Pratonton Jaecoo J7 – Boleh Off-Road, 194 HP, Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Sebentar tadi, Jaecoo telah mempertontonkan model pertama yang akan ditawarkan syarikat tersebut untuk pasaran Malaysia, Jaecoo J7, sebuah SUV dengan kemampuan off-road bandar.
CIRI MEKANIKAL JAECOO J7


Jaecoo J7 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter turbo dengan kuasa 194 HP dan 290 NM. Dengan kelebihan kelegaan tanah sekitar 200 milimeter (mm) serta memiliki kemampuan untuk menempuhi air berkedalaman 600 mm, J7 mempamerkan kemampuan off-road sebenar.

REKA BENTUK JAECOO J7




Model ini berukuran 4,500 MM (panjang), 1,865 MM (lebar), 1,680 MM (tinggi) dan jarak roda diletakkan pada 2,650 MM.
Dari segi rekaan, secara keseluruhannya model ini menerima sentuhan minimalis dan sporty, dengan garis badan yang minimal. Sudut hadapan model ini kelihatan gagah dengan gril besar. Di sini juga terdapat lampu hadapan jenis LED.
KABIN JAECOO J7



JAECOO J7 menampilkan cip berprestasi tinggi 8155, skrin bersaiz 14.8 inci, pad pengecas tanpa wayar 50W, sistem audio premium SONY, dan pelbagai ciri keselesaan pintar lain untuk menyediakan pengalaman pemandu yang lebih interaktif, mudah, dan menyeluruh dari segi hiburan.



CIRI KESELAMATAN JAECOO J7
Dari segi keselamatan, JAECOO memastikan kesemua modelnya mematuhi piawai keselamatan lima bintang global dengan mengintegrasikan badan kerangka yang menyerap tenaga, keluli kekuatan tinggi, dan sistem ADAS canggih.

Menampilkan pakej keselamatan ADAS 2.5, yang termasuk brek kecemasan automatik , amaran pelanggaran, amaran keluar lorong. sistem pengelak pintar dan sebagainya.

J7 turut dilengkapi dengan sistem perkakaran pintar "1+2+1": satu kamera pandangan hadapan multifungsi (FCM), dua radar gelombang milimeter (CRM), dan satu radar gelombang milimeter jarak jauh (FRM). Integrasi perkakasan dan perisian memandu pintar yang canggih meningkatkan hampir 21 fungsi pemanduan pintar, memastikan pengalaman perjalanan yang selesa dan menyenangkan bagi pengguna.
Tidak cukup dengan itu, struktur badan J7 diberikan reka bentuk khas inovatif yang efektif dalam penyerapan hentakan.

Jaecoo dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia pada pertengahan tahun 2024. Nantikan pengumuman terkini daripada Jaecoo yang akan kami kongsikan dari masa ke masa.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY6294
SELANGOR
BSV1572
JOHOR
JH4833J
PULAU PINANG
PSH4357
PERAK
APN304
PAHANG
CFJ4206
KEDAH
KGJ8452
NEGERI SEMBILAN
NEM6053
KOTA KINABALU
SJV2073
KUCHING
QAB328Q
Terakhir Kemas Kini 17 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?
Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.
16-11-2026
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge