ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

Analisis: Pemandu Mabuk, Sebat, Buang Ke Pulau Atau Sara Mangsa? Hukuman Mana Paling Layak?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Setiap kali berita tentang pemandu mabuk muncul di skrin telefon, kita sudah boleh menjangka pengakhirannya: sebuah kenderaan hancur, nyawa seorang bapa, ibu, atau anak melayang, dan si pelaku keluar dari kenderaan dalam keadaan terhuyung-hayang tanpa sedikit pun rasa bersalah pada waktu itu.

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mendedahkan telah melaksanakan 255 operasi membabitkan pemandu mabuk dengan 238 pertuduhan dibuat di seluruh negara pada Januari hingga Mac lalu.

image.png

Persoalannya, kenapa mereka masih berani? Adakah nyawa manusia di Malaysia semurah harga setin arak?

Kenapa Mereka Masih Berani?

Ramai berpendapat bahawa hukuman sedia ada masih belum cukup untuk memberi kesan 'gerun'. Walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan telah menaikkan kadar denda dan tempoh penjara, bagi golongan berada, denda puluhan ribu ringgit hanyalah "kos kecil" yang mampu dibayar.

Penjara pula dilihat sebagai tempat berehat sementara sebelum kembali ke masyarakat. Kehilangan lesen? Mereka masih boleh memandu secara haram. Inilah punca mengapa ego pemandu mabuk tetap tinggikerana mereka rasa sistem keadilan masih boleh "(diuruskan) atau sekadar hukuman di atas kertas.

Cadangan Ekstrem: Adakah Sudah Masanya Hukuman 'Luar Biasa' Dilaksanakan?

image.png

Pada hemat saya,  sudah tiba masanya kita beralih daripada hukuman konvensional kepada hukuman yang benar-benar memberikan pengajaran seumur hidup dan pembelaan total kepada mangsa.

1. Sebat di Khalayak Ramai

Penjara yang tertutup tidak memberi kesan malu. Jika pesalah disebat di khalayak ramai (atau secara siaran langsung), rasa malu dan trauma fizikal itu akan menjadi amaran keras kepada sesiapa sahaja yang terfikir untuk memandu selepas minum. Biar dunia melihat wajah seorang pembunuh jalan raya.

2. Pemotongan Gaji & Menyara Keluarga Mangsa

Apabila seorang ketua keluarga terkorban, masa depan anak-anak mereka gelap. Adalah tidak adil jika pesalah hanya duduk di penjara sementara keluarga mangsa menderita kelaparan.

  • Saranan: Wujudkan undang-undang di mana gaji pesalah dipotong setiap bulan secara mandatori untuk dimasukkan ke akaun keluarga mangsa seumur hidup atau sehingga anak mangsa tamat pengajian. Anda bunuh punca pendapatan mereka, maka anda wajib menjadi punca pendapatan ganti mereka.

3. Buang ke Pulau Terpencil

Jika penjara biasa dianggap terlalu selesa, mungkin cadangan "mencampak" pesalah ke pulau terpencil tanpa kemudahan moden boleh dipertimbangkan. Biar mereka belajar menghargai nyawa dan kebebasan dalam keadaan yang paling sukar, jauh daripada peradaban manusia.

4. Khidmat Masyarakat di Unit Forensik

Bukan sekadar menyapu sampah, tetapi paksa mereka bekerja di bilik mayat atau wad trauma hospital. Biar mereka lihat dengan mata kepala sendiri kesan besi buruk yang mengoyakkan daging manusia akibat kecuaian mereka.

Kesimpulan

Memandu dalam keadaan mabuk bukan lagi "kemalangan", ia adalah satu pilihan. Apabila anda memilih untuk minum dan memegang stereng, anda telah menandatangani kontrak untuk menjadi pembunuh.

Sudah sampai masanya undang-undang kita tidak lagi bersifat "mengurung", tetapi bersifat "membalas" dengan cara yang produktif bagi mangsa dan menghancurkan ego pesalah. Jika denda boleh dibayar dan penjara boleh tamat, penderitaan mangsa tetap kekal selamanya. Adilkah itu?


"Jangan biarkan gelas arak anda menjadi batu nisan buat orang lain."

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Tips
Kereta  Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi

Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi

Bayar Bulan-Bulan Tapi Kereta Tersadai Di Pusat Servis: Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu.

07-09-2026
Tips
Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)

Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)

Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.

07-09-2026
Tips
Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?

Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?

Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.

03-09-2026
Tips
Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur

Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.

26-08-2026
Tips
Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?

Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.

23-08-2026
Tips
EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas  EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?

EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.

17-08-2026
Tips
Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu

Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?

05-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.