Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran

Spesifikasi SUV premium Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia kini tersebar di media sosial selepas seorang pengedar membocorkan maklumat tersebut melalui Facebook. Melalui perkongsian tersebut, orang ramai dapat membuat tekaan apakah yang bakal ditawarkan menjelang pelancarannya yang dijangka tidak lama lagi.
Untuk makluman, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz, kini telah bersedia untuk memperkenalkan CX-60 setelah tempahannya dibuka secara rasmi dengan jangkaan harga jualan bermula daripada RM198,900.
Berdasarkan spesifikasi yang dibocorkan, harga anggaran itu dilihat berbaloi dengan ciri-ciri mewah yang ditawarkan, menjadikan CX-60 pesaing kepada model-model premium lain seperti Lexus NX, Mercedes-Benz GLC dan juga model yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, BMW X3.
Baca: Imej Acah BMW X3 & 2 Series Gran Coupe Terbaru
Ciri Mekanikal Mazda CX-60

Mazda CX-60 untuk Malaysia akan dikuasakan oleh enjin petrol 2.5 liter empat silinder aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik 8 kelajuan. SUV ini menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD), satu ciri yang agak unik bagi Mazda yang biasanya menggunakan pacuan roda hadapan (FWD). Enjin ini menghasilkan kuasa 189 hp dan tork 269 Nm.
Ciri Mewah Terserlah di Luar & Dalam



Antara ciri menarik yang terdapat pada Mazda CX-60 ialah rim 20 inci, lampu LED eksklusif Mazda, bumbung panoramik, bukaan pintu but secara automatik, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, sensor parkir depan dan belakang, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik serta upholsteri kulit hitam yang mewah.

SUV ini dilengkapi dengan dua skrin digital bersaiz 12.3 inci. Sistem infotainmen menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa perlu menggunakan wayar. Ciri lain ialah pad pengecas tanpa wayar dan sistem audio premium Bose dengan 12 pembesar suara.
Baca: Mazda CX-60 Rally Concept Diperkenalkan – Kerusi 'Bucket' Karbon Recaro, Spoiler
Ciri Keselamatan Mazda CX-60

Berdasarkan spesifikasi yang dibocorkan, CX-60 bakal dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan canggih (ADAS), termasuk lapan beg udara dan kamera 360 darjah. Fungsi ADAS ini bermungkinan besar termasuk Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan fungsi henti dan mula, Cruising & Traffic Support (CTS), amaran keluar lorong dan bantuan kekal lorong (LDW & LKA) serta pemantau titik buta (BSM).
Pakej & Jaminan Pembelian Mazda CX-60
Bermaz akan menawarkan lima pilihan warna luaran dan pakej cermin gelap Activ-e. Pembelian model ini dijangka akan turut disertakan dengan jaminan lima tahun atau 100,000 km serta pakej penyelenggaraan percuma, seperti model-model lain.
Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, dengan pembukaan tempahan yang sudah bermula, tidak mustahil model ini akan dilancarkan dalam masa yang terdekat.
Baca: Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1758
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4665
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8496
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8149
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 23 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 Capai Kutipan Dana RM1.4 Juta
Acara Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan dana mencecah RM1.4 juta.
07-10-2025
Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!
Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.
05-10-2025
Harga Mazda CX-80 2.5G PHEV 2025 Dikurangkan – Kini RM35,000 Lebih Murah
Hanya beberapa minggu selepas diperkenalkan di pasaran tempatan, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (BAuto) telah membuat mengemaskini harga bagi model SUV, Mazda CX-80 2.5G PHEV.
01-10-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000
Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.
03-09-2025
Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000
Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.
03-09-2025
Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik
Pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback) kini dibuka.
03-06-2025
Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K
Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.
03-06-2025
Berita Terkini
Tiket ETS Ke Utara Sold Out
Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...
19-03-2026
Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter
Diesel naik 80 Sen: Mana lagi sakit, menghadap jammed PLUS atau menghadap meter pam minyak esok?
18-03-2026
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Kelantan Cipta Rekod, Dalam 17 Hari, 24,135 Kes Langgar Had Laju
Kurangkan kelajuan di hadapan Istana Negeri Kota Bahru, Kelantan.
17-03-2026
Proton X90 2026 Atau Chery Tiggo 8 PRO, Mana Satu Untuk Anda
Ini perbandingan antara Proton X90 2026 vs Chery Tiggo 8 PRO.
16-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
