30 Anak Muda Tertarik Jadi Penolong Pemandu Lokomotif

Seramai 30 anak muda Malaysia sanggup meninggalkan kerjaya lama demi mencari cabaran baharu sebagai penolong pemandu lokomotif sekali gus menjadi tenaga mahir tempatan pertama dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Antara mereka ialah Steven Liu, 28; V. Paarthibann, 29, dan Mohamad Zulfaqar Mohamad Forzan, 35, yang mengikuti Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) di Liuzhou Railway Vocational Technical College di China selama tiga minggu pada November tahu lalu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak dalam kenyataan berkata, penolong pemandu lokomotif itu akan mendapat latihan praktikal mengendalikan lokomotif elektrik (e-Loco) canggih ECRL yang dijadualkan beroperasi secara komersial bermula Januari 2027 bagi tujuan pengangkutan kargo sepanjang jajaran ECRL.
"Latihan penolong pemandu lokomotif ini adalah sebahagian daripada inisiatif PLKI-ECRL untuk memperkukuh komitmen projek ECRL dalam melahirkan bakat rel tempatan dengan menyediakan kumpulan tenaga kerja berkemahiran yang bersedia seiring kemajuan projek menuju operasi penuh," katanya.
Semua penolong pemandu lokomotif itu akan berpeluang untuk terus maju dalam kerjaya mereka sebagai pemandu lokomotif sepenuhnya dan pemandu tren Electric Multiple Unit (EMU) yang akan membawa penumpang dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor.
Untuk makluman, sebanyak 12 unit e-Loco dan 11 set tren EMU enam gerabak diperoleh untuk perkhidmatan kargo dan penumpang ECRL masing-masing.
Dua unit pertama e-Loco serta dua set pertama tren EMU enam gerabak dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir tahun ini,.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
