PEKEMA: Tekad Banteras Rasuah
-full_normal.jpg)
Persatuan Peniaga dan Pengimpot Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) tekad untuk membanteras rasuah apabila julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin merakamkan penghargaan kepada SPRM atas inisiatif kerjasama yang dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.
“Salah satu usul yang dibicarakan adalah penyelenggaraan program khusus mengenai Akta Rasuah dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram bagi syarikat ahli PEKEMA.
“Ia bertujuan memberikan pemahaman mendalam kepada anggota PEKEMA tentang prosedur penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM dalam sesuatu kes,” katanya.
Datuk Mohamed Nazari mengadakan pertemuan itu selama satu jam dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Seri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM.

Pertemuan itu lebih memberi fokus kepada inisiatif dan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak dalam membanteras gejala rasuah serta penyalahgunaan kuasa.
Kunjungan tersebut dianggap sebagai langkah awal dalam membangun sinergi antara sektor swasta dan agensi pencegahan rasuah, dengan harapan mencapai tujuan bersama untuk mewujudkan masyarakat bebas dari gejala rasuah di Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Presiden PEKEMA, Datuk Wan Sazrudeen Datuk Wan Zaid serta pihak pengurusan PEKEMA.
Sementara itu, Azam berkata, pihaknya cukup terbuka untuk menjalinkan kerjasama erat dengan PEKEMA demi meningkatkan keberkesanan langkah-langkah pencegahan rasuah di Malaysia.
“Diharapkan hubungan antara SPRM dan PEKEMA ini dapat diperkasakan melalui perkongsian pengetahuan pada masa akan datang dengan penganjuran program seperti forum berkaitan berkaitan isu-isu rasuah dan penerangan tentang Akta-Akta SPRM, "ujarnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge