"Masih Belum Ada Keputusan," - Anthony Loke

Sebelum ini, ada cadangan daripada menteri yang mahu membenarkan pemegang lesen motosikal kelas B2 dinaik taraf kepada secara automatik.
Bagi penulis, ia adalah salah satu langkah yang cukup tidak masuk akal walaupun secara hakikinya kita sedar pengendalian motosikal biasa tidak melebihi 250 cc dengan motosikal berkuasa tinggi sememangnya jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Namun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sekali lagi digasak dengan soalan mengenai status keputusan jadikan lesen B2 kepada B automatik.

Ini jawapan beliau:
“Cadangan itu masih di peringkat perbincangan di peringkat MOT kerana terdapat pelbagai pandangan mengenainya.
"Keputusan belum dibuat. Memang ada kajian dilakukan tapi ia masih di peringkat perbincangan lanjut kerana lesen B ini untuk motosikal berkuasa besar.
"MOT perlu melihat sejauh mana mereka yang mempunyai lesen kelas B2 ini mampu untuk membawa motosikal berkuasa besar, jadi itu juga menimbulkan kebimbangan daripada pelbagai pihak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Peruntukan Menteri Pengangkutan di Dewan Yayasan ECM Libra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul, Seremban, sebentar tadi

Pada tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada melontarkan cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B, secara automatik akan dibawa kepada MOT untuk diteliti terlebih dahulu.
Ahmad Zahid seperti dilaporkan media berpendapat, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5617
SELANGOR
BSU153
JOHOR
JE7720J
PULAU PINANG
PSF8374
PERAK
APL7186
PAHANG
CFH8390
KEDAH
KGJ2580
NEGERI SEMBILAN
NEM748
KOTA KINABALU
SJU2793
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 28 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rupanya Sudah Ada Keputusan
Pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal bagi kelas B2 kepada B penuh secara automatik akan diumumkan dalam masa terdekat.
30-07-2024
Berita Baik Buat Mereka Yang Mahu Ambil Lesen Kereta/Motosikal Secara Serentak Sebab Anda Tidak Perlu..
Kementerian pengangkutan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan hanya satu ujian teori kepada mereka yang menduduki ujian lesen kereta dan motosikal.
28-03-2023
Belanjawan 2023: Kerajaan Tanggung Lesen B2, Teksi, Bas, E-Hailing
Kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-hailing.
24-02-2023
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri
Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.
23-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat