Ini Dia Senarai Kereta ICE Harga Rahmah Sehingga Harga Kayangan!




Baru dua hari tahun 2023 berlalu, namun tahun 2023 membuktikan ia adalah tahun yang cukup mengujakan buat kaki kereta dan pembeli kereta tempatan.
Biarpun, akhir-akhir tahun lalu kebanyakan pengeluar kereta dilihat cukup aktif melancarkan kenderaan elektrik (EV) namun mereka juga tidak melepaskan peluang daripada memperkenalkan model-model kereta yang menggunakan enjin petrol.
Jadi, kami menyenaraikan lima kenderaan baharu yang dilancarkan sepanjang tahun lalu.
Berikut adalah senarainya:
PROTON S70

Proton sekali lagi menggegarkan industri automatif apabila melancarkan hot item terbaharunya iaitu S70.
Rekaan asal kereta ini yang menggunakan model kereta Geely Emgrand ditawarkan pada harga mampu milik.
Didapati dalam empat varian, ia dijual pada harga dari RM RM73,800 hingga RM94,800 bergantung kepada varian.
Kesemua varian digandingkan dengan enjin 1.5 liter turbo DOHC tiga silinder dan dipadankan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan 7DCT.
S70 mampu menghamburkan kuasa setakat 147 hp dan tork 226Nm
Sebaik dilancarkan, pihak Proton menerima lebih 1,200 tempahan dan model sedan ini dikatakan akan menjadi model paling laku Proton walaupun SUV masih menerajui dalam pasaran.
2. Perodua Axia 1.0E MT @ 'Axia Rahmah'
Apabila supermini Axia yang dibangunkan berdasarkan DNGA dilancarkan, satu Malaysia kecoh disebabkan harganya yang cukup marhaen iaitu cuma serendah RM22,000.
Maka tidak hairanlah mengapa ia digelar sebagai Axia Rahmah, zaman sekarang mana nak dapat kereta semurah itu kecuali daripada Perodua.

Lagipun, Perodua sememangnya popular dari dulu lagi kerana mampu menyediakan mobiliti pada harga yang sangat, sangat berpatutan.
Tambah panas lagi apabila Daihatsu mengakui pihaknya melakukan penyelewangan salah laku yang membabitkan ujian keselamatan membabitkan beberapa model keluaran Daihatsu di Jepun.
Di sebalik isu skandal ujian keselamatan Daihatsu, Perodua masih menjalankan operasi seperti biasa.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa pelancaran Axia Rahmah dilihat kena pada masanya. Tambahan pula, dengan kenaikan kos sara hidup selepas pandemic Covid-19.
Sejak itu, orang ramai dilihat lebih memilih kenderaan berharga murah.
Bayangkan hanya pada harga RM22,000 dengan ansuran bulanan bayaran serendah RM300, tiada sesiapa yang mampu menewaskan Axia Rahmah dari harganya.
3. Toyota Alphard & Vellfire

Melihat kepada populariti kedua-dua model Alphard dan Vellfire, ramai yang mempersoalkan bilakah MPV baharu ini akan mendarat di Malaysia.

Selepas kecoh sekejap, apa yang cukup mengejutkan kita ialah UMT Toyota Motor (UMWT) secara rasminya memperkenalkan Alphard dan Vellfire sejurus penampilan sulung mereka di Jepun.
Toyota Alphard dan Vellfire 2023 generasi AH40 ditawarkan dengan pilihan pembakaran dalaman sahaja.
Ketibaan Alphard dan Vellfire gen AH40 yang dibangunkan berdasarkan TNGA melengkapkan barisan jualan UMWT. Kedua-duanya tiba dalam varian tunggal, manakala Alphard Executive Lounge diletakkan di atas Vellfire sebagai pilihan berspesifikasi tinggi.
Alphard dijana dengan enjin 2.4 liter 4-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 278 PS dan tork 430Nm manakala Vellfire pula menghamburkan kuasa 182 PS dan 235Nm.
Biarpun, harga kedua-dua model ini agak tinggi Vellfire (RM438,000) dan RM538,000 (Alphard) namun ia tetapi mendapat respons positif. Ini mungkin kerana kebanyakannya masih belum memasuki pasaran rekon tempatan.
4. Honda Civic Type R FL5

Ketibaan Honda Civic Type R FL5 baharu di Malaysia juga menjadi persoalan mengenai pengeluaran yang lembap di kebanyakan pasaran tempatan Jepun dan luar negara.
Namun ia tidak menjejaskan pasaran tempatan, Ini mungkin kerana Honda Malaysia cuma memperuntukkan 19 unit di Malaysia.
Pengagihan unit akan dilakukan berdasarkan undian.
Civic Type-R ini dikuasakan oleh enjin VTEC Turbo 2.0L yang menghasilkan 315 HP (319 PS) dan 420 NM tork, memacu model berkuasa tinggi ini dari 0-100KM/J dalam masa 5.5 saat.
Walaupun angka RM399,900 Honda Malaysia yang dikemukakan untuk setiap satu kelihatan agak berlebihan pada mulanya, namun ia tetapi menjadi pilihan penggemar kereta H.
5. Porsche 911 GT3 RS (992)
Biarpun,tahun 2023 menyaksikan tidak banyak kereta sport dilancarkan namun di sebalik itu, ada juga kereta mewah yang dilancarkan iaitu Porsche 911 GT3 RS.

Walaupun kita berada dalam era SUV dan EV, mujur jenama seperti Porsche kekal dengan identitinya sebagai jenama kereta sport.
Jentera ini yang dikuasakan oleh enjin flat-six 4.0 liter NA mampu menghamburkan kuasa setinggi 525 hp dan tork maksima 465 Nm.
Dipadankan dengan kotak gear Porsche Doppelkupplung (PDK) tujuh kelajuan, ia mampu mencapai pecutan dari 0 hingga100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 3.2 saat sahaja.
Melihat kepada kehebatan jentera ini, anda boleh mengatakan bahawa harga asas RM2.63 juta dilihat agak murah. Jangkakan nilai jualan semulanya hanya akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX6465
SELANGOR
BSP9743
JOHOR
JYW5491
PULAU PINANG
PSC2463
PERAK
APH4237
PAHANG
CFG4873
KEDAH
KGF8742
NEGERI SEMBILAN
NEK3935
KOTA KINABALU
SJR8908
KUCHING
QAB7502N
Terakhir Kemas Kini 18 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Porsche 911 GT2 RS Pecah Rekod Baharu Di Litar Nürburgring
911 GT2 RS berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di litar berkepanjangan 20.8 km Nürburgring Nordschleife
17-08-2021
Berita Terkini
Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!
Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!
15-05-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama
Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!
15-05-2026
Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula
PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.
15-05-2026
JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000
Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!
15-05-2026
Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan
T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95
15-05-2026
Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN
Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.
14-05-2026
Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!
Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!
14-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat