ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Audi SQ8 E-Tron, SQ8 Sprotback E-Tron, Ada 3 Motor Elektrik, Harga Lebih RM500K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengumumkan penambahan dua model baharu ke dalam rangkaian kenderaan elektrik sepenuhnya iaitu Audi e-tron - SQ8 e-tron dan SQ8 Sportback e-tron.

Dua model berprestasi tinggi baharu di dalam rangkaian eletrik SUV dan crossover Audi SQ8 e-tron itu ditawarkan pada harga RM 519,990 manakala bagi SQ8 Sportback e-tron RM529,990 .

Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev berkata e-tron merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) pertama Audi dengan Q8 e-tron menjadi model flagship.

image.pngimage.png

“Dengan kehadiran SQ8 e-tron baharu melalui rekaan klasik SUV dan rekaan Sportback yang lebih sporty, kami kini menawarkan varian Q8 e-tron berkuasa tinggi untuk mereka yang mahulan  pemanduan lebih mengujakan bersama teknologi Audi yang dinamik serta efisien. 

“Selain sistem pacuan semua roda quattro elektrik yang menjadi signatur Audi, kedua-dua model ini juga dilengkapi tiga unit motor, sekali gus menjadi model EV pertama di Malaysia yang mempunyai rangkaian kuasa dengan 3 motor,” katanya.

Untuk makluman anda, SQ8 e-tron hadir dengan tiga unit motor tak segerak (asynchronous), dua unit dipasang pada gandar belakang untuk menggerakkan setiap roda secara berasingan. 

Ini menjadikannya model keluaran massa pertama Audi yang menggunakan tiga motor.

Gandar hadapan dipacu oleh motor elektrik dengan kuasa puncak 124 kW (1 kW = 1.36 PS). 

Pada gandar belakang pula, dua unit motor elektrik menjana kuasa 98kW secara berasingan. Dalam mode boost, motor hadapan menghasilkan kuasa mencecah 157 kW, manakala dua motor di belakang mampumenjana sehingga 138kW setiap satunya.

Ini membolehkannya menjana kuasa mencecahi 433kW, tetapi output kuasa keseluruhan sistem tersebut dihadkan kepada 370kW menerusi pek bateri 114 kWh.

image.png

Menyentuh mengenai daya pecutan, ia dikatakan sama sahaja seperti sebuah kereta sport dimana ia mampu memecut dari 0 hingga  100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.5 saat manakala pecutan maksimum pula 210km/j.

Difahamkan, rangkaian kuasa 3 motor itu turut meningkatkan pengendalian di laluan bengkang-bengkok.

Mengenai pengecasannya pula, sistem elektrikal yang canggih pada SQ8 e-tron boleh mengendali bekalan pengecasan sehingga 170 kW di poin pengecasan DC untuk tempoh pengecasan yang cukup  singkat. 

Tempoh pengecasan di poin pengecas pantas DC boleh sepantas 31 minit daripada 10% ke 80% (SoC). 

SQ8 e-tron Sportback dikatakan boleh bergerak sejauh 471 kilometer manakala SQ8 e-tron pula 458km.

Soket pengecasan juga boleh menerima 3 mod pengecasan AC standard yang menggunakan Wallbox di rumah atau stesen pengecasan awam. 

Dengan pengecasan AC, masa yang diperlukan adalah sekitar 9.15 jam hingga 11.30 jam, bergantung kepada bekalan kuasa elektrik. Terdapat juga pengecas on-board yang membolehkan jentera ini dicaj sehingga 22kW daripada pengecas AC.

Bagi memudahkan pengguna, SQ8 e-tron mempunyai soket pengecasan tambahan di sebelah sisi kenderaan. 

Ini akan membuatkannya lebih mudah untuk disambungkan di mana-mana stesen pengecasan di tepi jalan. Pemandu juga boleh mengawal jadual pengecasan melalui Audi Multi Media Interface (Audi MMI) di dalam kereta.

Dalam 90% dalam semua situasi membrek, SQ8 e-tron tidak akan menggunakan brek cakeranya. 

Sebaliknya, sistem SQ8 e-tron  sebenarnya boleh pulih kembali melalui motor elektrik sahaja, tanpa memerlukan brek konvensional yang berfungsi sebagai generator, menukar tenaga kinetik kepada tenaga elektrik yang kemudian disimpan dalam bateri.

Platform MEB Evo 

SQ8 e-tron dibangunkan berdasarkan platform chasis elektronik MEB Evo dimana ia  mempunyai suspensi udara adaptif sport dengan kawalan redaman untuk roda depan dan belakang. 

Ia berupaya mengadaptasi kondisi jalan yang berbeza dengan tepat manakala aspek keselesaan dan kestabilan dapat dikekalkan sepanjang masa.

