Pasukan Khas Baharu Ditubuhkan Untuk Majukan EV Malaysia
-full.webp)
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.
Tahun lalu, kerajaan telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mernguruskan dan merancang dasar bagi kenderaan elektrik (EV), kali ini, usaha untuk membangunkan EV di negara diteruskan lagi dengan penubuhan pasukan terbaru, Pasukan Khas Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSSTF).
NSSTF akan memainkan berperanan sebagai platform untuk memajukan ekosistem semikonduktor dan membantu menarik pelaburan strategik bagi sektor EV. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.
Pasukan khas tersebut akan dipengerusikan oleh menteri MITI dan membabitkan penyertaan daripada pelbagai kementerian, ahli akademik, serta pemain industri tempatan dan global.
Menurut Tengku Zafrul, penubuhan NSSTF dapat membantu untuk memperkukuhkan lagi sektor ini, yang kini menyumbang 13% kepada aktiviti pemasangan, ujian dan pembungkusan cip di peringkat global serta 10% kepada pasaran semikonduktor global.
-full.webp)
-full.webp)
Industri semikonduktor cukup penting di Malaysia kerana menjadi tunjang dalam sektor elektrikal dan elektronik (E&E) negara, serta industri berasaskan teknologi lain seperti kenderaan elektrik (EV).
Dalam aspek EV, seperti yang dinyatakan di awal artikel, kerajaan sebelum ini telah menubuhkan pasukan khas EV iaitu NEVTF bagi mempercepatkan pertumbuhan EV negara. Namun begitu, perkembangan sektor ini dilihat masih perlahan sehingga satu lagi jawatankuasa ditubuhkan iaitu, Jawatankuasa Pemacu EV Kebangsaan (NEVSC). Penubuhan NEVSC diharapkan dapat mempercepatkan proses terutamanya proses pengesahan pengecas EV di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga (ST).
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Bagaimanapun, berdasarkan maklum balas daripada syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) dan pihak jenama automotif, didapati bahawa Pasukan Khas dan Jawatankuasa Pemacu ini tidak cukup pantas untuk memastikan sasaran 10,000 pengecas EV dapat dicapai menjelang tahun 2025 seperti yang disasarkan oleh kerajaan.
Sekiranya anda membaca laporan-laporan kami sebelum ini, masih banyak pengecas EV yang telah disediakan terbiar, ada yang sehingga berbulan lamanya kerana isu pelesenan.
-full.webp)
Selain itu, kami juga mendapati bahawa portal MEVNet oleh PLANMalaysia tidak memberikan gambaran dan maklumat sebenar tentang perkembangan EV di Malaysia.
Dalam sesi temu bual dengan FMT, Zafrul memaklumkan bahawa Malaysia tetap sebuah destinasi yang menarik bagi pelabur EV seperti Tesla. Setakat ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan 59 projek bernilai RM26.2 bilion dalam sektor EV dan ekosistem berkaitan antara tahun 2018 dan 2023, termasuk dalam pemasangan kenderaan, pembuatan komponen dan komponen pengecas.
-full_normal.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge