Chery Tiggo 7 Pro Versi CKD Bakal Tiba, Jeng, Jeng

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan Tiggo 7 Pro ke pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini.
Menerusi pembentangan rancangan Chery sepanjang tahun ini, pihak syarikat turut mendedahkan maklumat awal mengenai spesifikasi Tiggo 7 Pro.
Berdasarkan slaid pembentangan yang ditunjukkan kepada para media, Tiggo 7 Pro disumbat dengan enjin 1.6-liter empat silinder turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 197 hp dan 290 Nm.

Jentara itu digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan.
Dari segi daya pecutannya pula, Chery berkata, Tiggo 7 Pro itu mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 8.3 saat.


Antara maklumat lain yang turut didedahkan ialah, ia akan menggunakan rim aloi sebesar 18 inci manakala sistem multimedia pada kereta ini juga memiliki keupayaan untuk penyambungan sistem Android Auto dan juga Apple Car Play.
Apa yang cukup menarik ialah ia dilengkapi dengan 17 ciri ADAS, iaitu lima ciri lebih banyak berbanding Tiggo 8 Pro.
Turut disertakan adalah kamera 540 darjah, ada bumbung panaromik, skrin berkembar berukuran 24.6 inci, selain ada liang pengudaraan pada tempat duduk hadapan.
Tidak ketinggalan juga terdapat sistem audio Sony dengan lapan pembesar suara.
Malah, pihak Chery turut mendedahkan bahagian bampar serta sisi jentera itu.

Dikhabarkan, Tiggo 7 Pro ini akan ditawarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) dimana pemasangannya juga akan dibangunkan di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah.

Bagaimanapun, harga Tiggo 7 Pro masih belum didedahkan! Di sebalik butiran ini, ada juga yang mendakwa adakah Tiggo 7 Pro ini mampu menyaingi Proton X70 kerana rupa mereka seakan-akan sama selain berkongsi beberapa spesifiaksi lain.
Apa pula pandangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge