ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pasukan Khas Baharu Ditubuhkan Untuk Majukan EV Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Simi-Con-Task-Force-(5).jpg


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.


Tahun lalu, kerajaan telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mernguruskan dan merancang dasar bagi kenderaan elektrik (EV), kali ini, usaha untuk membangunkan EV di negara diteruskan lagi dengan penubuhan pasukan terbaru, Pasukan Khas Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSSTF).


NSSTF akan memainkan berperanan sebagai platform untuk memajukan ekosistem semikonduktor dan membantu menarik pelaburan strategik bagi sektor EV. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz. 


Pasukan khas tersebut akan dipengerusikan oleh menteri MITI dan membabitkan penyertaan daripada pelbagai kementerian, ahli akademik, serta pemain industri tempatan dan global. 


Menurut Tengku Zafrul, penubuhan NSSTF dapat membantu untuk memperkukuhkan lagi sektor ini, yang kini menyumbang 13% kepada aktiviti pemasangan, ujian dan pembungkusan cip di peringkat global serta 10% kepada pasaran semikonduktor global.


Simi-Con-Task-Force-(6).jpgSimi-Con-Task-Force-(7).JPG


Industri semikonduktor cukup penting di Malaysia kerana menjadi tunjang dalam sektor elektrikal dan elektronik (E&E) negara, serta industri berasaskan teknologi lain seperti kenderaan elektrik (EV).


Dalam aspek EV, seperti yang dinyatakan di awal artikel, kerajaan sebelum ini telah menubuhkan pasukan khas EV iaitu NEVTF bagi mempercepatkan pertumbuhan EV negara. Namun begitu, perkembangan sektor ini dilihat masih perlahan sehingga satu lagi jawatankuasa ditubuhkan iaitu, Jawatankuasa Pemacu EV Kebangsaan (NEVSC). Penubuhan NEVSC diharapkan dapat mempercepatkan proses terutamanya proses pengesahan pengecas EV di bawah  tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga (ST).


Simi-Con-Task-Force-(9).jpgSimi-Con-Task-Force-(1).jpg


Bagaimanapun, berdasarkan maklum balas daripada  syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) dan pihak jenama automotif, didapati bahawa Pasukan Khas dan Jawatankuasa Pemacu ini tidak cukup pantas untuk memastikan sasaran 10,000 pengecas EV dapat dicapai menjelang tahun 2025 seperti yang disasarkan oleh kerajaan. 


Sekiranya anda membaca laporan-laporan kami sebelum ini, masih banyak pengecas EV yang telah disediakan terbiar, ada yang sehingga berbulan lamanya kerana isu pelesenan. 


Simi-Con-Task-Force-(2).jpg


Selain itu, kami juga mendapati bahawa portal MEVNet oleh PLANMalaysia tidak memberikan gambaran dan maklumat sebenar tentang perkembangan EV di Malaysia. 


Dalam sesi temu bual dengan FMT, Zafrul memaklumkan bahawa Malaysia tetap sebuah destinasi yang menarik bagi pelabur EV seperti Tesla. Setakat ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan 59 projek bernilai RM26.2 bilion dalam sektor EV dan ekosistem berkaitan antara tahun 2018 dan 2023, termasuk dalam pemasangan kenderaan, pembuatan komponen dan komponen pengecas.

Simi-Con-Task-Force-(3).jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
EV

09-07-2026
Berita Auto

25-05-2026
EV

19-05-2026
EV

29-04-2026
Berita Auto

19-06-2024
EV

26-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.