Tragedi Basikal Lajak: Sam Ke Ting Dibebas Dari Tuduhan Babitkan Kematian 8 Remaja

Lapan remaja lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta di Johor Bahru pada tahun 2017.
Jika anda masih ingat mengenai lapan remaja lelaki ketika melakukan aktiviti menunggang basikal lajak maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, kira-kira enam tahun lalu.
Susulan itu, seorang kerani, Sam Ke Ting ditahan gara-gara memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal.
Kemalangan itu menggemparkan satu Malaysia memandangkan lapan remaja maut di tempat kejadian. Sejak itu, aktiviti basikal lajak disifatkan sebagai aktiviti berbahaya dan boleh membawa maut.

Infografik basikal lajak.
Ia mencetuskan perdebatan hangat tentang
hukuman yang dijatuhkan. Ramai yang bersetuju dengan hukuman yang diberi dan
ramai yang mahukan Sam Ke Ting dibebaskan.
Ada juga yang menyifatkan Ke Ting bersalah dan ada yang kata mereka yang terkorban berbasikal lajak itu yang salah.
Apa itu basikal lajak?
Basikal lajak merupakan basikal yang telah diubahsuai untuk meningkatkan tahap kelajuannya.
Pengubahsuaian yang dibuat tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan boleh mengundang bahaya dan mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Ke Ting dibebaskan mahkamah semalam.
Berbalik kepada kes Ka Ting, selepas enam tahun prosiding mahkamah berjalan, Mahkamah Rayuan akhirnya melepas dan membebaskan pemandu itu, Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu.
Memetik kenyataan akhbar Berita Harian panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah membuat keputusan sebulat suara sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting.
Pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.
Hakim, Datuk Abu Bakar Katar, turut memerintahkan responden, Ke Ting, 28, menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun sama, yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan Ke Ting daripada pertuduhan berkenaan.

Aktiviti basikal lajak sebenarnya boleh mengundang bahaya pada penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Di sebalik kejadian yang cukup menghayat hati ini, kepada ibu bapa, awasi pergerakan anak anda daripada terjebak dalam aktiviti basikal lajak memandangkan cuti persekolahan yang hampir tiba sempena Hari Raya Aidilfitri.
Ini kerana aktiviti amat berbahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya selain bagi mengelakkan risiko daripada berlaku kejadian yang tidak diingini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5204
SELANGOR
BSN7631
JOHOR
JYU1405
PULAU PINANG
PSB1295
PERAK
APG3874
PAHANG
CFG569
KEDAH
KGF514
NEGERI SEMBILAN
NEJ9258
KOTA KINABALU
SJR1924
KUCHING
QAB4971N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula
Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?
27-03-2026
Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu
Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.
24-03-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Aidilfitri: Semua Kenderaan JPJ Turun Padang
Seluruh kekuatan jentera penguat kuasa JPJ akan membanjiri lebuh raya.
14-03-2026
Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik
JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.
08-03-2026
Solat Terawih, Pakai Telekung Bonceng Motosikal? Ini Cara Elak Kemalangan
Awas! Telekung labuh boleh mengundang kemalangan.
23-02-2026
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
