JPJ Lakar Sejarah, Kutip RM34.2 Juta Untuk Nombor FF
Suhana Veru
22-5-2023
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengutip RM34,296,327 untuk nombor plat bersiri FF.
Nombor itu dibuka untuk bidaan pada 14 Mei dan tarikh tutup pula pada 19 Mei 2023 namun bidaan itu dilanjutkan sehingga 20 Mei gara -gara orang ramai gagal melayari laman seswang di https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/.
Tindakan JPJ melanjutkan bidaan itu rupa-rupanya ada hikmahnya apabila ia berjaya mengumpul hasil kutipan yang tertinggi dalam sejarahnya.
Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sebentar tadi.
“Seramai 34,032 orang telah menyertai bidaan itu melalui JPJeBid.
“Sebanyak 8,348 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing. Tahniah diucapkan,”katanya menerusi halaman rasmi Facebooknya..
Tambah beliau, ia menunjukkan satu sistem atas talian yang telus boleh menjana hasil yang lebih tinggi untuk Kerajaan.
JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan menambahbaik perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,”katanya.
Berbalik kepada bidaan itu, berikut adalah hasil bidaan FF:
1. FF 8 – RM950,000
2. FF 9 – RM 911,999
3. FF 3 – RM639,000
4. FF 2 - RM638,000
5. FF 7 – RM633,000
Sementara itu, bagi nombor pendaftaran FF 199, ia menerima 34 bidaan iaitu tertinggi dalam bidaan FF, nombor plat bersiri FF 51 pula mernerima 32 bidaan.
Difahamkan, nombor pendaftaran FF 155, FF 555 dan FF 1688 masing-masing dengan 29 pembida.
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPE5103
SELANGOR
BSF1029
JOHOR
JXY3826
PULAU PINANG
PRQ9759
PERAK
ANW1678
PAHANG
CFB8524
KEDAH
KGA7044
NEGERI SEMBILAN
NEG439
KOTA KINABALU
SJK9999*
KUCHING
QAB4306L
Terakhir Kemas Kini 28 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.00
+0.03
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Berita Berkaitan
Lesen Memandu Fizikal Kini Berwajah Baharu, Tapi Hanya Untuk Pemohon Yang Mahu Ke Luar Negara
Lesen memandu fizikal kini berwajah baharu kerana ia dilengkapi dengan ciri keselamatan .
22-05-2025
Warga Asing Tidak Boleh Tukar Lesen Kepada LLM
Semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada LMM akan dihentikan, pada 19 Mei ini.
17-05-2025
OPS HRA 2025: JPJ Keluarkan 58,596 Saman, Nampaknya Ramai Tak Takut Kena Saman
JPJ telah mengeluarkan 58,596 notis saman Ops HRA 2025, baru-baru ini.
30-04-2025
Kutip RM24 Juta Untuk Nombor Pendaftaran Istimewa 'AA'
Bidaan itu mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri terbabit seramai 24,470 orang.
24-04-2025
Operasi Khas Aidilfitri 2025: JPJ Keluarkan 61,317 Notis
Antara tiga kesalahan utama yang tertinggi adalah memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.
22-04-2025
Ini 4 Model Kereta Yang Banyak Tersadai Di Malaysia: Proton Saga, Wira, Kancil, KIA
Banyak kereta tersadai sebab memerlukan modal besar untuk dibaiki.
21-04-2025
Sejak JPJ Banyak Buat Operasi, Ramai Tak Senang Hati!
JPJ tidak akan sekali-kali berkompromi dan tunduk kepada sebarang ugutan tonto yang dikatakan diupah oleh pihak pengusaha kenderaan berat itu.
20-04-2025
Tersadai Di Kaunter JPJ? Pelanggan Diminta Hantar Maklumat Terperinci Kepada JPJ
JPJ Kelantan nafi hanya beberapa kaunter dibuka.
17-04-2025
Berita Terkini
RON95 Hanya Untuk Kita, Kerajaan Bakal Perketat Jualan RON95 Kepada Warga Asing
Kerajaan akan perketat penjualan RON95 kepada warga asing menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 tahun ini.
27-05-2025
Subsidi RON95: Kerajaan Bakal Guna MyKad Kerana Lebih Mudah
Kerajaan sudah memutuskan untuk menggunakan dalam pelaksanaan subsidi bersasar yang akan dibuat tidak lama lagi.
27-05-2025
Tular: Bas Smart Selangor Lewat Di Subang Jaya, Rupanya Lambat Mohon Permit, Aktiviti Orang Ramai Pula Terganggu
Kelewatan syarikat pengendali mengemukakan permohonan permit kepada APAD menjadi punca lima laluan bas henti-henti Smart Selangor terjejas.
27-05-2025
Bilik Pameran Pertama Suzuki Kini Di PJ
Bilik pameran baharu itu akan menjadi lokasi eksklusif untuk mempamerkan semua model Suzuki baharu yang memasuki pasaran Malaysia.
26-05-2025
MBSA: Parkir Percuma, "Golden Parking" Untuk Warga Emas
MBSA memperkenalkan inisiatif parkir percuma atau ‘Golden Parking untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas, baru-baru ini.
26-05-2025
Pameran My BMW WORLD 2025 Bermula 13-15 Jun Ini
Selepas 10 tahun, BMW Group Malaysia menganjurkan semula pameran My BMW World 2025, bermula 13 hingga 15 Jun ini di The Yard, Sentul Depot, Kuala Lumpur.
26-05-2025
IJM: Bakal Laksanakan Projek Sambungan NPE Pada Tahun Ini
IJM menerima projek utuk melaksanakan kerja-kerja sambungan Lebuhraya NPE serta penstrukturan semula kadar tol bagi NPE sedia ada.
26-05-2025
Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan
Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.
26-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat