ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Subaru Forester 2023 Turun RM10K – Kini Dari RM164K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_TA_Review_Subaru-Forester-2.0i-S-Eyesight_-4.jpg


TC Subaru Sdn Bhd baru-baru ini telah mengemaskini harga bagi model SUV segmen C, Subaru Forester 2023, hanya beberapa bulan selepas pelancarannya di Malaysia. Bermula pada 16 Ogos, semua empat varian Forester telah diturunkan harga sebanyak RM10,000 daripada harga yang diumumkan semasa pelancaran. 


Pricesheet-Forester-2.0i-L-EyeSight-PM-16-Aug23-1260x1631.jpgPricesheet_Forester_GT_Lite_Edition_EyeSight_PM_16_Aug23-1260x1631.jpgPricesheet-Forester-2.0i-S-EyeSight-PM-16-Aug23-1260x1631.jpgPricesheet-Forester-2.0i-S-EyeSight-PM-16-Aug23-1260x1631.jpg


Penurunan harga ini menjadikan varian asasnya, Forester 2.0i-L EyeSight kini berharga RM164,288, manakala dua lagi varian, GT Lite Edition EyeSight dan 2.0i-S EyeSight masing-masing  dijual pada harga RM170,288 dan RM174,288. Sementara itu, varian teratas, Forester GT Edition EyeSight dijual pada harga RM186,288. Kesemua harga yang dipaparkan adalah harga jalan (OTR) tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia.


Subaru-Forester-Facelift2023-31.jpgSubaru-Forester-Facelift2023-30.jpg


Seperti standard, TC Subaru menawarkan jaminan kenderaan lima tahun atau 100,000 KM untuk pembelian mana-mana varian Subaru Forester. Selain itu, terdapat juga pakej  pilihan Subaru Connex yang berharga RM1,900. Pakej ini terdiri daripada perkhidmatan tambahan seperti tindak balas kemalangan automatik, bantuan kerosakan yang dipertingkat, Bantuan VIP dan banyak lagi.


CariCarz_TA_Review_Subaru-Forester-2.0i-S-Eyesight_-2.jpgCariCarz_TA_Review_Subaru-Forester-2.0i-S-Eyesight_-15.jpg
CariCarz_TA_Review_Subaru-Forester-2.0i-S-Eyesight_-18.jpgCariCarz_TA_Review_Subaru-Forester-2.0i-S-Eyesight_-14.jpg

Subaru Forester Facelift 2.0 GT Edition EyeSight 2023


Dilancarkan awal tahun ini, Forester yang telah dilancarkan sebagai versi facelift ini menerima beberapa perubahan rekaan kecil, termasuk lampu hadapan dan lampu belakang LED dalam rekaan baharu, di mana lampu hadapan turut menampilkan DRL berbentuk huruf C yang mengapit gril hadapan dalam rekaan baharu. Sementara itu, dua varian GT iaitu GT Lite dan GT Edition - dilengkapi dengan pakej bodykit GT yang sporty, termasuk tayar aloi GT 18-inci dua tona yang lebih menarik.



CariCarz_TA_Review_Subaru-Forester-2.0i-S-Eyesight_-51.jpgCariCarz_TA_Review_Subaru-Forester-2.0i-S-Eyesight_-47.jpg
CariCarz_TA_Review_Subaru-Forester-2.0i-S-Eyesight_-38.jpgCariCarz_TA_Review_Subaru-Forester-2.0i-S-Eyesight_-49.jpg

Semua varian Forester facelift menggunakan enjin sama, 'Boxer' 2.0L dan dilengkapi dengan pakej ADAS  Subaru EyeSight 


Enjin yang digunakan tidak berubah, kerana model wajah baharu ini dikuasakan oleh enjin 'Boxer' 2.0 liter 4-silinder yang sama yang dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT yang boleh mencapai kuasa 154 hp dan 196 Nm. Tenaga kemudiannya disalurkan kepada semua empat roda melalui sistem pacuan kesemua roda 'all-wheel drive' (AWD) yang menggabungkan pengagihan tork dinamik X-Mode. Selain itu, semua varian Forester wajah baru kini dilengkapi dengan pakej Subaru EyeSight ADAS yang eksklusif.

