Porsche Macan EV Dah Tempuh Ujian 3.5 Juta KM! Muncul Tak Lama Lagi?

Dalam sesi ujian terakhirnya, Porsche Macan EV telah menempuh jarak lebih daripada 3.5 juta KM sebelum membuat penampilan global
Porsche kini dalam proses melancarkan model pertamanya yang menggunakan platform kenderaan elektrik (EV), Premium Platform Electric (PPE), iaitu Porsche Macan EV yang baharu. Walaupun nama rasmi model elektrik ini masih belum diumumkan, SUV EV baharu ini telah lulus ujian akhir sebelum penampilan globalnya, setelah berjaya menempuhi pelbagai jenis cuaca dan laluan dengan jarak berkepanjangan 3.5 juta KM.


Porsche turut mendedahkan beberapa maklumat berkenaan spesifikasi model ini. Macan EV dikatakan akan dipasangkan dengan pek bateri 100 kWh yang boleh memberikan kereta jarak perjalanan sehingga 500 KM dengan cas penuh. Dibangunkan dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 Volt, Macan EV boleh dicas pada kadar sehingga 270 kW, membolehkan bateri besar ini dicas daripada 10% hingga 80% dalam hanya 22 minit.

Selain memiliki kapasiti bateri yang besar, ciri aerodinamik Macan EV juga turut menyumbang kepada peningkatan jarak EV maksimumnya. Bagi mengoptimumkan prestasi aerodinamik model ini, Porsche telah diuji dalam terowong angin buat jangka masa yang lama. Hasil ujian tersebut, Macan EV memiliki pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.35 cd.


Tidak hanya diberikan trenkuasa yang bertenaga, Macan EV juga memiliki kemampuan off-road
Dari segi prestasi, Macan EV mempunyai output sistem keseluruhan sehingga 603 HP (450 kW) dan lebih daripada 1,000 NM tork, yang disalurkan oleh dua motor elektrik, kepada sistem pacuan semua roda (AWD). Menggunakan platform PPE, motor belakang diletakkan lebih ke belakang pada rangka badan, membolehkan Porsche melengkapkan Macan EV dengan sistem stereng roda belakang atau Rear Wheel Steering (RWS) yang menjanjikan dinamik pemanduan yang baik.


Macan EV dijangka akan membuat kemunculan global pada penghujung bulan ini.
Apabila dilancarkan nanti, Macan EV pastinya akan hadir dengan prestasi yang menakjubkan. Tak banyak kereta yang telah mencapai jarak perjalanan sejauh 3.5 JUTA KM!
Jarak perjalanan ini jelas menunjukkan komitmen syarikat automotif Jerman tersebut untuk memastikan Macan EV baharu masih menawarkan pengalaman pemanduan yang setanding dengan model-model Porsche lain, menawarkan jarak EV yang baik serta praktikal.
Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini bakal membuat kemunculan globalnya tidak lama lagi. Dijangkakan, Macan EV akan tiba dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB4470
SELANGOR
BSQ5786
JOHOR
JYX9146
PULAU PINANG
PSC7495
PERAK
APH9416
PAHANG
CFG6981
KEDAH
KGG3797
NEGERI SEMBILAN
NEK5786
KOTA KINABALU
SJS2486
KUCHING
QAB9448N
Terakhir Kemas Kini 10 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche
Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!
17-07-2025
Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025
Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.
11-07-2025
Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000
Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) akhirnya melancarkan secara rasminya, SUV Porsche Macan elektrik di ibu negara, hari ini.
30-11-2024
Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang
Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.
21-11-2025
Berita Terkini
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
