ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Axia Rahmah Terlalu ‘Kosong’? Ini 6 Aksesori Untuk Jadikan Axia Ini Lebih Premium!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Axia-E-Manual-202300024.jpg


Jika anda sedang membaca artikel ini, mungkin dapat disimpulkan bahawa anda berminat untuk memiliki Perodua Axia 1.0 E yang baru dilancarkan pada awal minggu lalu bukan? Dikenali sebagai 'Axia Rahmah', ini adalah tawaran terendah dari Perodua untuk membolehkan rakyat supaya mampu memiliki sebuah kereta baharu tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. 


Axia-E-Manual-202300032.jpg


Dengan harga RM22,000 tanpa insurans, atau serendah RM300 sebulan, ini adalah kereta baharu pada paling berpatutan yang boleh anda beli sekarang. Walaupun begitu, terdapat beberapa ciri yang dihapuskan untuk mengekalkan harga yang rendah. 


Walaupun Axia 1.0 G adalah model Axia DNGA yang paling berpatutan, dengan harga bermula dari RM38,600, ia masih di luar jangkauan sesetengah orang. 


“Tapi Axia Rahmah terlalu basic!” 


Ini pandangan sesetengah orang yang mungkin berasakan tidak berbaloi untuk membeli kereta yang agak ‘kosong’. Tetapi, mungkin ramai yang tak tahu, tidak mustahil untuk pembeli menambah sendiri aksesori dan kelengkapan lain. Yang menariknya, tambahan bagi Axia Rahmah ini juga masih lagi meletakkan harga keseluruhan kos jauh lebih rendah berbanding harga model Axia baharu versi asas (G)! 


Dalam artikel kali ini, CariCarz senaraikan ENAM aksesori yang boleh dipertimbangkan oleh sesiapa yang membeli Axia Rahmah baharu untuk kegunaan peribadi dan harian.


1. Naik Taraf Tayar! - Anggaran RM600 - RM768


Axia-E-Manual-202300028.jpg


Ketiadaan ABS dalam Axia Rahmah sesuatu agak mengejutkan ramai, tetapi anda boleh meningkatkan tahap keselamatan model ini sendiri dengan memperbaharui tayar. Terdapat banyak pilihan jenama tayar yang boleh dipercayai untuk pelbagai bajet.


Berdasarkan pemantauan ringkas kami secara online, ada lima pilihan tayar yang terbaik. Setiap jenama ini memiliki kelebihan yang ketara berbanding tayar asal dalam beberapa aspek, termasuk cengkaman tayar semasa cuaca kering dan basah, ketahanan penggulingan yang rendah (low-rolling resistance) untuk penjimatan bahan api yang lebih baik, dan ketahanan penggunaan untuk jangka masa panjang. Berikut adalah senarai tayar yang kami cadangkan:


- Kumho Ecowing KH27 - RM150/biji (Lazada)

- Dunlop SP Sport J6 - RM153/biji (Lazada)

- Goodyear Assurance - RM179.40/biji (Shopee - Rasmi)

- Michelin Energy XM2+ - RM187/biji (Shopee)

- Bridgestone Techno - RM192/biji (Shopee)


Tip Terbaik: Kebanyakan kedai tayar menerima penukaran tayar lama (bergantung kepada umur dan jarak perjalanan), jadi anda boleh menurunkan kos pembelian tayar baharu dengan menukarkan tayar lama anda. Sediakan wang lebih untuk kos pemasangan atau perkhidmatan penjajaran (alignment) dan penyeimbangan (balancing). 


2. Rim Supaya Lebih Bergaya! - Maksimum RM500


Axia-E-Manual-202300025.jpg


Sekarang anda sudah memiliki tayar baharu, apa kata pertimbangkan pula pemasangan rim yang lebih bergaya? Jauh lagi stylo berbanding   rim keluli 14-inci yang didatangkan secara standard.  Pilihan terbaik adalah memilih rim original keluaran kilang supaya termuat dengan kemas serta tahan lebih lama. Selain itu, kebanyakannya juga tidak melebihi harga RM500.


Wheels---FB.jpg


Setelah melihat senarai di Mudah.my dan Facebook Marketplace, berikut adalah beberapa pilihan rim terpakai yang menarik sekiranya anda tidak keberatan untuk mengeluarkan wang lebih untuk menjadikan Axia Rahmah anda lebih bergaya:


- Classic Perodua 'Big Spoke' - RM350 (Mudah)

- Warna Kelabu yang Tepat - RM360 (FB Marketplace)

- Rekaan Klasik Axia - RM400 (Mudah)

- Pilihan JDM 'Rare' yang Menarik - RM480 (FB Marketplace)


Tip Terbaik: Apabila membeli rim terpakai atau refurbished, pastikan anda membuat pemeriksaan terperinci sebelum membeli. Elakkan membeli rim yang rosak akibat kemalangan, atau yang tiruan/palsu pada harga murah.


3. Kekal Sejuk dengan Cermin Lebih Gelap - Harga bersih RM1,000 


Walaupun sebuah model ‘Rahmah,’ sekurang-kurangnya Perodua memasang unit pendingin hawa zon tunggal dalam Axia 1.0 E. Dalam iklim negara kita, ciri ini sangat penting demi keselesaan. 


Axia-E-Manual-202300041.jpg


Selain pendingin hawa, sebenarnya ada lagi cara lain untuk mengurangkan kepanasan dalam ruang kabin atau mempercepatkan kesejukan walaupun kereta telah diparkir di luar untuk jangka masa yang lama. Caranya adalah dengan memasang lapisan filem atau tinted yang memiliki kadar penolakan haba dan sinar UV yang baik pada cermin.


