PERODUA Dah Jawab! Tapi Pemilik Bezza Masih BENGANG!

CariCarz.com ada menyiarkan mengenai ketidakpuasan hati seorang wanita gara-gara Perodua Bezza yang baru dibelinya sudah rosak dalam tempoh tidak sampai lapan jam.
Susulan itu, Perodua tampil membuat penjelasan berhubung isu yang tular sejak semalam di media sosial.

Menurut Perodua, merujuk kepada aduan yang diterima daripada pelanggan itu, PERODUA sudah berkomunikasi dengan pelanggannya itu sejak Oktober tahun lalu.
"Sejak itu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.

“Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, malam tadi.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa siasatan menyeluruh berhubung isu berkenaan sedang dijalankan.
“Kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai. Sehubungan itu, kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan,” tambahnya.
Terdahulu, CariCarz.com melaporkan seorang kerani bertindak menularkan kes kereta Perodua Bezza yang baru dibelinya dalam tempoh tidak sampai lapan jam.
Kerani itu, Nagakanni Subramaniam berkata, dia terpaksa membayar pinjaman bulanan 'kereta baharunya' itu sebanyak RM537 sebulan, walaupun kenderaan itu kini tersadai di pusat servis.
Menceritakan kejadian malang itu di Facebook, dia berkata, keretanya sudah dibawa ke pusat servis di Segamat .
Menjengah komen Nagakanni di Facebooknya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menularkan isu keretanya.
Bagaimanapun, luahnya, dia masih belum mendapat sebarang penyelesaian daripada pihak Perodua.
"Saya dimaklumkan Perodua dah jawab, tapi saya nak betulkan sedikit fakta.
"We have taken several actions to resolve the matter including by offering her a courtesy car and we have proposed to buy back her car" – Perodua

"Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.
"Ada jaminan secara black and white tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar loan pertama? Takde. Dah lebih 2 bulan masih belum ada apa apa maklumat secara detail mengenai pembelian balik , tempoh pembelian balik ,pembayaran loan dan semua tu," tulisnya.
Tambahnya:
"Isunya mudah. Saya beli kereta dengan Perodua - Engine rosak kononnya sebab ada material asing seperti gula - Saya tak dapat replacement kereta baru - Saya masih kena bayar kereta tu setiap bulan.
"Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan. Tapi mana black and white tu? Sehingga hari ini saya masih belum ada," katanya.
Apapun, penulis berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge