ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

[PANDUAN] Ini 7 Kategori Kereta Yang Ada Di Pasaran, Apa Yang Sesuai Untuk Anda?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Dalam dunia automotif, pelbagai jenis kenderaan dengan pelbagai bentuk badan diperkenalkan setiap tahun. Perubahan yang berlaku dari tahun ke tahun ternyata bukan hanya pada teknologi kenderaan tetapi juga dari segi rekaan. Semakin banyak inovasi bentuk badan baharu diperkenalkan, menjadikannya semakin rumit untuk difahami atau dikenalpasti. 


Jangan risau! Dalam artikel kali ini, CariCarz akan menjelaskan bentuk dan gaya badan yang wujud dalam dunia automotif. Kami telah membahagikan kesemua jenis kenderaan yang popular ini kepada tujuh kategori. Teruskan membaca…


#1 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV)/Crossover


Turut dikenali sebagai Kenderaan Utiliti Sub-urban, SUV/Crossover merupakan jenis kenderaan yang cukup popular. Apa yang membezakan SUV dan Crossover?




Kebiasaannya, SUV dibina dengan saiz yang lebih besar berbanding Crossover. SUV juga boleh diletakkan dalam beberapa kategori iaitu bersaiz sederhana, atau bersaiz penuh. Jika anda merancang untuk menggunakan kenderaan bagi meredah laluan yang mencabar seperti keluar dan masuk hutan,  melalui kawasan berlumpur dan sebagainya, SUV adalah pilihan yang tepat. 


Namun diingatkan, bukan semua SUV memiliki kemampuan off-road, kerana ini bergantung kepada jenis trenkuasa yang digunakan. 




Dari segi sistem, SUV menggunakan sistem pacuan empat roda 4WD dengan kebolehan untuk pemandu memilih mod pemanduan yang sesuai dengan gaya pemanduan atau situasi. Contoh SUV ialah Mitsubishi Pajero, Ford Everest dan Isuzu MUX.


Sementara itu Crossover pula dibina dalam pelbagai saiz daripada sub-kompak hinggalah saiz penuh. Namun banyak juga pengeluar yang merujuk kepada Crossover sebagai SUV bersaiz kecil atau SUV kompak. Kebanyakan (bukan semua) Crossover menggunakan sistem pacuan tayar hadapan (FWD), ini menjadikan Crossover sebagai pilihan yang lebih menjimatkan minyak.


Crossover sesuai untuk anda yang inginkan sebuah kereta bagi kegunaan harian, dalam masa yang sama, cukup tinggi supaya tidak berasa terlalu 'kerdil' di jalan raya dan boleh menempuh banjir dengan yakin. Contoh Crossover FWD yang ditawarkan di pasaran ialah Honda BR-V, Honda HR-V dan Mazda CX-30.


#2 Sedan/Saloon


Hadir dalam bentuk badan ‘pecahan tiga kotak,’ sedan sering dianggap sebagai bentuk badan kereta yang paling praktikal dan menjadi pilihan mereka yang berkeluarga kecil. 




Turut dikenali sebagai kereta jenis saloon, sedan terkenal dengan kemampuan pengendalian dan kemudahan pergerakan yang lebih baik berbanding SUV. Sedan memiliki radius pusingan yang lebih kecil dan ruang yang lebih luas pada bahagian penumpang dan kargo. 




Selain itu, sedan juga lebih rendah berbanding kebanyakan bentuk badan lain kecuali versi yang lebih sporty seperti coupe atau convertible. 




Untuk pengtahuan anda, sedan telah melalui proses inovasi sehingga terlahirnya sedan fastback yang mana rekaannya berbeza berbanding sedan biasa, ini ditonjolkan oleh kedudukan cermin belakang yang menyendeng dan but belakang yang pendek, seperti bentuk Toyota Vios baharu.


#3 Hatchback


Pada asalnya,  hatchback digunakan untuk merujuk kepada kereta dengan bukaan but bersama dengan cermin belakang. Hatchback terkenal sebagai sejenis kereta yang ‘mesra poket’ seperti Perodua Axia. Reka bentuk seperti ini membuatkannya sesuai untuk kegunaan golongan muda dan bujang. 




Perbezaan ketara antara sedan dan hatchback dapat dilihat pada bahagian pembahagian antara kargo dan tempat duduk penumpang belakang. Untuk hatchback, kebiasaannya ruang simpanan belakang berkongsi dengan ruang tempat duduk penumpang yang hanya dipisahkan dengan penyandar kerusi dan penutup di bahagian atas. Tanpa penutup ini, ruang but boleh diakses dari kerusi belakang. 




Dari segi pemanduan, dengan saiz badan yang kecil, hatchback dilihat sebagai pilihan yang tepat untuk kegunaan dalam kawasan bandar. Mudah untuk dipandu di laluan yang padat dan mudah untuk diparkir walaupun ruang terhad. 


#4 Coupe


Perkataan coupe ini pada asalnya merujuk kepada kereta dua pintu seperti Ford Mustang dan BMW Z4 atau Bentley Continental GT, berbeza dengan sedan biasa yang memiliki empat pintu. Namun akhir-akhir ini, banyak pengeluar kenderaan semakin inovatif dalam penghasilan bentuk baharu sehingga lahirnya SUV coupe dan saloon (atau sedan) coupe.