Untuk ini, CariCarz.com mencadangkan pakej tinted Raytech Skyblack. Kami memilih pakej Skyblack khusus untuk kadar penolakan haba IRR yang tinggi sehingga 50% dan kadar penolakan sinar UV sehingga 99%.


85Q88A6I_1675761998-full.jpgIMG_1158_edited-full.jpg

Chargesini-SK-(2)-full.jpg


Pakej Skyblack juga dipilih kerana harganya. Ia boleh didapati melalui mana-mana daripada 35 cawangan utama Raytech di seluruh negara. Untuk kereta bersaiz kecil seperti Axia, harganya bermula dari RM1,000 ke atas sebelum diskaun.


4. Sistem Stereo yang Menggegarkan- Anggaran harga bersih sekitar RM388 (Unit Pemain + Speaker)


Axia-E-Manual-202300009.jpg


Harga murah Axia Rahmah bermakna Perodua terpaksa mengurangkan kelengkapan asas seperti pemain radio FM. Jangan risau, anda mempunyai banyak pilihan sistem hiburan kereta daripada pasaran selepas jualan tempatan.


Antara pilihan terbaik yang kami temui dalam talian dengan ciri dan harga yang ideal ialah unit skrin sentuh 9-inci ini yang dijual pada harga RM260. Ia mempunyai semua fungsi penting termasuk pemain muzik, sambungan telefon pintar tanpa wayar dan navigasi. Ia juga disertakan dengan kamera belakang secara percuma!


audio-system-shopee.jpg


Selain itu, kami juga menemui set speaker yang dijual pada harga hanya RM128 untuk melengkapkan sistem hiburan kereta. Barulah syok layan Spotify! 


Keseluruhannya, kos pakej ini tidak lebih daripada RM400 (tidak termasuk kos penghantaran dan pemasangan). 


Bonus: Jika anda penggemar aktiviti DIY, aktiviti pemasangan kesemua aksesori tambahan ini di dalam Axia Rahmah baharu anda boleh dijadikan projek hujung minggu yang menyeronokkan!


5. Dashcam untuk Meningkatkan Tahap Keselamatan Kenderaan – Anggaran harga RM499


CariCarz_file_Dashcam_-3-full.jpg


Kes buli di atas jalan raya, penipuan, kemalangan dan pelbagai lagi insiden yang tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa. Pemasangan dashcam cukup membantu dalam situasi-situasi sebegini. 


Sebelum ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pernah mengeluarkan senarai model dashcam terbaik berdasarkan ciri asas, cangguh dan ADAS yang terdapat pada peranti ini. 


Baca: Ini 40 Dashcam Terbaik Berdasarkan CamScore MIROS & CyberSecurity Malaysia


Daripada senarai yang dikongsikan, semestinya yang terbaik adalah model-model yang menerima skor 5 bintang. Berdasarkan senarai tersebut, CariCarz.com mencadangkan 70mai A800S yang dijual pada harga hanya RM499 (tidak termasuk kad SD atau kamera belakang tambahan dan yuran penghantaran). Ini adalah pilihan terbaik pada harga tersebut dengan kemampuan rakaman 4K dan ciri GPS. 


70mai-A800s---product.jpg


Selain itu, 70mai A800S dilengkapi dengan dua ciri bantuan pemandu aktif (ADAS) asas, iaitu amaran keluar lorong (LDW) dan amaran perlanggaran hadapan (FCW). 


Fakta: Ciri-ciri tersebut terdapat dalam Axia 1.0 AV teratas yang dijual pada harga RM49,500, atau lebih dari dua kali ganda berbanding harga Axia Rahmah!


6. Karpet Baharu! - RM229.90 bersih


Axia-E-Manual-202300008.jpg


Anda perlu tahu bahawa kabin Axia Rahmah tidak dilengkapi dengan karpet di bahagian kaki. Perodua bagaimanapun menawarkannya di dalam katalog aksesori GearUp, tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh mencari karpet Axia di tempat lain. 


Trapo-2R.jpg


Karpet WAJIB ada untuk mereka yang mementingkan kebersihan kereta. Anda boleh pertimbangkan jenama Trapo Malaysia yang menawarkan Eco Car Mat pada harga kurang daripada RM230 (harga bersih, tidak termasuk penghantaran). 


Axia-E-Manual-202300027.jpgCARICARZ_TEST_Perodua-Axia-1.0-AV_-1-full.jpg


Berapa Kos Semua Aksesori dan Kelengkapan Tambahan yang Disenaraikan?


Jumlah Keseluruhan: Anggaran RM3,217 hingga RM3,585 sahaja!


Walaupun anda perlu mengeluarkan belanja untuk kesemua penaiktarafan yang disenaraikan di atas kepada Axia Rahmah, harga keseluruhannya (termasuk harga kereta) masih jauh lebih murah berbanding Axia generasi baharu asas, Axia 1.0 G


Apa pendapat anda, adakah anda bersetuju dengan pilihan kami? Adakah kami terlepas barang penting yang lain? Ada cadangan lain? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS3613

SELANGOR

BSN6975

JOHOR

JYT9447

PULAU PINANG

PSB432

PERAK

APG3478

PAHANG

CFF9999*

KEDAH

KGE9768

NEGERI SEMBILAN

NEJ9052

KOTA KINABALU

SJR1737

KUCHING

QAB4916N

Terakhir Kemas Kini 01 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-12-2023
Berita Auto

07-07-2023
Tips

16-06-2023
Berita Auto

30-12-2023
Tips

16-06-2023
Tips

09-12-2025
Berita Auto

14-06-2024
Global

10-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.