ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fasiliti Ini Adalah Bilik Pameran Terbesar BMW

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia dan Auto Bavaria, rangkaian pusat pengedaran BMW bertauliah yang terbesar di Malaysia merasmikan  bilik pameran canggih mereka yang terletak di Balakong, Selangor, pagi tadi.

Ia yang dibina menerusi konsep Retail.NEXT sepenuhnya akan menjadi antara bilik pameran BMW Group yang terbesar di negara ini.

image.png

Fasiliti yang seluas 240,057 kaki persegi menyediakan suasana kelas pertama  mencerminkan Pengalaman Pemilikan Premium menerusi bahasa rekaan moden serta latar hadapannya yang merangkumi sebuah taman dan teres luar.

Terdapat ruang serba interaktif  yang dilengkapi dengan alatan niaga digital yang inovatif terletak di lokasi-lokasi strategik merentasi bilik pameran tersebut.

Bilik pameran ini juga akan membawakan Grand Klasse Lounge dengan wajah baharu, termasuk ruang penyerahan yang menambah sentuhan kemewahan dan keeksklusifan.  

image.png

Ia juga akan menampilkan fasiliti-fasiliti berpaksikan gaya hidup termasuk BMW Café dan ruang singgah bagi membolehkan para pelanggan mendapat akses kepada ruang bertaraf premium.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pihaknya cukup teruja untuk membuka tirai bilik pameran BMW yang antara terbesar di Malaysia untuk sesi previu yang eksklusif .

image.png

“Ia menandakan satu titik sejarah yangsignifikan dalam komitmen kami untuk membawakan pengalaman automotif yang cemerlang buat para pelanggan. 

“Konsep pusat pengedaran Retail.NEXT ini berunsurkan fizikal-digital dengan estetika moden dan juga persekitaran yang menarik,” katanya.

Auto Bavaria Balakong ini mempamerkan pelbagai model kenderaan daripada BMW Group termasuk model-model BMW dan BMW i, di samping kenderaan daripada portfolio MINI, BMW dan BMW Premium Selection. 

Bilik pameran ini terletak di Jalan Balakong dan waktu operasi bermula dari  8 pagi-5 petang untuk hari Isnin-Jumaat, 8 pagi-5.30 petang pada Sabtu dan 10 pagi-5 petang setiap Ahad.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL9741

SELANGOR

BSM5048

JOHOR

JYR5329

PULAU PINANG

PRY6864

PERAK

APF2840

PAHANG

CFF3192

KEDAH

KGE3604

NEGERI SEMBILAN

NEJ5280

KOTA KINABALU

SJQ2984

KUCHING

QAB2438N

Terakhir Kemas Kini 14 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

RON 97

RM 3.10

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.99

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.19

+0.03

Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

25-03-2024
EV

27-02-2023
Kereta Baru

27-09-2022
EV

02-09-2025
EV

05-08-2024
EV

22-05-2024
EV

13-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.

13-02-2026
Berita Auto

Kesesakan Luar Biasa Sebab 160,000 Kenderaan Banjiri WCE Sehari

Aliran trafik di Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka meningkat dengan 160,000 kenderaan sehari sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.

13-02-2026
Berita Auto

PDRM Cadang Wajibkan 'Dashcam': Lapor Kesalahan Trafik, Dapat Diskaun Saman – Anda Setuju?

Pernah geram nampak pembuli jalan raya terlepas begitu sahaja? Selepas ini, orang ramai boleh jadi 'hero' jalan raya. JSPT di bawah PDRM mencadangkan agar semua kenderaan diwajibkan memasang dashcam.

13-02-2026
Berita Auto

Seni Di Sebalik Jentera: Pelajar MSU Selami Dunia Rekaan Kereta Bersama PROTON

Di sebalik rupa paras kenderaan yang memukau di jalan raya, tersimpan satu rantaian proses reka bentuk kritikal yang menentukan 'jiwa' dan karakter sesebuah model.

13-02-2026
Berita Auto

30 Minit Jadi 2 Jam! Pekerja Swasta Berhak Mohon Kerja Dari Rumah – Menteri

Kerajaan baru-baru ini mengingatkan bahawa setiap pekerja sektor swasta mempunyai hak untuk memohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) daripada majikan masing-masing.

13-02-2026
Berita Auto

Bas Henti-Henti, BAS.MY Kuantan Untuk Orang Kuantan

Perkhidmatan bas henti-henti baharu, BAS.MY Kuantan dilihat dapat memperkukuh rangkaian pengangkutan awam .

13-02-2026
Berita Auto

Kemalangan Maut Di Jelapang: Keluarga Mangsa Rayu Orang Ramai Kongsi Rakaman Dashcam

Pihak keluarga memohon saksi kejadian atau individu yang mempunyai rakaman dashcam tampil membantu siasatan.

13-02-2026
Berita Auto

OP Selamat 25: Jangan Pandu Dalam Keadaan Letih, Boleh Dikenakan Tindakan Tegas

Memandu dalam keadaan letih adalah antara enam kesalahan utama yang akan dikenakan tindakan penguatkuasaan tegas.

12-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.