ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jenama EV GAC Aion Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembuat Kenderaan Elektrik  (EV) China, GAC Aion melantik Warisan TC Holdings Bhd sebagai pengedar tunggal dan eksklusif untuk model EV mereka di Malaysia.

Seperti mana yang dilaporkan The Edge, laporan Bursa mendedahkan bahawa Warisan TC akan bertanggungjawab mengimport, mengedar, menjual dan melaksanakan perkhidmatan selepas jualan untuk GAC Aion EV di Malaysia.

Hasil kerjasama ini adalah  susulan perjanjian sebelum ini antara Warisan TC dan syarikat induk Aion, Guangzhou Automotive Group (GAC), untuk melakukan pemasangan model tempatan  (CKD) enjin pembakaran dalaman (ICE) GAC Motor di Malaysia.

Kerjasama itu  menyaksikan pelaburan sebanyak RM60 juta disediakan, selain melibatkan pembuatan dan pemasangan SUV GAC GS3 untuk pasaran tempatan.

Menerusi kerjasama yang dibuat kedua-dua pihak itu sebelum ini bermakna  Warisan TC dan GAC Aion akan berada di bawah bumbung yang sama untuk pasaran Malaysia dimana Warisan TC akan mengendalikan kedua-dua jenama tersebut.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai sama ada kerjasama ini  akan melibatkan sebarang usaha CKD untuk model GAC Aion memandangkan laporan  Bursa hanya menetapkan Warisan untuk mengimport dan mengedarkan EV GAC Aion.

image.png

Bukan itu sahaja Warisan TC juga dikatakan bertanggungjawab untuk mengendalikan kedua-dua model ICE dan EV untuk pasaran Malaysia.

Melalui kerjasama mereka, kami menjangkakan beberapa model EV GAC Aion akan mendarat dan mungkin lebih awal daripada jangkakaan.

Ini kerana ada seorang ahli kumpulan Facebook MyEVOC, Faisal Hussamuddin ada merakam gambar model EV   GAC Aion S Plus.

image.png

Untuk pasaran China, GAC Aion S Plus didatangkan dalam beberapa varian, dimana ia menawarkan jarak pergerakan sehingga 602 KM (NEDC) .

Jentera itu menghasilkan kuasa setakat 204 hp dan 350 Nm, disebabkan persediaan RWD motor tunggal.

image.png

 Selain itu, model Aion S Plus dikatakan mampu memecut dari  0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.8 saat.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.