BYD Dedah Rancangan Pasaran Indonesia – 3 Model EV, Kilang RM6.1 Bilion, 50 Cawangan

Logo BYD pada model hatchback Dolphin
Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD, semalam telah mendedahkan tiga model elektrik yang akan dipasarkan di negara jiran kita, Indonesia, dalam usaha untuk melebarkan sayapnya di pasaran terbesar Asia Tenggara.
TIGA MODEL ELEKTRIK BYD YANG AKAN DIPASARKAN DI INDONESIA

Slogan BYD
Sebelum ini, BYD, hanya menawarkan bas elektrik dan teksi melalui rakan kongsi tempatannya di Indonesia. Bermula tahun ini, syarikat tersebut mengumumkan bahawa tiga model elektrik akan mula ditawarkan di pasaran iaitu hatchback Dolphin, SUV Atto 3 dan sedan Seal.
Indonesia berhasrat untuk mempercepatkan peralihan kepada EV dan menarik pelaburan ke dalam pengeluaran bateri tempatan serta rangkaian bekalan EV yang boleh memanfaatkan bekalan nikel negara tersebut, salah satu bahan penting dalam penghasilan bateri.
PEMBINAAN KILANG PENGELUARAN BYD DI INDONESIA
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Dr Airlangga Hartarto, melalui satu mesej video sempena pelancaran, menyatakan bahawa BYD merancang untuk melabur sebanyak AS$1.3 bilion (~RM6.13 bilion) dalam pembangunan kilang dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 150,000 kenderaan.
Selain itu, BYD juga dilaporkan akan mewujudkan sejumlah 50 cawangan jualan BYD di serata Indonesia menjelang penghujung tahun 2024.
MAKLUMAT RINGKAS BYD DOLPHIN BAGI PASARAN MALAYSIA

Majlis pelancaran BYD Dolphin di Malaysia
Untuk makluman pembaca, bagi pasaran Malaysia, Dolphin ditawarkan dalam dua varian dengan harga jualan dari RM99,900 ke RM124,900. Varian asas, Dynamic Standard Range, menggunakan bateri 44.9-kWh memberikannya jarak perjalanan sejauh 340 KM (WLTP) dengan sekali cas. Varian lebih tinggi, Premium Extended Range pula menggunakan bateri berkapasiti 60.48-kWh dengan jarak maksimum kira-kira 427 KM (WLTP).
Baca artikel pelancaran: BYD Dolphin, Harga Marhaen, Bawah RM100K
Baca artikel ulasan: Sempatlah "Merasa"2 Varian BYD Dolphin
MAKLUMAT RINGKAS BYD ATTO 3 BAGI PASARAN MALAYSIA

Majlis pelancaran BYD Atto 3, model pertama BYD untuk pasaran Malaysia
Turut ditawarkan dalam dua varian, Atto 3 dijual dalam lingkungan harga RM149,800 hingga RM167,800. Standard Range menggunakan bateri 49.9-kWh dengan jarak EV 410 KM, manakala varian Extended Range menggunakan bateri 60.4-kWh dengan jarak EV 480 KM.
Baca artikel pelancaran: Atto 3, Satu Lagi EV Mampu Milik Dilancar, Harga Dari RM147,800
Baca artikel ulasan: Buatan China, Atto 3 Bukan Calang-Calang
MAKLUMAT RINGKAS BYD SEAL BAGI PASARAN MALAYSIA

BYD Seal
Sementara itu, sedan BYD Seal pula masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Namun pra-tempahan bagi model ini telah mula dibuka hari ini, 19 Januari, dengan yuran tempahan, RM1,000. Berdasarkan laman web pra-tempahan BYD Seal, sedan ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Dynamic, Premium dan Performance dengan kapasiti bateri serendah 61.44-kWh ke 82.56-kWh. Jarak EV model ini adalah dari 510 KM ke 650 KM (NEDC).
Baca: Teaser BYD Seal Didedahkan, Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi?
Sumber: The Edge Malaysia, The Star
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari
Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.
15-06-2026
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat
BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.
12-02-2026
BYD Malaysia Jual Lebih 25K Unit Kereta Kurang 3 Tahun Di Malaysia!
Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, bersama rakan kongsi tempatan, BYD Sime Motors, hari ini mengumumkan kejayaan cemerlang di pasaran Malaysia setelah berjaya mencatatkan angka jualan terkumpul lebih daripada 25,233 unit.
10-12-2025
BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM
SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.
12-11-2025
BYD Atto 3 2026 Bakal Muncul Dalam Versi Lebih Berkuasa – 308 HP, 800V
BYD Atto 3 akhirnya melalui transformasi menjadi sebuah jentera elektrik yang lebih berkuasa dan sempurna.
10-10-2025
Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia
BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
14-07-2025
BYD Bikin Saspens, Siar Imej Model Baharu, Adakah Atto 2 Bakal Dilancar
BYD Cars Malaysia membuat saspens sekali lagi apabila mendedahkan imej teaser yang mana timbul spekulasi bahawa ia bakal memperkenalkan model elektrik terbaharunya, BYD Atto 2.
07-07-2025
BYD Atto 3 Terjual 1 Juta Unit Kurang 4 Tahun Pelancarannya – 30 Unit Setiap Jam
SUV elektrik (EV) popular, BYD Atto 3, mencatatkan pencapaian luar biasa dengan jualan terkumpul melebihi 1 juta unit di seluruh dunia.
23-06-2025
Berita Terkini
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Smart #2 Mula Diuji: Kereta Bandar Elektrik 2-Tempat Duduk Generasi Baharu
Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini Tentang Smart #2 Serba Elektrik.
20-07-2026
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
