EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan satu draf untuk mengurangkan kos pengeluaran kenderaan elektrik (EV) demi menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.


Menurut laporan Automotive World, Suruhanjaya Eropah (EC) telah mengesahkan bahawa mereka akan mengeluarkan satu draf cadangan untuk memperincikan kategori ‘E car’ baharu ini dalam tempoh terdekat ini.
Draf itu akan menjelaskan lebih lanjut mengenai saiz, berat, dan kapasiti motor yang sebenarnya bertujuan untuk menjimatkan kos sebanyak 10-20%. Dengan pengurangan ini, harga untuk sesetengah EV berjenama Eropah berupaya turun daripada €15,000 hingga €20,000 (RM71,785 hingga RM95,714).

Perincian baharu ini juga dijangka akan menghapuskan beberapa keperluan wajib seperti sistem pengesan mengantuk, bantuan penjajaran lorong, dan isyarat hentian mengejut untuk EV kompak yang fokus kepada bandar.
Laporan itu turut menyebut bahawa ciri-ciri itu mungkin tidak diperlukan bagi EV kompak selain dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang hanya meningkatkan kos pengeluaran EV tersebut.
Sekiranya kelas kenderaan ini diluluskan oleh EC, jenama Eropah seperti Volkswagen, Renault, dan Stellantis dijangka akan "untung besar".
Ini bermakna, EV Eropah kompak seperti Volkswagen ID.Polo yang bakal dilancarkan dan model ID.1 yang lebih kecil boleh ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu di bawah €25,000 (RM119,642) dan €20,000 (RM95,714).
Secara hakikatnya, kewujudan kereta mampu milik dari China di Eropah dikatakan menjadi salah satu sebab utama cadangan klasifikasi baharu ini akand diwujudkan.
Ia berikutan pengeluar kereta China kini telah menguasai 7% daripada keseluruhan pasaran kereta Eropah pada Julai-September 2025.
Walaupun bahagian pasaran EV meningkat kepada 12% setakat tahun ini, ia masih didominasi oleh BYD dari China, walaupun terdapat duti import sebanyak 45.3% yang dikenakan oleh EU ke atas EV buatan China.

Bagaimanapun, perincian kenderaan kompak baharu ini juga berpotensi untuk membangkitkan semula minat EU terhadap kereta kei Jepun, yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai halangan bukan tarif oleh kesatuan itu.
Malah, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga turut tertarik dengan kereta kompak sehingga beliau telah meluluskan pengeluaran “tiny car” domestik, sekali gus membuka peluang eksport bagi model khas Jepun dan Malaysia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kesatuan Eropah 'Ubah Fikiran', Batal Pengharaman Kereta Petrol & Diesel
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mengambil langkah mengejutkan dengan menarik balik sasaran agresif mereka untuk mengharamkan sepenuhnya kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2035.
18-12-2025
Tayar Perlu Selamat, Boleh Guna Lama, Ini Baru Betul!
Kesatuan Eropah kini memperkenalkan peraturan baharu mengenai tayar kenderaan.
25-07-2024
Semua Kereta Baharu Wajib Pasang Kotak Hitam, Ada Sebabnya
Semua kenderaan baharu di EU wajib memasang kotak hitam (atau Event Data Recorder, EDR) bermula Julai ini.
30-01-2024
Kesatuan Eropah (EU) Muktamad Penjualan Kereta Petrol, Diesel Menjelang Tahun 2035
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mencapai kata sepakat untuk mengharamkan jualan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2035.
31-10-2022
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
