ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Imej Acah Honda Civic FE Facelift Didedahkan, Masuki Pasaran Tahun 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-Civic-FE-Facelift-Teaser-1.jpg


Honda telah mendedahkan imej teaser pertama bagi Civic facelift yang akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2025


Beberapa tahun selepas kehadiran Honda Civic generasi ke-11, model ini bakal tampil dalam versi facelift pada tahun 2025. Baru-baru ini, Honda telah mendedahkan dua imej acah atau teaser model tersebut. Ini kupasannya…


Honda-Civic-FE-Facelift-Teaser-2.jpg


Imej acah tersebut memaparkan model sedan FE, Honda Civic facelift dengan sudut hadapan berbeza, kali ini menggunakan bampar baharu yang kelihatan sama seperti pada model berprestasi, Civic FL5 Type R. 


Selain itu, sedan ini juga dilihat menggunakan rim lebih besar daripada saiz 17 dan 18 yang digunakan pada model pra-facelift.


Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan sama ada sentuhan yang sama akan diberikan pada Civic versi hatchback. Namun syarikat tersebut menyatakan bahawa semua Civic yang diberikan kemas kini akan menerima pelbagai ciri dan fungsi baharu tanpa mengira bentuk badan.


Honda-Civic-FE-Facelift-Teaser-4.jpg


Imej acah kedua memaparkan sudut belakang Honda Civic facelift yang menunjukkan bampar belakang yang diberikan perubahan kecil. Dari sudut ini juga kita didedahkan dengan informasi penting lain mengenai model facelift ini…


Honda-Civic-eHEV-RS-Ext-20.jpgHonda-Civic-eHEV-RS-Ext-13.jpg


Honda Civic facelift akan mengekalkan penggunaan trenkuasa hibrid yang sama, tetapi diberikan peningkatan kecil. 


Seperti yang dijelaskan oleh Honda, Civic 2025 masih menggunakan trenkuasa HEV yang sama, namun diberikan penambahbaikan. Walaupun pengeluar automotif ini tidak menjelaskannya secara terperinci, Honda menyatakan bahawa sistem hibrid yang telah dikemaskini ini sama seperti yang terdapat pada model Civic hibrid semasa, yang terdiri daripada enjin petrol kitaran Atkinson 4-silinder 2.0 liter yang dipadankan dengan dua motor elektrik.


SASARAN JUALAN BAGI HONDA CIVIC HYBRID 2025


Honda-Civic-FE-Facelift-Teaser-3.jpg


Honda menetapkan sasaran yang tinggi bagi model ini, iaitu sekurang-kurangnya 40% daripada keseluruhan jualan kenderaannya disumbangkan oleh sedan hibrid ini. 


Model ini dijangka akan menembusi pasaran Amerika Syarikat pada penghujung tahun 2025 sebelum memasuki pasaran lain di serata dunia termasuk Malaysia. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Global

02-08-2024
Global

24-05-2024
Global

09-05-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.