Jaguar I-Pace Kini Ada Di M'sia, Harga Bermula RM460K
Buat julung kalinya, Jaguar Land Rover Malaysia melancarkan secara rasminya, kenderaan utiliti premium sport (SUV) elektrik sepenuhnya, Jaguar I-PACE di bilik pamerannya di Ara Damansara, Petaling Jaya pagi tadi.
SUV mewah ini hadir dalam dua varian, LE dan HSE dimana harga bermula LE ialah RM460,800 manakala HSE pula RM498,800.
Apa yang beza di antara kedua-dua varian ialah ciri suspensi udara, sistem bunyi Meridien dan tempat duduk sports bagi versi HSE.
“Jaguar I-Pace adalah satu kejayaan buat kami dalam menerokai elektrifikasi selain strategi untuk mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju EV.
“Kami yakin SUV premium bertraf dunia ini akan mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran tempatan,” katanya.
Untuk pengetahuan anda, Jaguar I-Pace yang didatangkan dengan ciri-ciri praktikal dalam reka bentuk kotemporari telah memenangi lebih 80 anugerah di peringkat global termasuk Kereta Terbaik Dunia, Reka Bentuk Kereta Terbaik Dunia dan Kereta Hijau Dunia.
Manakan tidak, SUV ini dilihat cukup mewah selain sarat dengan teknologi dan inovasi terkini.
SUV ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.8 manakala daya pecutannya 400m pula sekitar 12.4 saat.
Apa yang cukup menarik ia mampu meredah air sedalam 500mm.
Mengenai baterinua, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 90kWj. Untuk itu, I-PACE mampu menawarkan jarak gerak sehingga 470mkm dengan sekali cas.
Apa yang cukup menarik ialah para pelanggan boleh menikmati kadar pengecasan lebih pantas apabila disambungkan ke wallbox 11kW dengan jarak 53km dicapai dalam sejam.
Sementara itu, kadar pengecasan dari sifar kepada penuh dalam masa 8.6 jam, sekali gus membolehkan kereta dicas semalaman di rumah.
Hasil sentuhannya juga dilihat cukup mewah.
Melihat bahagian papan pemukanya, ia terdiri daripada kluster instrumen definisi tinggi bersaiz 12.3 inci, skrin sentuh atas dan bawah 10 inci yang memaparkan kawalan putaran haptik berbilang fungsi, serta grafik yang kemas dan terang untuk memberi pengalaman yang intuitif.
Melihat jentera ini, ia sememangnya direka bentuk dengan mengambil kira pengalaman pemandu, ruang dalaman kereta dilengkapi teknologi inovatif, termasuk sistem infohibur Pivi Pro dipacu pemproses terkini yang boleh dihidupkan dengan pantas.
Menyentuh mengenai ruang butnya pula, ia dilihat cukup besar dan anda mampu menyumbat pelbagai barangan anda. Ini kerana ia seluas 656 liter (L) namun jika kerusi belakang direbahkan, saiznya mencecah sehingga 1,453L.
Apapun dengan adanya inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pengguna EV, nampaknya bagi yang mampu, anda boleh memiliki Jaguar I-Pace pada harga yang cukup berpatutan.
Ia didatangkan dengan tempoh waranti lima tahun atau 150,000 kilometer dan khidmat bantuan tepi jalan tiga tahun .
Ini termasuk servis percuma sehingga lima tahun atau 120,000 kilometer serta waranti bateri kenderaan elektrik pula diberikan sehingga lapan tahun atau 160,000 km.
Jaguar Land Rover Malaysia juga memberikan kredit percuma sebanyak RM1,000 menerusi aplikasi DC GoToU bagi tempahan yang diterima dalam tempoh pelancaran sehingga 28 Mei ini.
Untuk makluman anda, tempahan SUV elektrik ini boleh dibuat di bilik pameran Jaguar di Ara Damansara dan Pulau Pinang.
Pelanggan yang berminat boleh mendaftar di jaguar.com.my.
Anda juga boleh datang ke bilik pameran Jaguar Land Rover di Ara Damansara pada hari esok. Untuk keterangan lanjut, layari https://www.jaguar .com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPN9523
SELANGOR
BSH1704
JOHOR
JYF2632
PULAU PINANG
PRT3754
PERAK
APA3372
PAHANG
CFD2279
KEDAH
KGB8344
NEGERI SEMBILAN
NEG7409
KOTA KINABALU
SJM1728
KUCHING
QAB9382L
Terakhir Kemas Kini 19 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.13
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.90
-0.04
EURO 5 B7
RM 3.10
-0.04
Terakhir Kemas Kini 14 Aug, 2025
Berita Terkini
Acura RSX Didedah Di Amerika, Bakal Dilancar Secara Rasmi Tahun Depan
Nampaknya, Acura bakal menghidupkan semula nama RSX untuk model coupe crossover elektrik sepenuhnya.
15-08-2025
Xpeng P7 Gen Kedua, Sporty Habis, Pintu Kini Gaya Gunting
Xpeng akhirnya mendedahkan imej Xpeng generasi kedua, P7 “Wing Edition, baru-baru ini.
15-08-2025
Jaecoo E5 Masuk UK, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?
Jaecoo mengesahkan bahawa Jaecoo E5 akan mula dihantar ke United Kingdom (UK) bermula Oktober ini.
15-08-2025
Proton e.MAS 7 EV NO.1 Di Malaysia Sebab Dalam 7 Bulan, 4,959 Unit Terjual
Proton e.MAS 7 merupakan model EV Nombor 1 di Malaysia selama tujuh bulan berturut-turut, memandangkan dalam hanya tujuh bulan sebanyak 4,959 unit Proton e.MAS 7 terjuaL.
15-08-2025
Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa
Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.
13-08-2025
BYD Yangwang U9 Track Edition Catat Kelajuan Luar Biasa, Cecah 3,019 PS
MIIT China baru-baru ini mendedahkan maklumat terkini mengenai model supercar elektrik BYD, Yangwang U9 Track Edition, versi jauh lebih menggerunkan.
12-08-2025
Xpeng P7 Pula Didedah, 586 HP, Macho Habis!
Model generasi kedua Xpeng P7 yang dinanti-nantikan akhirnya membuat penampilan sulungnya di China, baru-baru ini.
07-08-2025
BMW iX3 Neue Klasse Guna Teknologi eDrive Gen6 – Capai 800 KM, Cas 10 Minit Untuk 350 KM
BMW bersedia untuk memperkenalkan model elektrik terbarunya kepada dunia, iX3 generasi seterusnya di IAA Mobility atau Munich Motor Show 2025.
07-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat