ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KECOH: Budak Pandu Kereta, VIOS Pulak Tu..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Satu Malaysia terkejut semalam apabila akhbar tempatan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia enam tahun memandu kereta Vios.

Kanak-kanak itu turut membawa adiknya yang berusia tiga tahun Kejadian mengejutkan itu berlaku di Jalan Bukit Tangga di Langkawi, semalam.

Perkara itu disedari selepas kereta Vios yang dipandu kanak-kanak berkenaan terlibat dalam kemalangan mujur kedua-duanya terselamat.

Difahamkan, kanak-kanak itu mengakui bahawa dia mahu pergi ke kedai untuk membeli kereta mainan apabila ditanya penduduk yang berhenti untuk membantu.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.


"Kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

"Pemandu mengalami kecederaan di dagu, manakala penumpang tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dua beradik itu dipercayai keluar dari rumah ketika bapa mereka sedang tidur, manakala ibu berada di dalam bilik air.

"Kanak-kanak itu dipercayai memandu pada jarak kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu," ujarnya.

Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, klip video yang tular di internet menunjukkan kereta Vios itu seolah-olah dipandu lelaki mabuk kerana terhuyung-hayang di atas jalan raya. 

Apapun, sentiasa awasi pergerakan anda!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPH6594

SELANGOR

BSF7842

JOHOR

JYC2995

PULAU PINANG

PRR8947

PERAK

ANX1634

PAHANG

CFC3518

KEDAH

KGB1696

NEGERI SEMBILAN

NEG3447

KOTA KINABALU

SJL4690

KUCHING

QAB5816L

Terakhir Kemas Kini 29 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.07

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Pandu Uji

27-06-2025
Global

24-06-2025
Global

14-06-2025
EV

11-06-2025
Global

03-06-2025
Global

23-05-2025
Global

21-05-2025
EV

16-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Hasil kerjasama itu turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut.

29-06-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.

26-06-2025
Berita Auto

Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan

Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.

26-06-2025
Berita Auto

Proton Meterai Empat Perjanjian Bangunkan Komponen, Dua Lagi Perjanjian Teknikal

Proton memeterai perjanjian dengan beberapa vendornya bagi mempercepatkan penyetempatan komponen bagi model Proton pada masa hadapan.

26-06-2025
Berita Auto

Menteri Pesan Orang Ramai Ambil Gambar Jika Ternampak Pemandu Lori, Bas Pecut Atas Jalan Raya

Menteri Pengangkutan meminta orang ramai merakam gambar sekiranya ternampak pemandu lori atau bas memecut di atas jalan raya.

25-06-2025
Berita Auto

WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

WTCA mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo .

25-06-2025
Berita Auto
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan

Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .

25-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.