Parkir Depan Rumah Pun Tak Selamat! Proton Putra Kena Curi
-full_normal.jpg)
Kereta Proton Putra yang dilarikan pencuri.
Seorang lelaki cukup hairan apabila melihat seorang lelaki yang pada mulanya disangka abang iparnya memandu kereta kesayangannya, Proton Putra dari kawasan perumahannya di U12, Shah Alam, kelmarin.
Bagaimanapun, sangkaan lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Kasyfi meleset kerana kereta kesayangannya itu rupa-rupanya dilarikan pencuri.
“Saya sebenarnya terkejut apabila melihat seorang lelaki yang disangka abang ipar memandu kereta berkenaan kerana dia tidak pernah memandu kereta itu selama ini.
“Ketika kejadian , saya baru habis berbasikal dan sedang pulang ke rumah. Masa itu, saya berselisih dengan kereta berkenaan, Dalam hati saya kata, eh! takkan abang ipar aku bawa kereta,yang pelik siap pakai mask.

Lazimnya, kereta itu hanya diletakkan di hadapan rumah.
“Tak pernah-pernah dia bawa kereta itu. Sejurus saya sampai di rumah, saya bertanya kepada kedua ibu bapa, sama ada abang ipar ada membawa keluar kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi CariCarz.com, sebentar tadi.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, dia berkata, apa yang cukup memeranjatkan ialah abang iparnya ada di rumah manakala kunci juga masih berada di dalam bakul kunci.
“Saya memang terkejut besar kerana kereta dilarikan di depan mata,” tambahanya.
Menurutnya, kereta Proton Putra itu dibeli daripada ibu saudaranya pada harga RM8,000 selepas pemergian arwah bapa saudaranya.
-full_normal.jpg)
Berdasarkan geran kereta, ia merupakan kereta keluaran tahun 1999 namun arwah bapa saudaranya membelinya sekitar tahun 2000.
Kasyfi akui, kereta itu mungkin sudah diintip pencuri sejak sekian lama memandangkan kereta itu dilarikan dengan begitu mudah.
Sehubungan itu, dia meminta orang ramai yang terserempak dengan kereta itu segera menghubunginya di talian 010-422 4458.
Di sebalik kisah ini, siapa kata kereta lama tiada nilai? Ingat, kereta model lama sememangnya menjadi buruan utama sindiket dan penjenayah curi kenderaan di negara ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge