[KAJIAN] Lexus, Genesis Dan Kia Jenama Paling Kurang Bermasalah
Lexus RX 350F Sport 2020
Syarikat perkhidmatan maklumat pemasaran global, J.D. Power, semalam telah mendedahkan data yang diperoleh daripada Kaji Selidik Kebolehpercayaan Kenderaan 2023.
Kedudukan kenderaan dalam senarai adalah berdasarkan purata bilangan isu yang dialami setiap 100 kenderaan dalam tempoh 12 bulan. Penilaian dibuat berdasarkan kualiti, penggantian komponen dan daya tarikan.
J.D. Power mengumpulkan data ini berdasarkan respon daripada lebih 30,000 pemilik kenderaan model tahun 2020.
Kategori masalah yang diberikan perhatian dalam kajian ini ialah:
Bahagian luar kenderaan
Pengalaman pemanduan
Ciri/Kawalan/Paparan
Bantuan pemanduan
Infotainmen
Tempat duduk
Iklim
Bahagian dalam kenderaan
Trenkuasa
Kajian ini mendedahkan bahawa enam daripada 10 masalah yang paling kerap berlaku adalah membabitkan sistem infotainmen yang termasuk isu pengecaman suara, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Senarai Jenama Paling Dipercayai
Tahun ini, Lexus berjaya kembali merampas kedudukan pertama dengan hanya 133 masalah dilaporkan bagi setiap 100 kenderaan. Naik enam tangga berbanding tahun lalu dengan 159 isu per 100 kenderaan.
Jenama mewah di bawah Hyundai Motor Group, Genesis pula naik ke tangga kedua tahun berbanding tangga keempat tahun lalu dengan hanya 144 masalah dilaporkan setiap 100 kenderaan.
Senarai Jenama Paling Dipercayai (Sumber: J.D. Power)
Di tangga ketiga, Kia dengan hanya 152 isu bagi setiap 100 kenderaan, berbanding 145 yang dilaporkan tahun lalu.
Pada tahun 2022, ketiga-tiga jenama di bawah syarikat Korea, Hyundai Motor Groups – Hyundai, Kia dan Genesis – berada pada kedudukan lima teratas, namun tahun ini, jenama Hyundai jatuh ke tangga yang kelapan dengan 170 masalah setiap 100 kenderaan.
Hyundai Elantra
Selain itu, dua jenama di bawah General Motors – Buick dan Chevrolet – masing-masing berada di kedudukan keempat (159 isu) dan kelima (162 isu).
Tahun ini, buat pertama kalinya respon daripada pengguna Tesla turut diterima sebagai data dengan skor 242 masalah setiap 100 kenderaan. Namun jenama ini tidak dimasukkan ke dalam senarai kerana Tesla tidak membenarkan J.D. Power mengakses informasi pengguna daripada beberapa negeri yang mana kebenaran diperlukan oleh undang-undang.
Model Terbaik
Syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corp. tertinggi berbanding syarikat lain yang mana enam modelnya tersenarai sebagai kenderaan paling dipercayai iaitu Lexus NX, Lexus RX, Toyota C-HR, Toyota Highlander, Toyota Sienna and Toyota Tacoma.
Senarai Model Paling Dipercayai (Sumber: J.D. Power)
Kedua-dua BMW AG dan General Motors pula empat modelnya berjaya mendapat kedudukan teratas bagi setiap segmen – BMW AG bagi model BMW 4 Series, X2 dan X5 serta Mini Cooper, sementara General Motors pula bagi model Chevrolet Blazer, Chevrolet Silverado HD, Chevrolet Tahoe dan GMC Sierra.
Senarai Model Paling Dipercayai (Sumber: J.D. Power)
Hyundai Motor Group menerima tiga anugerah segmen bagi Kia Forte, Optima dan Sportage.
Senarai Model Paling Dipercayai (Sumber: J.D. Power)
Secara keseluruhannya, model terbaik dalam kajian ini ialah Lexus RX dan Toyota C-HR.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPS2194
SELANGOR
BSH7390
JOHOR
JYG6210
PULAU PINANG
PRT9760
PERAK
APB1984
PAHANG
CFD4665
KEDAH
KGC2615
NEGERI SEMBILAN
NEH1067
KOTA KINABALU
SJM5844
KUCHING
QAB1584M
Terakhir Kemas Kini 14 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.90
+0.02
EURO 5 B7
RM 3.10
+0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2025
Berita Terkini
Projek SSLR 2 Bakal Jadi Penghubung Antara Sarawak Dan Sabah Tanpa Perlu Melalui Brunei
Projek SSLR Fasa 2 dijangka siap pada 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.
12-09-2025
Syarat Projek WISE Masih Belum Dimuktamad
Pembinaan lebuh raya sepanjang 60 kilometer yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar telah diluluskan kerajaan pada Disember 2023.
12-09-2025
Pengumpul Kereta Eksotik, JP Chin, Jadi Penerima iCaur 03 Pertama Di Dunia
Selepas menjadi negara pertama yang menerima kehadiran jenama iCaur, baru-baru ini, acara penyerahan yang pertama di dunia bagi model iCaur 03 telah berlangsung di pusat pengedaran iCaur Petaling Jaya.
12-09-2025
Jual Kereta Terpakai Anda Secara Terus Kepada Pelanggan Di Sunday Car Market 21 Sept Ini!
Selepas menerima sambutan hangat pada Julai lalu, Caricarz Automall mengumumkan acara Sunday Car Market akan kembali diadakan pada 21 September 2025 depan.
12-09-2025
Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta
Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.
12-09-2025
Laluan Lintasan Hidupan Liar Pertama Di Johor, Bakal Siap 3 Tahun Lagi
Laluan lintasan hidupan liar pertama bakal dibina di Jalan Persekutuan FT50 yang menghubungkan Kahang, Kluang ke Mersing, Johor.
12-09-2025
Semua Penumpang Kereta Wajib Pakai Tali Pinggang, Tarikh Penguatkuasaan Masih Belum Diputuskan
JPJ bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara.
11-09-2025
Bomba Selamatkan Lelaki Tersangkut Di Tiang MRT, Mujur Tak Mati
Seorang lelaki bernasib baik kerana diselamatkan pasukan penyelamat selepas dia didapati terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT)di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
11-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat