GWM Bakal Perkenal Sedan EV, Ora 07, di Malaysia Tahun 2024, Ini Yang Dijangkakan...

Sumber dalaman kami dari GWM Malaysia, mendedahkan bahawa model sedan elektrik, Ora 07, dijangka akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.
Beberapa bulan selepas kemunculannya di negara jiran, sedan EV, GWM Ora 07 dikatakan bakal tiba di pasaran kita. Menurut sumber dalaman kami dari GWM Malaysia, sedan EV ini akan diperkenalkan di Malaysia dalam tahun ini, dan bakal memberikan saingan sengit kepada model-model elektrik lain seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal yang akan dilancarkan tidak lama lagi.


Menurut sumber tersebut, Ora 07 akan ditawarkan dalam dua varian untuk pasaran tempatan, iaitu varian asas 'Long Range' (LR) dan varian tertinggi, 'Performance.’
Malaysia dijangka akan menerima model ini dalam spesifikasi sama seperti pasaran Thailand yang mana model LR menggunakan satu motor elektrik hadapan (FWD) dengan kuasa 201 HP (204 PS) dan 340 NM.
Sementara itu, varian Performance pula akan dikuasakan oleh dua motor, dengan sistem pacuan semua roda (AWD), membolehkan EV ini mencapai kuasa 402 HP (408 PS) dan 680 NM. Angka ini memberikan prestasi 0-100 KM/J sepantas 4.3 saat, dengan kelajuan maksimum 180 KM/J.
Dari segi bateri, kedua-dua varian Ora 07 menggunakan bateri LFP 83.5 kWh, memberikan model LR jarak perjalanan maksimum sejauh 600 KM (WLTP). Manakala model yang lebih menumpukan pada prestasi, Performance pula boleh mencapai jarak maksimum lebih rendah, iaitu 495 KM (WLTP).


Adakah kehadiran Ora 07 akan menggugat kedudukan Model 3 (kiri) dan BYD Seal (kanan)?
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, prestasi dan jarak yang mampu dicapai Ora 07 meletakkan model ini sebagai pesaing terdekat Tesla Model 3 facelift (kini di pasaran) dan BYD Seal (bakal dilancarkan tidak lama lagi).


Untuk maklumat pembaca, Tesla Model 3 ditawarkan dalam dua varian iaitu Standard dan Long Range yang mana masing-masing menawarkan jarak EV sehingga 513 KM dan 626 KM (WLTP). Namun begitu, spesifikasi terperinci bagi BYD Seal masih belum diumumkan untuk kami kongsikan di sini.
Sumber dalaman kami turut memaklumkan bahawa GWM Ora 07 akan membuat kemunculan di negara ini tidak lama lagi dengan jangkaan seawal suku pertama (Q1) tahun ini, mungkin pada sekitar bulan Mac. Jika dibandingkan dengan pesaingnya, kita boleh menganggarkan Ora 07 akan ditawarkan pada harga kira-kira RM180,000 hingga RM220,000.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9309
SELANGOR
BST4692
JOHOR
JD6431J
PULAU PINANG
PSF3439
PERAK
APL2659
PAHANG
CFH6327
KEDAH
KGH8760
NEGERI SEMBILAN
NEL7039
KOTA KINABALU
SJT9124
KUCHING
QAB5213P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat