ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Nissan Almera Kuro TAMPAN Habis!

Suhana Veru

Kongsi melalui

 image.png

Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) serba baharu, yang kini didatangkan dengan estetik yang dipertingkatkan dengan penampilan tahap kecanggihan yang cukup bergaya.

image.png

Bagi tahun 2024, Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) ini diserlahkan lagi dengan warna luaran baharu, Glacier Grey.

Untuk makluman anda, Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) baharu ini ditampilkan dengan peralatan standard pada ketiga- tiga varian.

Berikut adalah harga dan variannya: 

VL - RM83,888

VLP- RM89,888

VLT - RM95,888

Untuk makluman anda, varian Almera 1.0 VLT didatangkan dengan Pakej Kuro dimana ia menampilkan rim aloi dwi-tona yang bersaiz 16 inci dengan kemasan hitam berkilauan.

Sementara varian VL dan VLP pula cuma hadir dengan satu tona warna hitam yang bersaiz 15 inci.

Bagaimanapun, harga atas jualan setiap varian yang dinyatakan tadi tidak termasuk harga Pakej Kuro. 

image.pngimage.png

Antaranya:

• Kemasan hitam berkilat pada pelapisan gril hadapan.

• Rim aloi berwarna hitam. 

image.pngimage.png

Para pelanggan boleh memilih Pakej KURO atau Pakej KURO GT yang boleh meningkatkan rupa Edisi KURO (hitam) Almera dengan begitu ketara.

Berdasarkan aerokit yang dibangunkan secara eksklusif oleh TOMEI Japan untuk Almera Turbo, Pakej KURO didatangkan dengan:

• Spoiler bampar depan hitam berkilat

• Spoiler bampar belakang hitam berkilat

• Skirt sisi hitam berkilat 

• Spoiler penutup but hitam berkilat

• Ada aksesori seperti filem tinting  ICE Cool, sport pedal,  plat pemijak Kaki, pelindung pemegang pintu dan visor pintu.

image.pngimage.png

Sementara itu, bagi sesiapa yang ingin menonjolkan lagi potensi gaya penuh Edisi KURO (Hitam) Almera, anda boleh memilih Pakej KURO GT yang menambahkan lagi keunikan TOMEI GT Wing dan rim aloi perlumbaan IMPUL 16-inci untuk penampilan tersembunyi yang lengkap.

Bagi yang berminat dengan Pakej Kuro, ia dalah berharga RM8,000 manakala Pakej KURO GT ( Tambahan RM3,200 ke atas pakej KURO sedia ada).

image.png

Selain Nissan Almera sebenarnya cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan. Antara ciri yang terdapat pada kenderaan ini ialah:

• Nissan Intelligent Mobility.

• Nissan Safety Shield 360.

• Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar.

• Sistem Brek Kecemasan Hadapan Pintar.

• Amaran Titik Buta.

• Amaran Lintasan Trafik Belakang.

• Kamera 360° Sistem Monitor Pandangan Keliling Pintar .

• Ada pengesan objek bergerak (Moving Object Detection) pada varian gred tertinggi VLT.

image.png

Untuk mencapai penarafan penjimatan bahan api 18.4km/L yang mengagumkan, Nissan Almera Turbo menggunakan teknologi Saduran Gerek Cermin yang berasal daripada Nissan GT-R R35.

Ia bertujuan untuk mengurangkan geseran dan haba, dan disokong oleh XTRONIC Continuously Variable Transmission yang cekap bersama D-Step Logic dan Mod Sports.

Tork 152 Nm yang dihasilkan oleh enjin 1.0 liter pengecas turbo Almera Turbo dapat mengatasi output tork enjin aspirasi semula jadi 1.5 liter saingannya dengan mudah.

image.pngimage.png

Bagi bahagian dalaman pula, Nissan Almera  menawarkan pemandu paparan maklumat hiburan skrin sentuh 8-inci (dengan Apple CarPlay TM and Android Auto TM ) dan meter paparan semi digital warna sepenuhnya 7-inci.

Bahagian kabinnya dilihat cukup luas kerana turut memberikan ruang kaki yang luas untuk penumpang belakang dengan jarak roda sepanjang 2,620mm.

Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) baharu dijual dengan harga bermula dari RM83,888, dengan tawaran promosi pelancaran RM1,000* untuk Pakej KURO atau RM1,500* untuk edisi terhad Pakej KURO GT (terhad pada 300 set kenderaan) dengan ansuran bulan rendah bermula dari RM658. 

Kenderaan ini sekarang berada di bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia untuk dilihat dan pandu uji.

Bagi pelanggan yang tidak dapat mengunjungi bilik pameran Nissan, mereka boleh mengakses maklumat produk yang diperlukan dan mendapat pandu uji  di https://nissan.com.my/onlineshowroom/.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Nissan Malaysia di www.nissan.com.my atau hubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX9715

SELANGOR

BSU9607

JOHOR

JH2516J

PULAU PINANG

PSH3426

PERAK

APM8470

PAHANG

CFJ3803

KEDAH

KGJ7694

NEGERI SEMBILAN

NEM5578

KOTA KINABALU

SJV1342

KUCHING

QAB9761P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

28-03-2025
Kereta Baru

05-01-2024
Berita Auto

28-08-2023
Tips

16-08-2023
Video

Review Nissan Almera Tomei Turbo VLT | Masih Relevan?

Review Nissan Almera Tomei Turbo VLT | Masih Relevan?

Berita Auto

13-01-2023
Berita Auto

04-01-2023
Berita Auto

18-08-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.