Malah, ketinggiannya juga boleh melaraskan secara automatik sehingga lebih 76mm. 

Di atas lebuh raya, kenderaan boleh direndahkan sebanyak 26mm untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik dan kestabilan. 

Ini bermakna, apabila memandu di atas permukaan jalan yang lebih kasar (menggunakan mode Offroad), jarak kelegaan tanah akan ditingkatkan dari 35mm kepada 50mm.

KABIN 

Menjengah bahagian SQ8 e-tron, ia mempunyai kabin seperti model-model mewah Audi yang lain. 

Bagi mengekalkan imej yang lebih sporty, tempat duduk hadapan dibalut dengan kulit Valcona bersama logo “S”.

Kombinasi material kulit pada bahagian atas papan pemuka serta kemasan karbon dan aluminium di ruang bawahnya menyerlahkan imej mewah dan berteknologi tinggi. 

Ruang itu dipertingkatkan lagi dengan ciri Ambient Lighting Package plus serta lampu LED pada pintu hadapan dan belakang.

Sistem kawalan suhu 4 zon memastikan agihan udara segar dan sejuk ke semua penjuru kabin. 

Sistem itu turut dilengkapi ionizer udara dengan ciri aromatik yang boleh diubah suai oleh penumpang bagi mendapatkan kualiti udara terbaik.

Audi Virtual Cockpit kini lebih berorientasikan kepada pemandu apabila panel instrumen diintegrasikan dengan papan pemuka dan paparan yang kemas.

Selain dua paparan sentuh MMI yang diposisikan ke arah pemandu, terdapat juga butang operasi berwarna hitam berkilat dengan maklum balas haptik.

Paparan antara muka telefon pintar membolehkan integrasi dengan kebanyakan peranti iOS dan Android, lengkap bersama Audi MMI untuk mengawal ciri-ciri seperti navigasi, muzik dan aplikasi-aplikasi terpilih.

Audio sistem premium Bang & Olufsen dengan 3D membolehkan anda alami muzik seperti yang dirakam, dengan dimensi bunyi keliling. 

image.png

Sistem ini mempunyai satu unit amplifier yang efisen untuk memacu 16 unit pembesar suara berkapasiti 705 watts.

SQ8 e-tron juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan kerana memiliki  sistem keselamatan pasif dan aktif yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, amaran penukaran lorong, bantuan membelok dan melencong, serta bantuan lintasan trafik depan dan belakang.

Ciri keselamatan standard yang lain termasuk sistem beg udara SRS di sisi dan belakang, pakej keselamatan kanak-kanak dengan cagak tempat duduk ISOFIX, top tether dan sistem pemantauan tekanan tayar. 

Bagi memudahkan urusan parkir, SQ8 e-tron dilengkapi pakej Park Assist bersama ciri park assist plus yang membantu mengesan ruang parkir yang kosong, kemudian memarkir kenderaan tanpa memerlukan input stereng daripada pemandu.

SQ8 e-tron didatangkan dalam pilihan warna yang luas termasuklah kelabu (Magnet Gray), biru (Ultra Blue), kelabu (Chronos Gray), hitam (Mythos Black), biru (Plasma Blue), kelabu (Daytona Gray) dan putih (Glacier White).

Kedua-dua varian SQ8 e-tron boleh dibeli bersama pilihan Audi Assurance Package (AAP) yang menawarkan jaminan lanjutan kenderaan sehingga 5 tahun dengan penyelenggaraan berjadual secara percuma untuk 3 tahun pertama dan bantuan tepi jalan percuma bagi 5 tahun pertama.

image.png

 Sistem bateri pula dilindungi secara berasingan menerusi jaminan selama 8 tahun atau perbatuan sejauh 160,000 km. Semua jaminan ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai SQ8 e-tron dan model-model lain dalam rangkaian e-tron, sila kunjungi bilik pameran terdekat Audi atau layari laman web www.audi.com.my.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW8046

SELANGOR

BSP7511

JOHOR

JYW2216

PULAU PINANG

PSC549

PERAK

APH2764

PAHANG

CFG4285

KEDAH

KGF7320

NEGERI SEMBILAN

NEK3378

KOTA KINABALU

SJR7566

KUCHING

QAB7233N

Terakhir Kemas Kini 10 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-06-2025
Kereta Baru

08-05-2025
Berita Auto

24-04-2025
Kereta Baru

10-04-2025
Kereta Baru

14-03-2025
Kereta Baru

18-02-2025
Kereta Baru

21-11-2024
Berita Auto

07-10-2024

Berita Terkini

EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV

EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?

Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.

20-04-2026
EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.