- Berita
- Berita Auto
- Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang

Bagi anda yang merancang untuk pulang ke kampung atau bercuti ke Pantai Timur sempena musim perayaan Aidiladha dan cuti persekolahan ini, bersedialah untuk berdepan dengan aliran trafik yang luar biasa padat.
Sebanyak 3.02 juta kenderaan dijangka bakal membanjiri Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sepanjang 12 hari, bermula 22 Mei lalu sehinggalah 2 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Razali Kassim mendedahkan bahawa lebuh raya KLK sahaja akan menerima limpahan 2.18 juta kenderaan, manakala berbaki 843,000 kenderaan lagi akan menggunakan laluan LPT1.
Lonjakan Trafik Sehingga 71%! Lebih mengejutkan, aliran trafik harian pada waktu puncak dijangka mencatatkan peningkatan drastik berbanding hari biasa:
Lebuhraya KLK: Mencecah 208,550 kenderaan sehari (Lonjakan sebanyak 66%)
Lebuhraya LPT1: Mencecah 105,577 kenderaan sehari (Lonjakan sebanyak 71%)
"Peningkatan ketara aliran trafik ini menuntut seluruh pengguna jalan raya lebih berdisiplin, sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang lalu lintas demi memastikan perjalanan yang lebih selamat," pesan Datuk Razali.
Tips Elak Sangkut Jem: Bagi mengelakkan anda 'berkampung' di atas lebuh raya, kerajaan negeri Pahang menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal. Pastikan anda merujuk dan mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan oleh pihak Aniih Berhad (pemegang konsesi KLK & LPT1) untuk kelancaran bersama.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