Gaya coupe kebiasannya digabungkan pada SUV atau sedan untuk menjadikan kereta kelihatan lebih sporty dengan penggunaan garis bumbung coupe. 



Salah satu contoh sedan coupe ialah Mercedes-Benz CLA-Class, manakala SUV coupe pula agak banyak seperti Mercedes-Benz GLC Coupe, Volvo C40 Recharge dan Maserati Grecale.


#5 Convertible


Reka bentuk convertible agak menyerupai sebuah coupe dalam kebanyakan aspek namun bezanya, adalah convertible memiliki fungsi bukaan bumbung sama ada dengan cara ditanggalkan atau dilipat. 




Secara umumnya, kereta convertible terbahagi kepada dua jenis iaitu soft-top dan hardtop. Berikut adalah penjelasan ringkas kedua-dua versi kereta convertible ini:


  • Soft-top: Bumbung fleksibel ini biasanya diperbuat daripada fabrik kalis air, gentian akrilik, PVC, getah atau vinyl. Ketiadaan tiang B membuatkan kenderaan kelihatan menarik apabila bumbung dilipat.
  • Hardtop: Memandangkan soft-top tidak dapat ‘menjalankan tugas’ dengan baik untuk melindungi pengguna kenderaan dalam cuaca ekstrem atau bunyi bising. Untuk menangani isu ini, kereta dengan bumbung yang diperbuat daripada aloi dan keluli (hard-top) dihasilkan. Bumbung boleh disimpan di bahagian belakang apabila ditanggalkan. Memiliki tiang B, rekaannya kurang menarik apabila bumbung 'dihilangkan.'



Selain kategori yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa lagi jenis convertible yang lebih spesifik laitu roadster, retractable hard-top dan cabriolet. 


#6 Kenderaan Pelbagai Guna (MPV)


Pilihan paling praktikal dalam senarai ini, kenderaan pelbagai guna (MPV) adalah jenis kenderaan yang tepat untuk mereka yang berkeluarga selain sesuai untuk kegunaan harian. 




MPV kebiasaannya memiliki ruang yang luas dan boleh memuatkan antara 7 ke 9 orang penumpang, jauh lebih besar berbanding SUV. 




Tempat duduk barisan kedua dan ketiga biasanya boleh dilipat untuk memberi memperluaskan ruang kargo.



Di Malaysia, segmen yang paling hangat ialah segmen MPV kompak yang terdiri daripada kereta seperti Perodua Alza, Toyota Veloz dan sebagainya. Terdapat juga MPV mewah tujuh tempat duduk dengan lebih luas seperti Toyota Alphard. 


#7 Trak Pikap


Kebanyakan trak pikap yang ditawarkan di pasaran memiliki layout dual-cab yang boleh memuatkan sehingga lima orang penumpang serta ruang kargo terbuka di bahagian belakang. Kesemuanya menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) yang menjadikannya sesuai untuk kegunaan off-road.


 


Di Malaysia, hanya trak pikap bersaiz sederhana ada di pasaran. Kebanyakannya memiliki ciri asas sebagai sebuah trak, namun kini, lebih-lebih lagi varian yang tinggi, semakin menarik untuk digunakan kerana memiliki pelbagai kelengkapan moden sehingga lahirnya trak pikap gaya hidup atau lifestyle seperti Ford Ranger. 




Selain Ranger, hampir kesemua jenama pengeluar kereta Jepun menawarkan model pikap seperti Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Nissan Navara dan Mazda BT-50. 





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS4337

SELANGOR

BSN7256

JOHOR

JYU351

PULAU PINANG

PSB842

PERAK

APG3629

PAHANG

CFG246

KEDAH

KGF109

NEGERI SEMBILAN

NEJ9150

KOTA KINABALU

SJR1859

KUCHING

QAB4948N

Terakhir Kemas Kini 03 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Tips

21-12-2022

Berita Terkini

Tips

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Tips

Cara Lindungi Kad NFC Touch 'n Go Akibat Bahang Kereta

Tips Penting: Elak Kad Touch 'n Go Daripada Melengkung Musim Panas Ini.

26-03-2026
Tips

Jenis Tinted Kereta 2026: IRR, UVR, dan TSER

Info Tinted 2026: Jangan Keliru Lagi Dengan IRR, UVR, dan TSER

26-03-2026
Tips

Tanda Bateri Kereta Kong yang Ramai Tak Sedar, Elak Terkandas

Awas! 5 Tanda Bateri 'Nyawa-Nyawa Ikan', Jangan Sampai Menangis Tepi Highway PLUS Tengah Malam.

25-03-2026
Tips

Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa Jerry Can Lebih Kuat & Selamat

Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa JANGAN Guna Tong Biasa untuk Petrol.

25-03-2026
Tips

Bolehkah Isi RON95 Ke Dalam Tong, Masih Ramai Keliru

Jangan Jadi 'Mangsa' Seterusnya Di Stesen Minyak, Fahami Pantang Larang Isi RON95 Dalam Tong.

25-03-2026
Tips

El-Nino Bakal Landa Malaysia, 8 Perkara Penting Perlu Diawasi Pada Kereta Anda

8 Perkara Wajib Semak Pada Kereta Ketika Cuaca Panas Gila Macam Sekarang.

25-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.