ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mazda 6 Ucap Selamat Tinggal Kepada Jepun – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Bermaz_2023MY-Mazda-6-FL_-2-2.jpg


Setelah 12 tahun, Mazda akhirnya menghentikan pengeluaran sedan Mazda 6 di Jepun.


Rakyat Jepun akhirnya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada sedan segmen D, Mazda 6, kerana syarikat automotif Jepun tersebut mengumumkan akan menghentikan pengeluaran untuk pasaran Jepun pada bulan April tahun ini.


Tidak banyak yang didedahkan Mazda mengenai keputusan yang telah diambil ini, namun, pengeluar kereta tersebut ada menyebut bahawa pengeluaran akan dihentikan bagi bukan sahaja sedan tetapi juga versi wagon. 


​​Tetapi memandangkan model generasi ketiga ini diperkenalkan 12 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2012, mungkin sudah tiba masanya untuk sedan ini membuat lambaian terakhir. 


web_CariCarz_Bermaz_2023MY-Mazda-6-FL_-5-2.jpgweb_CariCarz_Bermaz_2023MY-Mazda-6-FL_-8.jpg


Kehilangan Mazda 6 daripada barisan model Mazda menandakan penghujung bagi sejarah sepanjang dua dekad model ini di pasaran, dengan model generasi pertamanya, Mazda Atenza dilancarkan pada tahun 2002. 


Menurut Ketua Pegawai Jualan Domestik Mazda untuk Jepun, Kazuyoshi Todo, Atenza 6 mencerminkan DNA jenama dengan baik, menjadikannya salah satu model sedan paling disayangi di Jepun.

"Atenzas dan Mazda 6 yang berterusan telah dikasihi oleh banyak pelanggan untuk jangka masa yang panjang, dengan jumlah kumulatif sebanyak 226,437 unit terjual di Jepun," kata Todo.


“Satu demi satu Atenza dan Mazda 6 berjaya mencuri hati ramai pelanggan buat sekian lama, dengan jumlah jualan secara keseluruhannya 226,437 unit terjual di Jepun,” kata Todo. 


mazda6_glr6_gbkrraa_46g_gt7_ext_high_transparentpng.jpg2019_mazda6_wgn_bip-4_cgi_clear-cut_7-8_rgb_final.jpg


Mazda 6 akan digantikan oleh SUV crossover CX


Menurut beliau, peranan Mazda 6 akan digantikan oleh SUV crossover CX jenama tersebut. Mazda juga kini sedang aktif untuk memperluaskan rangkaian SUV syarikatnya bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat. 


"Siri CX akan mengambil alih peranan ini, dan kami akan terus menyediakan pengalaman pemanduan yang menarik bagi pelanggan kami yang selari dengan era moden," tambah Todo.


web_CariCarz_Bermaz_2023MY-Mazda-6-FL_-12.jpg


Walaupun pengeluaran akan ditamatkan pada penghujung bulan April tahun ini, pelanggan di Jepun masih boleh membuat pesanan untuk Mazda 6, iaitu selagi stok semasa masih ada. 


web_CariCarz_Bermaz_2023MY-Mazda-6-FL_-3-2.jpgweb_CariCarz_Bermaz_2023MY-Mazda-6-FL_-13.jpgweb_CariCarz_Bermaz_2023MY-Mazda-6-FL_-14.jpg


Mazda 6 2023 Edisi Ulang Tahun Ke-20 dilancarkan Bermaz Auto tahun lalu


Di Malaysia, Bermaz Auto, pengedar eksklusif model Mazda di Malaysia, masih menawarkan Mazda 6 versi sedan dan wagon yang baru-baru ini turut dilancarkan dalam edisi istimewa. Dipasarkan pada harga RM240,848, Mazda 6 Edisi Ulang Tahun Ke-20 ini diberikan warna badan yang gah iaitu merah Artisan Red Premium, dan diberikan pelbagai sentuhan rekaan baharu. 


Memandangkan Honda Malaysia juga telah mengambil keputusan untuk menghentikan jualan sedan Accord bagi pasaran tempatan disebabkan oleh kekurangan permintaan terhadap sedan segmen D, tidak mustahil sekiranya penjualan sedan Mazda 6 juga bakal berhadapan dengan nasib yang sama. 


web_CariCarz_Bermaz_2023MY-Mazda-6-FL_-1-2.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

22-01-2024
Berita Auto

31-03-2023
Berita Auto

21-01-2026
Global
Global
Kereta Baru

02-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.