Fasiliti Ini Adalah Bilik Pameran Terbesar BMW

BMW Group Malaysia dan Auto Bavaria, rangkaian pusat pengedaran BMW bertauliah yang terbesar di Malaysia merasmikan bilik pameran canggih mereka yang terletak di Balakong, Selangor, pagi tadi.
Ia yang dibina menerusi konsep Retail.NEXT sepenuhnya akan menjadi antara bilik pameran BMW Group yang terbesar di negara ini.

Fasiliti yang seluas 240,057 kaki persegi menyediakan suasana kelas pertama mencerminkan Pengalaman Pemilikan Premium menerusi bahasa rekaan moden serta latar hadapannya yang merangkumi sebuah taman dan teres luar.
Terdapat ruang serba interaktif yang dilengkapi dengan alatan niaga digital yang inovatif terletak di lokasi-lokasi strategik merentasi bilik pameran tersebut.
Bilik pameran ini juga akan membawakan Grand Klasse Lounge dengan wajah baharu, termasuk ruang penyerahan yang menambah sentuhan kemewahan dan keeksklusifan.

Ia juga akan menampilkan fasiliti-fasiliti berpaksikan gaya hidup termasuk BMW Café dan ruang singgah bagi membolehkan para pelanggan mendapat akses kepada ruang bertaraf premium.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pihaknya cukup teruja untuk membuka tirai bilik pameran BMW yang antara terbesar di Malaysia untuk sesi previu yang eksklusif .

“Ia menandakan satu titik sejarah yangsignifikan dalam komitmen kami untuk membawakan pengalaman automotif yang cemerlang buat para pelanggan.
“Konsep pusat pengedaran Retail.NEXT ini berunsurkan fizikal-digital dengan estetika moden dan juga persekitaran yang menarik,” katanya.
Auto Bavaria Balakong ini mempamerkan pelbagai model kenderaan daripada BMW Group termasuk model-model BMW dan BMW i, di samping kenderaan daripada portfolio MINI, BMW dan BMW Premium Selection.
Bilik pameran ini terletak di Jalan Balakong dan waktu operasi bermula dari 8 pagi-5 petang untuk hari Isnin-Jumaat, 8 pagi-5.30 petang pada Sabtu dan 10 pagi-5 petang setiap Ahad.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bilik Pameran Baharu Ini Sudah Dinaik Taraf
Auto Bavaria baru sahaja membuka bilik pameran terbaharunya yang terletak di Chan Sow Lin, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
25-03-2024
Skuter Retro Unik BMW CE 02 X Vagabund Didedahkan – Ada Speaker Mudah Alih
BMW Motorrad baru-baru ini telah mendedahkan versi unik skuter elektrik, BMW CE 02 .
05-08-2024
Tahniah Kepada Semua Pengedar BMW
Lebih 200 tetamu hadir pada majlis Dealer Awards Night yang diadakan di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.
19-06-2024
MAS 2024: Ada Berita Baik Buat Pembeli BMW!
,BMW Group Malaysia menawarkan tawaran eksklusif dan istimewa untuk barisan model BMW, MINI serta BMW Motorrad.
22-05-2024
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama
Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!
15-05-2026
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif
Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
30-04-2026
Pusat Pameran MINI 1S Dibuka Di Ipoh, Perak
MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) melebarkan rangkaian jenamanya di utara Semenanjung Malaysia apabila membuka sebuah bilik pameran MINI baharu berstatus 1S di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
02-12-2025
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
