Imej BMW i5 Touring Bocor Lebih Awal, Dilancarkan Musim Bunga 2024

Menjelang pelancarannya di peringkat global pada musim bunga tahun ini, beberapa imej BMW i5 Touring tersebar di internet. Foto yang dikongsikan oleh pengguna Instagram @wilcoblok itu menunjukkan wagon segmen D baharu dengan jelas tanpa sebarang pelekat samaran atau litupan kain.

Imej pertama yang dikongsikan menunjukkan sudut hadapan daripada tepi BMW i5 Touring (Sumber: Instagram @wilcoblok)
Imej pertama mempamerkan sudut hadapan daripada bahagian tepi i5 Touring. Selain tampil dengan bumbung yang lebih panjang, secara keseluruhannya model ini kelihatan tidak jauh berbeza daripada model sedan, dengan ‘muka’ serupa menggunakan rekaan gril ‘kidney’ dengan bingkai yang bercahaya. i5 Touring diberikan rim dalam reka bentuk yang berbeza, dengan jejari yang lebih tertutup dalam gabungan dua warna.


Imej kedua dan ketiga menunjukkan sudut belakang i5 Touring (Sumber: Instagram @wilcoblok)
Imej kedua dan ketiga yang didedahkan memaparkan sudut belakang i5 Touring. Seperti yang ditunjukkan dalam imej teaser sebelum ini, wagon ini mempamerkan sepasang lampu belakang LED yang halus dengan reka bentuk yang sedikit berbeza dari apa yang kita lihat pada sedan i5. Selain itu, wagon ini diberikan aksen bampar belakang yang sporty sama seperti model sedan. Sementara itu, garis bumbung wagon yang dipanjangkan serta sepasang rel bumbung berwarna hitam berkilat menyerlahkan lagi aura sporty dan agresif model ini.
Walaupun imej-imej yang dibocorkan ini memaparkan model elektrik i5 Touring, kita boleh menjangkakan versi ICE juga akan hadir dalam reka bentuk yang sama, namun ditambah dengan ekzos yang lebih sporty di bahagian belakang.


Sedan BMW i5 eDrive40 yang baru dilancarkan di Malaysia tahun lalu dilengkapi dengan satu motor elektrik belakang berkuasa 335 HP (250 kW) dan 430 NM.
Buat masa ini, BMW belum mendedahkan butiran teknikal bagi kedua-dua i5 Touring dan 5 Series Touring generasi kelapan, tetapi kami percaya wagon elektrik ini akan ditawarkan dengan pilihan motor tunggal dan dua motor seperti kembar sedannya, manakala varian ICE akan ditawarkan dengan pelbagai pilihan kuasa hibrid - termasuk M5 Touring yang dikatakan akan memiliki enjin hibrid plug-in (PHEV) enam silinder yang mampu mengeluarkan kuasa sebanyak 789 HP.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, BMW i5 Touring baharu dijangka akan membuat penampilan globalnya pada musim bunga tahun ini, dan bakal memasuki pasaran yang mesra wagon seperti negara kelahirannya, Jerman, dan negara-negara Eropah lain. Pelancaran model ini di pasaran lain masih belum diketahui.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge