ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Rolls-Royce Phantom Series II Dengan Sentuhan Baharu Kini Di Malaysia – Dari RM2.5 Juta*

Sofea Najmi

Kongsi melalui

[L-R]-Hal-Serudin,-Asia-Pacific-Corporare-Communication-Manager,-Rolls-Royce,-Jas-Chin,-Socialite,-Debbie-Goh,-Actress-_-Anas-Zawawi-Khalid,-Director-at-Rolls-Royce-Motor-Cars-Kuala-Lumpur-_.jpg


Dari kiri: Pengurus Komunikasi Korporat Asia Pasifik, Rolls-Royce, Hal Serudin; Sosialit, Jas Chin; Pelakon, Debbie Goh; dan Pengarah di Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Anas Zawawi Khalid.


Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur (Quill Motorcars Sdn Bhd) mengumumkan kedatangan model terkini Rolls-Royce Phantom Series II ke tanah air pada hari ini. Model ini dipertontonkan kepada bakal pembeli dan media yang dijemput dalam pameran khas yang diadakan pada awal minggu ini di Glasshouse, Seputeh.


Model yang dipertontonkan ini ialah sedan mewah Phantom generasi ke-8 yang telah diberikan pembaharuan baru-baru ini setelah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2017.  Perubahan yang diberikan kebanyakannya adalah dari segi visual atau reka bentuk kereta. 



Phantom-Series-II_Studio_4.jpgPhantom-Series-II_Studio_6.jpg


Perubahan luarannya agak halus, dan memerlukan pemerhatian yang terperinci untuk dikesan, misalnya rekaan baharu yang diberikan pada gril Pantheon dan lampu depannya yang kini tampil dengan bezel ‘cahaya bintang.’


Phantom-Extended-Series-II_Studio_6.jpgPhantom-Series-II_Studio_7.jpg


Dalam peningkatan Series II, Phantom diberikan dua pilihan rekaan rim yang termasuk rim ‘disc’ (kiri) yang biasa digunakan pada kereta coach mewah pada sekitar tahun 1920-an. Ciri baharu lain ialah pilihan rim tahan karat dengan  permukaan berbentuk segi tiga atau triangular facets, yang boleh didapati dalam versi gilapan separa atau sepenuhnya. 


Bahagian lain pada badan Phantom kekal sama, tetapi pembeli boleh memilih beberapa pilihan hiasan luaran baharu termasuk gril krom gelap, rein bonet berwarna hitam, windscreen surround, serta kemasan rangka tepi. 



Phantom-Extended-Series-II_Studio_7.jpgPhantom-Extended-Series-II_Studio_8.jpg


Bahagian dalam kereta turut diberikan kemas kini. 


Menurut Rolls-Royce, kemas kini yang dibuat pada versi kali ini adalah berdasarkan maklumbalas daripada pelanggan. Salah satu ciri yang ditambah berdasarkan informasi tersebut adalah rekaan stereng yang lebih tebal. 


Peningkatan penting lain di bahagian dalam adalah teknologi sambungan “Rolls-Royce Connected” yang kini menawarkan integrasi lebih lancar melalui aplikasi eksklusif, Whisper, yang boleh dimuatturun melalui iOS dan Android, melalui undangan khas.


Teknologi kali ini membolehkan pengguna menghantar alamat destinasi daripada telefon pintar kepada sistem navigasi kereta. Dalam masa yang sama, aplikasi ini turut boleh memaparkan lokasi dan dan status kenderaan. 


Selain yang telah dinyatakan, tidak banyak perubahan dapat dilihat dalam aspek lain. Dari segi mekanikal, model ini masih dikuasakan oleh enjin turbo kembar V12 6.75 liter dengan output 563 hp dan 900 Nm.


Rolls-Royce-Phantom-Series-II-Tempest-Grey-U214444-2.jpgPhantom-Series-II-Arrives-in-Malaysia,-Side-View.jpgRolls-Royce-Phantom-Series-II-Tempest-Grey-U214444-4.jpg


Unit yang dipamerkan oleh RRMCKL minggu ini menggunakan cat kelabu Tempest Grey, serta dilengkapi rim aloi 22 inci 

Rolls-Royce-Phantom-Series-II-Tempest-Grey-U214444-7.jpgRolls-Royce-Phantom-Series-II-Tempest-Grey-U214444-8.jpg

Antara ciri yang menarik pada unit yang dipamerkan RRMCKL adalah kemasan Technical Fibre yang digunakan pada bahagian dashboard, bumbung dengan cahaya 'Shooting Star' serta upholsteri putih Artic White dengan jahitan merah jambu Peony Pink


Phantom Series II boleh ditempah dalam bentuk jarak antara roda atau wheelbase Standard atau Extended. Harga? Bergantung kepada tempahan namun secara asasnya versi Standard ditawarkan dari RM2.5 juta, dan Extended pula dari RM2.9 juta. Angka yang dinyatakan tidak termasuk pilihan kustom, duti, cukai dan kos atas jalan. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7926

SELANGOR

BSP7495

JOHOR

JYW2126

PULAU PINANG

PSC476

PERAK

APH2743

PAHANG

CFG4280

KEDAH

KGF7189

NEGERI SEMBILAN

NEK3364

KOTA KINABALU

SJR7558

KUCHING

QAB7231N

Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

20-04-2021
Kereta Baru

26-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.