Subaru-Forester-Facelift2023-4.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPU7961

SELANGOR

BSJ3944

JOHOR

JYH9702

PULAU PINANG

PRU6724

PERAK

APB6637

PAHANG

CFD7042

KEDAH

KGC5490

NEGERI SEMBILAN

NEH3381

KOTA KINABALU

SJN409

KUCHING

QAB3250M

Terakhir Kemas Kini 11 Oct, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.18

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

EURO 5 B7

RM 3.13

Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!

Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Subaru Forester GT Wild Lite. Ini perinciannya...

16-02-2024
Global

Subaru Forester Masuk AS

Subaru melancarkan secara rasminya SUV Forester baharu semepan pameran LA Auto Show 2023.

17-11-2023
Global

Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles

Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi.

06-11-2023
Video

Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!

Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!

09-08-2023
Berita Auto

Subaru Forester Facelift Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023

Subaru Forester GT facelift 2023 dengan kit badan GT khas telah dipamerkan di booth Subaru MAS 2023.

09-05-2023
Kereta Baru

Subaru Forester Facelift Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM173K

TC Subaru Sdn Bhd, semalam telah memperkenalkan empat varian terbaharu Subaru Forester.

04-05-2023
Berita Auto

Pemandu Treler Bawa Muatan Lebih Punca Bayi Mati Rupanya Ada Banyak Kes Saman!

Pemandu treler yang membawa muatan berlebihan miliki banyak saman, dengan sembilan yang belum dibayar.

14-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Deepavali: Diskaun Tol 50% Bermula 17-18 Okt Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan diskaun tol 50% sempena sambutan Deepavali bermula pada jam 12.01 tengah malam, 18 Oktober ini.

10-10-2025
Berita Auto

Lebih 5,000 Unit Proton X50 Facelift Sampai Ke Tangan Pelanggan Dalam 40 Hari

Sejak dilancarkan pada Julai tahun ini, Proton X50 2025 edisi terbaru telah mencuri perhatian rakyat Malaysia, dengan lebih 5,000 unit berjaya diserahkan dalam tempoh hanya 40 hari.

10-10-2025
Berita Auto

30 Anak Muda Tertarik Jadi Penolong Pemandu Lokomotif

Seramai 30 anak muda Malaysia sanggup meninggalkan kerjaya lama demi mencari cabaran baharu sebagai penolong pemandu lokomotif sekali gus menjadi tenaga mahir tempatan pertama dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

10-10-2025
Berita Auto

17 Bas Kilang Disita Atas Pelbagai Kesalahan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyita sebanyak 17 bas kilang dan mengeluarkan 186 notis kesalahan pelbagai jenis menerusi pelaksanaan Ops Khas Gempur Perdagangan, sekitar Shah Alam dan Meru, semalam.

10-10-2025
Berita Auto

Tular: Pemandu Lori Kelapa Sawit Cuba Larikan Diri Daripada Polis

Seorang pemandu lori membawa muatan buah kelapa sawit dalam keadaan mencurigakan yang enggan berhenti untuk pemeriksaan sebuah kereta peronda polis berjaya ditahan semalam.

10-10-2025
Berita Auto

Deepavali: 2.1 Juta Lebuhraya Utama Bermula 17-22 Okt

Kira-kira 2.1 juta kenderaan dianggarkan akan bergerak menuju pelbagai destinasi pada cuti perayaan Deepavali ini dalam tempoh 17 hingga 22 Oktober ini.

09-10-2025
Berita Auto

Kejohanan E-Racing Toyota GR Malaysia Pusingan Akhir Berlangsung Hujung Minggu Ini

Kejohanan E-Racing Toyota Gazoo Racing (GR) Malaysia 2025 akan melabuhkan tirainya pada hujung minggu ini, 10 hingga 11 Oktober.

09-10-2025
Berita Auto

Grab Malaysia & GIATMARA Bekerjasama Tingkatkan Kemahiran Pemandu Melalui TVET

Grab Malaysia kini mempergiat usaha untuk memperkasakan komuniti pemandunya menerusi kerjasama strategik bersama GIATMARA dan BYD Sime Motors.

09-10-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.