- Berita
- Berita Auto
- Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG
Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG

NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) telah mengadakan majlis pecah tanah bagi kilang pengeluaran NEV pertama Malaysia
NexV Manufacturing Sdn Bhd (“NMSB”), usaha sama antara Kumpulan Careplus Berhad dan Kumpulan Go Auto, akan menubuhkan kilang pertama di Malaysia bagi tujuan pengeluaran dan pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), termasuk kenderaan elektrik.
Kilang yang bertempat di Chembong Industrial Area, Rembau, ini dijangka mula beroperasi pada suku pertama tahun 2025 dan akan membuka peluang pekerjaan dan pelaburan baharu di Negeri Sembilan. Majlis pecah tanah kilang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun.


Fasa pertama pembangunan kilang akan dimulakan pada suku pertama tahun ini.
Fasa pertama projek ini melibatkan pembangunan kilang pemasangan di tapak berkeluasan 73 ekar bermula pada suku pertama tahun 2024. Fasa kedua dan ketiga akan berlangsung pada tahun 2026 dan 2028 untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 50,000 unit setahun. Pelaburan yang dijangkakan ialah kira-kira RM600 juta.


Penubuhan kilang akan menawarkan lebih 600 peluang pekerjaan
Projek ini akan menawarkan lebih 600 pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang pembuatan EV dengan fokus kepada teknologi pembuatan pintar, automasi, integrasi sistem, robotik, pengurusan kilang berasaskan awan, IoT industri dan inovasi Revolusi Industri Keempat (4IR). Proses pengambilan dan latihan pekerja akan bermula pada Ogos 2024.

Kereta elektrik di bawah jenama NETA bakal dipasang secara CKD di kilang ini
Kilang ini mempunyai kapasiti permulaan sebanyak 30,000 unit setahun, termasuk model NETA hasil kerjasama dengan Intro Synergy Sdn Bhd. Selain pemasangan kenderaan berjenama NETA, kilang ini juga terbuka kepada jenama NEV lain yang ingin melakukan pemasangan tempatan (CKD). Buat masa ini, jenama lain yang akan membuat pemasangan CKD di kilang sama ialah HIGER dan YUTONG yang diedarkan oleh GVT Sdn. Bhd.


Selain NETA, kilang ini juga dibuka bagi kegunaan pengeluaran CKD jenama lain, buat masa ini, jenama HIGER dan YUTONG
Seiring dengan fokus penghasilan kenderaan yang lestari, kilang ini menekankan komitmen terhadap kelestarian alam melalui penggunaan sistem mesra alam, termasuk teknologi pelepasan air sisa sifar, pencemaran bunyi sifar dan penggunaan tenaga solar.
NMSB telah menerima Lesen Pengilangan sementara pada Oktober 2023 daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kebenaran Merancang daripada Majlis Daerah Rembau.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT4572
SELANGOR
BSP1273
JOHOR
JYU5424
PULAU PINANG
PSB3294
PERAK
APG5449
PAHANG
CFG1732
KEDAH
KGF2532
NEGERI SEMBILAN
NEK543
KOTA KINABALU
SJR3184
KUCHING
QAB5345N
Terakhir Kemas Kini 15 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%
ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.
14-04-2026
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan
Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.
14-04-2026
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%
Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!
14-04-2026
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)
MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.
13-04-2026
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018
Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.
13-04-2026
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Kenapa Tiba-tiba Ada Polis di Stesen Minyak?
11-04-2026
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat