Mazda CX-5 Facelift, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM144K

Bermaz Motor mengumumkan ketibaan model terbaharunya, Mazda CX-5 facelift ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
Harga jualan Mazda CX-5 versi pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Inokom di Kulim, Kedah ini bermula dari RM144,469.
Ia ditawarkan dalam lima varian iaitu: 2.0G MID 2WD, 2.0G 2WD High, 2.5G 2WD High, 2.2D 2WD High dan 2.5G AWD High.
Difahamkan, Mazda CX-5 2024 ini menerima beberapa penambaikan terutama dari segi penggayaan yang baharu, teknologi termasuk ciri-ciri baharu untuk meningkatkan lagi prestasi pemanduan, keselesaan dan keselamatan.
Seperti biasa, rahsia di sebalik kenderaan Mazda ialah falsafah reka bentuk Kodo – Soul of Motion dimana Mazda yakin bahawa kenderaan yang direka itu membangkitkan respons emosi seseorang.
Menjengah bahagian luarannya, terdapat sedikit perubahan memandangkan ia didatangkan dengan lampu depan LED, reka bentuk gril yang baharu termasuk bamparnya.


Malah, lampu belakangnya juga jenis LED selain ia didatangkan rim aloi bersaiz 17 serta 19 inci.
Mazda turut memaklumkan bahawa casis CX-5 turut dipertingkatkan dimana casisnya juga lebih tegar, manakal spring dan peredam juga telah ditala semula bagi menawarkan pemanduan yang cukup selesa.
Kehebatan Mazda CX-5 serba baharu ini juga ditingkatkan dengan peningkatan Bunyi, Getaran dan Kekasaran (NVH).


Mengenai kabinnya pula, semua varian berkongsi nilai estetika kabin yang lebih kurang sama namun ada beberapa peralatan dan ciri mewah yang berbeza sedikit.
Apa yang dikongsi ialah skrin infotainment 8-inci yang kini menawarkan sokongan Apple CarPlay tanpa wayar, pad pengecasan wayarles, kawalan iklim automatik dwi-zon dengan bolong belakang dan terdapat empat port pengecas USB.

Varian asasnya, 2.0 Mid disumbat dengan enjin petrol 2.0 liter 4-silinder dan kotak automatik 6-kelajuan, dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 162 HP dan tork 213 Nm.


Varian ini adalah satu-satunya varian yang tidak mendapat mendapat ciri lampu LED dengan iluminasi spesifik di depan.
Sememangnya, tawaran spesifikasi asas ini hanya menyaksikan penawaran ciri yang asas seperti penggunaan upholsteri tempat duduk jenis fabrik, pelarasan tempat duduk hadapan pula jenis manual tiada paddle shifter dan tiada ciri pintu belakang berkuasa elektrik.

Varian ini juga berfungsi tanpa sebarang ciri bantuan pemandu aktif (ADAS).
Sementara itu, bagi varian 2.0 High, ia menawarkan ciri-ciri yang agak premium memandangkan tempat kerusinya dibalut dengan material kulit manakala tempat duduk hadapan boleh dilaraskan elektrik serta hadir dengan fungsi memori.
Selain itu, terdapat kamera parkir 360 darjah, pintu belakang jenis berkuasa, ada spoiler belakang, paddle shifter dan tidak ketinggalan lampu LED dengan iluminasi spesifik.
Apa yang cukup penting ialah pakej sistem ADAS disediakan dari varian 2.0 High dan ke atas.
Ini bermakna varian-varian tersebut dilengkapi dengan Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) dengan Sokongan Jelajah & Trafik (CTS), Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS) dan Sistem Bantuan Kekalkan Laluan (LAS).


Antara ciri keselamatan lain yang terdapat pada jentera ini ialah Sistem Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA), Sokongan Brek Pintar Bandar (SCBS), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Pencahayaan Hadapan Adaptif (AFS) dengan Kawalan Pancaran Tinggi (HBC) dan banyak lagi.
Seterusnya ialah varian 2.5 High yang merupakan varian berspesifikasi pertengahan.
Varian ini pula menerima enjin petrol 2.5 liter 4 silinder yang lebih padu dimana ia menghasilkan kuasa setakat 192 hp dan 258 Nm.
Dari segi ciri-cirinya, varian ini menerima penambahan pengudaraan tempat duduk hadapan, panel paparan TFT pelbagai warna bersaiz 7- inci serta rim aloi bersaiz 19-inci.

Sementara itu, varian 2.2D High merupakan satu-satunya varian yang hadir dengan enjin 4-silinder turbo-diesel 2.2 liter yang mampu menghasilkan kuasa setakat 188 hp dan 450 Nm.
Difahamkan varian ini menawarkan penjimatan bahan api terbaik iaitu 5.5 liter/100 KM. Selain itu, pembakar minyak ini berkongsi kiraan ciri yang lebih kurang sama seperti varian 2.5 High.
Ia cuma tiada mod pemacu.
Akhir sekali ialah mengenai varian 2.5T High AWD dimana ia adalah satu-satunya varian yang menampilkan enjin petrol pengecas turbo 2.5 liter Mazda yang cuku bertenaga dengan adanya pacuan semua roda (AWD).
Secara keseluruhannya, varian ini menghasilkan kuasa setakat 228 hp dan 420 Nm dan ia juga mendapat tangki bahan api sebesar 58 liter berbanding tangki 56 liter yang disediakan untuk semua varian di bawahnya.
Apapun, bahagian kabinnya agak sama dengan 2.2D High dan 2.5 High.
Namun varian teratas ini memiliki skrin paparan head-up (HUD) serta kawalan cengkaman yang dipertingkatkan dengan Bantuan Traksi Luar Jalan.
Berikut adalah harga mengikut varian:
| VARIAN | HARGA (CAT METALLIC) | HARGA (CAT PREMIUM) |
| 2.0 Mid | RM144,469.20 | - |
| 2.0 High | RM161,469.20 | RM164,769.20 |
| 2.5 High | RM174,960.40 | RM178,260.40 |
| 2.2D High | RM180,322.80 | RM183,622.80 |
| 2.5T High AWD | RM188,760.40 | RM192,060.40 |
Seperti biasa, Bermaz Motor menawarkan kesemua harga itu termasuk waranti had perbatuan 100,000 km/ 5-tahun atau penyelenggaran percuma 100,000 km/5-tahun.
Ia didatangkan dalam tujuh warna: Jet Black, Snowflake White Pearl, Machine Gray, Deep Crystal Blue, Soul Red Crystal Polymetal Gray dan Platinum Quartz.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat