuk kepada CCTV di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi melihat keadaan lalu lintas lebuh raya secara langsung sebelum memulakan perjalanan.
Ahmad turut menggalakkan orang ramai untuk memanfaatkan perkhidmatan kereta api seperti ETS dan ECRL yang bakal siap. Pengangkutan awam seperti penerbangan juga boleh dipertimbangkan, terutama pada waktu cuti perayaan apabila tambang penerbangan biasanya lebih murah.
Usaha Daripada Pihak Berwajib

Pihak berwajib juga boleh memanfaatkan teknologi dan memperkenalkan inisiatif lain yang dapat membantu melancarkan lagi perjalanan orang ramai seperti Smart Lane dan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang membolehkan pengguna lebuh raya membuat pembayaran tol secara kad debit atau kredit.
Selain itu, PLUS Malaysia Berhad turut melancarkan aplikasi MyPLUS-TTA untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka, namun sayangnya hanya sekitar 30% pengguna yang memanfaatkan aplikasi ini.
Kaedah Moden Atasi Kesesakan di Lebuh Raya
Ahmad turut menyentuh tentang penggunaan teknologi moden dalam pembinaan lebuh raya bagi mengurangkan kesesakan. Beliau memberi contoh lebuh raya di Korea Selatan yang mempunyai lorong tengah khas untuk penunggang basikal, yang dilindungi panel solar untuk menjana tenaga bagi pencahayaan waktu malam.
“Inovasi di lebuh raya khususnya di laluan keluar membolehkan kita makan, berehat dan sebagainya,” katanya.
Baca: Kerajaan Kaji Guna AI Selesaikan Masalah Kesesakan
Penambahbaikan Rest Service Area (RSA)
Dalam usaha untuk memperbaiki kemudahan di lebuh raya, kerajaan juga merancang untuk memperbanyakkan kawasan Rest Service Area (RSA) yang lebih moden berbanding Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) sedia ada, lengkap dengan fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV).
“PLUS juga sedang melaksanakan projek lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua bagi menyuraikan kesesakan yang berlaku di Pulau Pinang khususnya di kawasan Perai,” tambah beliau.
Kos Tinggi Hapuskan Tol

Ahmad turut menjelaskan bahawa penghapusan tol di seluruh negara adalah hampir mustahil kerana ia memerlukan kos yang sangat tinggi, dianggarkan sekitar RM450 bilion. Jumlah ini jauh melebihi belanjawan tahunan negara, menjadikannya sukar untuk kerajaan mengambil alih semua konsesi tol.
Namun begitu, beliau menyatakan bahawa kerajaan telah melaksanakan pemberian tol percuma semasa musim perayaan sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan kesesakan dan menggalakkan orang ramai memulakan perjalanan di luar waktu puncak.
Sumber: Sinar Harian
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nak Jimat Minyak? Ahmad Maslan Cadang Carpool, Berbasikal
Resipi Ahmad Maslan Lawan Harga Minyak: Dari Basikal ke EV.
30-03-2026
Kerajaan Kaji Guna AI Selesaikan Masalah Kesesakan
Kerajaan sedang mengkaji pelbagai langkah berkesan yang boleh dilaksanakan dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya negara ini,
18-09-2024
Tiada Lagi Subsidi Bahan Api Untuk T20
Golongan T20 tidak lagi dapat menikmati manfaat subsidi bahan api, ini sebabnya...
22-05-2023
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi Sedang Dirangka – Ahmad Maslan
Kerajaan sedang merangka Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang dijangka akan siap pada separuh kedua tahun ini.
28-03-2023
Rakyat Patut Dikenakan Caj Kesesakan Semasa Waktu Puncak?
Rakyat Malaysia telah menghabiskan 75 jam dalam kesesakan pada waktu puncak. Ini solusinya?
24-12-2023
Rakyat Lemas Dalam Trafik
Secara purata, setiap penduduk Lembah Klang terpaksa menghabiskan masa lebih 500 jam di dalam kenderaan.
11-03-2024
Lupus Kereta Lebih 10 Tahun Sebagai Solusi Kesesakan Trafik
Penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencadangkan satu langkah yang boleh diambil untuk kurangkan kesesakan.
16-06-2022
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

