ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Porsche Macan EV Dah Tempuh Ujian 3.5 Juta KM! Muncul Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche-MacanEV-Prototype-11.jpg


Dalam sesi ujian terakhirnya, Porsche Macan EV telah menempuh jarak lebih daripada 3.5 juta KM sebelum membuat penampilan global


Porsche kini dalam proses melancarkan model pertamanya yang menggunakan platform kenderaan elektrik (EV), Premium Platform Electric (PPE), iaitu Porsche Macan EV yang baharu. Walaupun nama rasmi model elektrik ini masih belum diumumkan, SUV EV baharu ini telah lulus ujian akhir sebelum penampilan globalnya, setelah berjaya menempuhi pelbagai jenis cuaca dan laluan dengan jarak berkepanjangan 3.5 juta KM. 


Porsche-MacanEV-Prototype-9.jpgPorsche-MacanEV-Prototype-2.jpg


Porsche turut mendedahkan beberapa maklumat berkenaan spesifikasi model ini. Macan EV dikatakan akan dipasangkan dengan pek bateri 100 kWh  yang boleh memberikan kereta jarak perjalanan sehingga 500 KM dengan cas penuh. Dibangunkan dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 Volt, Macan EV boleh dicas pada kadar sehingga 270 kW, membolehkan bateri besar ini dicas daripada 10% hingga 80% dalam hanya 22 minit.


Porsche-MacanEV-Prototype-1.jpg


Selain memiliki kapasiti bateri yang besar, ciri aerodinamik Macan EV juga turut menyumbang kepada peningkatan jarak EV maksimumnya. Bagi mengoptimumkan prestasi aerodinamik model ini, Porsche telah diuji dalam terowong angin buat jangka masa yang lama. Hasil ujian tersebut,  Macan EV memiliki pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.35 cd.


Porsche-MacanEV-Prototype-6.jpgPorsche-MacanEV-Prototype-5.jpg


Tidak hanya diberikan trenkuasa yang bertenaga, Macan EV juga memiliki kemampuan off-road


Dari segi prestasi, Macan EV mempunyai output sistem keseluruhan sehingga 603 HP (450 kW) dan lebih daripada 1,000 NM tork, yang disalurkan oleh dua motor elektrik, kepada sistem pacuan semua roda (AWD). Menggunakan platform PPE, motor belakang diletakkan lebih ke belakang pada rangka badan, membolehkan Porsche melengkapkan Macan EV dengan sistem stereng roda belakang atau Rear Wheel Steering (RWS) yang menjanjikan dinamik pemanduan yang baik. 


Porsche-MacanEV-Prototype-10.jpgPorsche-MacanEV-Prototype-3.jpg


Macan EV dijangka akan membuat kemunculan global pada penghujung bulan ini.


Apabila dilancarkan nanti, Macan EV pastinya akan hadir dengan prestasi yang menakjubkan. Tak banyak kereta yang telah mencapai jarak perjalanan  sejauh 3.5 JUTA KM!


Jarak perjalanan ini jelas menunjukkan komitmen syarikat automotif Jerman tersebut untuk memastikan Macan EV baharu masih menawarkan pengalaman pemanduan yang setanding dengan model-model Porsche lain, menawarkan jarak EV yang baik serta praktikal. 


Porsche-MacanEV-Prototype-4.jpg 

Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini bakal membuat kemunculan globalnya tidak lama lagi. Dijangkakan, Macan EV akan tiba dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV7488

SELANGOR

BSU6224

JOHOR

JG4181J

PULAU PINANG

PSG8120

PERAK

APM5012

PAHANG

CFJ2431

KEDAH

KGJ6019

NEGERI SEMBILAN

NEM4029

KOTA KINABALU

SJU7235

KUCHING

QAB8364P

Terakhir Kemas Kini 27 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

22-10-2025
Kereta Baru

30-11-2024
Kereta Baru

17-07-2024
EV

25-01-2024
EV

23-01-2024
EV

15-01-2024
Teknologi

12-12-2023
EV

17-11-2023

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.