Tarik Balik Beg Udara Takata: Ini Model Terjejas:

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menarik balik 6,671 keretanya yang membabitkan pelbagai jenis model yang dihasilkan antara tahun 2010 hingga 2014 selepas mengesan masalah pada perumah peledak gas beg udara di bahagian pemandu.
Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.
Menurut kenyataan itu antara model yang terjejas ialah Golf GTi generasi keenam, Eos, Passat CC, Polo, Beetle dan Vento, dimana ia dilengkapi dengan generator gas beg udara di bahagian pemandu.


Antara model yang terjejas ialah Beetle.
“Kebimbangan terhadap perumah berkenaan adalah disebabkan kemerosatan pada pemula pendorong peledak gas tersebut kerana kelembapan udara yang tinggi dan suhu yang turun naik dalam tempoh masa yang lama.
“Ini boleh menyebabkan potensi kecederaan pada pemandu dan penumpang,” katanya.


Antara model yang terjejas.
Untuk itu, pihak VPCM telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan rakan peniaga bagi memastikan ketersediaan alat ganti bagi memastikan penarikan balik berjalan dengan lancar dan cekap.
Sehubungan itu, penarikan balik di seluruh negara akan dijalankan secara berperingkat bagi memudahkan untuk menguruskan bilangan kes.
“Semua pemberitahuan kepada pemilik dibuat berdasarkan pangkalan data Volkswagen. Makluman mengenai perkara ini akan dibuat menerusi e-mel dan WhatsApp.

“Bagi pelanggan yang membeli kenderaan daripada pemilik terdahulu atau pengedar kereta terpakai dinasihatkan untuk segera menghubungi Volkswagen terdekat yang diberi kuasa peniaga untuk pengesahan,”tambahnya.
Bagaimanapun, bagi pihak yang terjejas, anda jangan risau kerana sekiranya penggantian komponen diperlukan, tiada sebarang kos akan dikenakan ke atas pemilik.
Untuk keterangan lanjut, layari.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jom Tengok Golf R-Line Di Pusat Beli-Belah One Utama
VPCM mengadakan roadshow di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
24-02-2022
Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal
Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.
22-02-2022
Volkswagen Golf R-Line Dan GTi 2022 Dilancarkan: Harga Bermula Daripada RM155K
Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd baru sahaja melancarkan Volkswagen Golf terbaharu di Litar Antarabangsa Sepang.
17-02-2022
Tawaran Istimewa Volkswagen Sepanjang Bulan Jun
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan promosi penjimatan istimewa sepanjang bulan Jun ini.
04-06-2021
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge