Sindiket Tipu Cukai 100 Ferrari, Porsche, Lamborghini Di Langkawi Tumpas

Antara kereta mewah yang dirampas Op Eagle SPRM (Sumber: Utusan)
Enam individu yang terlibat dalam sindiket pengurangan duti kereta mewah, menyebabkan kerugian cukai kerajaan melebihi RM33 juta, didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah bermula hari ini, 15 dan 16 Januari, lapor Awani.
Kesemua suspek, yang terdiri daripada pengusaha dan runner perkhidmatan gudang penyimpanan kereta mewah di Pulau Langkawi, sebelum ini ditangkap dalam satu operasi khas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bulan Julai 2023.
Keenam-enam tertuduh bakal menghadapi lebih daripada 21 tuduhan di bawah Seksyen 468 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
‘’Operasi dijalankan SPRM susulan isu terkurang kutipan duti kastam sepanjang 2012 hingga 2021 di Pulau Langkawi yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022).
“LKAN 2022 menyebut bahawa terdapat unsur ketirisan lebih RM72 juta dalam pengutipan duti kastam melibatkan lebih 100 kenderaan mewah pelbagai jenama antaranya seperti Lamborghini, Ferrari, Porsche, Bentley, McLaren dan Rolls Royce,’’ katanya pada Sabtu.

Antara kereta mewah yang dirampas Op Eagle SPRM (Sumber: Awani)
Beliau menambah, susulan LKAN 2022, SPRM telah melaksanakan operasi khas yang dinamakan ‘Op Eagle’ dan mengesan adanya sindiket yang bekerjasama dengan pemilik kereta mewah untuk mendapatkan pengecualian dan pengurangan duti kastam walaupun mereka tidak layak.
Modus operandinya adalah dengan menggunakan surat akuan sumpah atas nama pemilik kenderaan yang palsu sebagai tulen kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
“Menerusi operasi itu juga, SPRM turut mengesan unsur ketirisan dan salah laku rasuah di Pusat Bebas Cukai (PBC) seterusnya menjejak semula 100 kereta mewah yang disyaki mengelak daripada dikenakan duti kastam,’’ ujarnya.
Selain itu, melalui operasi fasa pertama yang dilakukan di Johor dan Sabah pada Julai tahun lepas, SPRM berjaya menyita sembilan kenderaan mewah dengan nilai anggaran melebihi RM12 juta.
Berikutan operasi tersebut, SPRM berjaya memusnahkan satu sindiket yang terlibat dalam pengurangan duti kereta mewah secara tidak sah, menyebabkan kerugian cukai kerajaan sebanyak RM33 juta, selain menahan tujuh individu.
SPRM turut sedang menyiasat pemilik-pemilik kenderaan di bawah kesalahan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) kerana memiliki serta melupuskan hasil kegiatan jenayah.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman memaklumkan bahawa kesemua suspek yang terlibat akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 468 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SISMA Auto Hub Kini Dibuka Di Sungai Besi – Baik Pulih, Jual & Beli Kereta Mewah
Sisma Auto telah melancarkan Pusat 3S di Sungai Besi pada hari ini. Jom tengok apa servis yang ditawarkan...
08-01-2024
Senarai Kereta Mewah Lionel Messi! Pemilik Kereta Termahal Dunia Berharga AS$30 Juta!
Sebagai antara pemain termahal di dunia, tidak hairanlah kalau beliau boleh memiliki apa sahaja yang diinginkan. Ini dia antara kereta termahal dalam koleksi Lionel Messi.
19-12-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat