ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Peugeot Landtrek 2023, 1 Varian, 1 Pilihan Enjin, Harga Bermula Dari RM120K

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengedar tunggal kenderaan Peugeot di Malaysia, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) melancarkan secara rasminya trak pikap Peugeot Landtrek 2023.

Ditayangkan secara global pada tahun 2020 namun ia baru sahaja dilancarkan untuk pasaran ASEAN.

Untuk makluman anda, trak pikap sederhana ini hanya didatangkan dengan satu varian dan cuma terdapat satu pilihan enjin.


Menyentuh mengenai enjinnya, trak pikap ini dikuasakan dengan  enjin 1.9 liter empat-silinder turbodiesel yang mampu memberikan kuasa setinggi  150hp dan tork 350Nm.

Dikhabarkan, enjn diesel ini dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan selain mampu mencapai kelajuan sehingga 168 kilometer sejam (km/j).

Dari segi rekaannya, bahagian hadapannya dihiasi dengan logo singa dan hadir dengan muka signatur Peugeot.


Jika diamati dari jauh, lampu nyalaan siang LED Fang di bahagian kiri dan kanan arah depan menggambarkan ia seolah-olah taring singa dimana ia adalah bahasa rekaan standard untuk mana-mana model Peugeot ketika ini.


Menyentuh mengenai rimnya, ia datang dalam  saiz  18 inci dan  dibaluti dengan profil tayar 265/60/R18.

Seperti trak pikap yang lain, Landtrek Peugeot ini juga hadir dengan kelengkapan seperti tempat pemijak tepi, rel bumbung, palang sport dan tailgate biasa. 

Menyentuh bahagian luarannya, ia  didatangkan dengan lampu utama LED automatik dan lampu DRL LED termasuk lampu penunjuk arah

Terdapat juga  lampu kabus selain dilengkapi dengan pengelap cermin automatik manakala cermin sisinya boleh dilipat.

Dari segi dimensi, Peugeot Landtrek memiliki saiz dimensi sepanjang 5,330 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,819 mm dan jarak antara roda sepanjang 3,180 mm.


Mengenai tugas-tugas mencabar, ia mampu meredah pelbagai laluan mencabar memandangkan jarak dari tanah adalah sekitar 235mm. Maka, ia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakukan sebarang perjalanan yang mencabar.


Ia juga menawarkan tiga mod pemanduan iaitu 2WD High, 4WD High dan 4WD Low dan dimaklumkan Ggndar belakangnya menggunakan differential jenis kunci secara mekanikal.

Bahagian ruang kargonya agak luas dan lampu belakangnya mengapit logo singa dan dibawahnya tertera perkataan Peugeot Landtrek.


Menjengah bahagian kabinnya, terdapat skrin infotainmen 10 inci, dengan kawalan suara serta sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto manakala panel instrumennya pula bersaiz 4.2 inci.

Malah, dengan adanya, pendingin hawa dwi-zon sebenarnya memberikan keselesaaan kepada semua penumpanya, tidak kira penumpang di hadapan atau belakang.


Seperti biasa, sterengnya boleh dilaras ke atas dan bawah, serta ke hadapan dan belakang.

Bukan itu sahaja, semua tempat duduk Landtrek dibalut dengan kemasan upholsteri 'Leatherette' selain boleh dilaras secara elektrik kepada enamarah dan ditambah dengan sokongan lumbar dua arah semata-mata untuk memberikan keselesaan yang mencukupi.

Di bahagian belakang, ia mempunyai ruang bahu selebar 1,550 mm dan ruang lutut kira-kira 50 mm. Kesemuanya bahagian belakangnya dilebarkan bagi menyediakan keselesaan untuk penumpang belakang.


Bukan itu sahaja, kerusi penumpang belakang mempunyai sandaran yang boleh dicondongkan 23 darjah untuk memberikan keselesaan.

Kerusi belakang juga boleh direbahkan dan ia dikatakan mampu menampung muatan sehingga 100 kilogram.

Dari segi ciri-ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan enam beg udara, sensor parkir, pandangan kamera 360 darjah, Program Stabiliti Elektronik (ESP), kawalan turun bukit, Amaran Keluar Lorong, Isofix, dan satu-satunya ciri ADAS disediakan di ruang but.


Bagi yang berminat untuk membeli trak pikap ini, ia hadir dengan enam pilihan warna:  Ceramic White, Silver Grey, Magnetic Blue, Red Rubi, Rockstone Grey, dan warna eksklusif untuk Landtrek ialah Olea Green. 


Ia dijual pada harga RM120,072 atas jalan tidak termasuk insurans selain didatangkan dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun standard bersama  had perbatuan 100,000km.

Apa pula pandangan anda mengenai Peugeot Landtrek 2023?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPF6173

SELANGOR

BSF3404

JOHOR

JYA695

PULAU PINANG

PRR3241

PERAK

ANW4564

PAHANG

CFB9531

KEDAH

KGA8357

NEGERI SEMBILAN

NEG1694

KOTA KINABALU

SJL1724

KUCHING

QAB4815L

Terakhir Kemas Kini 06 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.74

-0.03

EURO 5 B7

RM 2.94

-0.03

Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-02-2024
Berita Auto

17-11-2023
Berita Auto

17-05-2023
Kereta Baru

20-03-2023
Berita Auto

16-01-2023
Berita Auto

Peugeot Landtrek Tempa Nama di Afrika Selatan

Peugeot memperkenalkan jentera terbaharunya, Peugeot Landtrek.

07-01-2022
Berita Auto

06-02-2025
EV

31-01-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes AMG GT 63 4Matic+Coupe, Harga Berjuta, 585 Hp

MBM akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-AMG GT Coupe generasi kedua ke pasaran tempatan., sebentar tadi.

05-06-2025
Kereta Baru

Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik

Pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback) kini dibuka.

03-06-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K

Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.

03-06-2025
Kereta Baru

MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000

MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

20-05-2025
Kereta Baru

BEV Pertama Honda Dilancar, Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000

Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya model kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.

15-05-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K

GAC M8 PHEV dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ini yang menarik...

12-05-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Jetour T2, SUV "Rugged", Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Selain SUV VT9, Jetour Malaysia turut mempamerkan salah satu SUV lasak mereka di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) y iaitu Jetour T2.

10-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.