Jenama EV GAC Aion Masuk M'sia

Pembuat Kenderaan Elektrik (EV) China, GAC Aion melantik Warisan TC Holdings Bhd sebagai pengedar tunggal dan eksklusif untuk model EV mereka di Malaysia.
Seperti mana yang dilaporkan The Edge, laporan Bursa mendedahkan bahawa Warisan TC akan bertanggungjawab mengimport, mengedar, menjual dan melaksanakan perkhidmatan selepas jualan untuk GAC Aion EV di Malaysia.
Hasil kerjasama ini adalah susulan perjanjian sebelum ini antara Warisan TC dan syarikat induk Aion, Guangzhou Automotive Group (GAC), untuk melakukan pemasangan model tempatan (CKD) enjin pembakaran dalaman (ICE) GAC Motor di Malaysia.
Kerjasama itu menyaksikan pelaburan sebanyak RM60 juta disediakan, selain melibatkan pembuatan dan pemasangan SUV GAC GS3 untuk pasaran tempatan.
Menerusi kerjasama yang dibuat kedua-dua pihak itu sebelum ini bermakna Warisan TC dan GAC Aion akan berada di bawah bumbung yang sama untuk pasaran Malaysia dimana Warisan TC akan mengendalikan kedua-dua jenama tersebut.
Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai sama ada kerjasama ini akan melibatkan sebarang usaha CKD untuk model GAC Aion memandangkan laporan Bursa hanya menetapkan Warisan untuk mengimport dan mengedarkan EV GAC Aion.

Bukan itu sahaja Warisan TC juga dikatakan bertanggungjawab untuk mengendalikan kedua-dua model ICE dan EV untuk pasaran Malaysia.
Melalui kerjasama mereka, kami menjangkakan beberapa model EV GAC Aion akan mendarat dan mungkin lebih awal daripada jangkakaan.
Ini kerana ada seorang ahli kumpulan Facebook MyEVOC, Faisal Hussamuddin ada merakam gambar model EV GAC Aion S Plus.

Untuk pasaran China, GAC Aion S Plus didatangkan dalam beberapa varian, dimana ia menawarkan jarak pergerakan sehingga 602 KM (NEDC) .
Jentera itu menghasilkan kuasa setakat 204 hp dan 350 Nm, disebabkan persediaan RWD motor tunggal.

Selain itu, model Aion S Plus dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.8 saat.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX6411
SELANGOR
BSP9741
JOHOR
JYW5453
PULAU PINANG
PSC2450
PERAK
APH4223
PAHANG
CFG4864
KEDAH
KGF8651
NEGERI SEMBILAN
NEK3925
KOTA KINABALU
SJR8907
KUCHING
QAB7502N
Terakhir Kemas Kini 17 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2024: AION ES Kini Di M'sia, Harga Cuma Lebih RM100K
WTC melancarkan secara rasminya AION ES 2025 di KLIMS 2024, semalam.
05-12-2024
GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Syarikat China Guangzhou Automotive Group (GAC) telah mengembangkan barisan produk kenderaan elektriknya apabila ia melancarkan sebuah lagi EV terbaharunya, Aion RT.
20-09-2024
Nak Beli AION Y Plus? Nikmati Pandu Uji AION Y PLUS Secara Eksklusif dengan GoCar
Bayaran pandu uji dipulangkan sepenuhnya jika pelanggan membeli kereta berkenaan selepas sesi pandu uji mereka.
23-08-2024
Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta
Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.
06-04-2025
Berita Terkini
Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!
Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!
15-05-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama
Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!
15-05-2026
Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula
PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.
15-05-2026
JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000
Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!
15-05-2026
Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan
T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95
15-05-2026
Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN
Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.
14-05-2026
Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!
Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!
14-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
