Tempahan GAC GS3 Emzoom Kini Dibuka! – Harga Marhaen, Bawah RM130K!

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), telah secara rasminya membuka tempahan bagi SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM dengan bayaran tempahan hanya RM1,000. Ketika majlis previu model GAC dan GAC AION hari ini, WTCA mengumumkan bahawa 1,000 tempahan terawal akan menerima jemputan untuk menghadiri acara eksklusif.
DITAWARKAN DALAM DUA VARIAN

Model yang turut dikenali sebagai Trumpchi GS3 di pasaran China ini, ditawarkan dalam dua varian iaitu Exclusive dan Premium-R dan akan ditawarkan di pasaran pada harga bawah RM130,000.
CIRI MEKANIKAL

GAC GS3 EMZOOM dikuasakan oleh enjin yang berkuasa dan efisien, 1.5 liter turbo berpengecas turbo berkuasa 175 hp pada 5,500 rpm dan tork 270 Nm pada 1,400 rpm. Model ini mampu mencapai 0-100 km/j dalam masa hanya 7.5 saat. Kadar penggunaan bahan apinya ialah 5.9 liter/100 km.
Dibangunkan berdasarkan platform GPMA yang terkini, model ini berukuran 4,410 mm panjang, 1,850 mm lebar, dengan jarak antara roda 2,650 mm.
REKA BENTUK LUARAN
Dari segi rekaan, GAC GS3 EMZOOM tampil unik dengan elemen futuristik seperti gril Mecha Wing, lampu hadapan jenis LED Laser Eye Split dan lampu belakang Light Dart. Sementara itu, spoiler belakangnya menyerlahkan aura agresif kereta. Bahagian lain yang menarik adalah penggunaan pemegang pintu jenis terbenam seperti yang biasa kita lihat pada kenderaan elektrik (EV).
KABIN


Bergerak masuk, anda akan dijemput oleh pemandangan kabin yang luas, dengan kemasan dua warna yang sedap dipandang. Salah satu ciri menarik yang dapat dilihat ialah tombol gear kristal yang sofistikated.
HARGA JUALAN

GAC GS3 EMZOOM akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu putih Ivory White, perak Starlight Silver, biru Lake Blue dan kelabu Graphene Grey dengan harga jualan di bawah RM130,000. Tempahan kini dibuka dengan bayaran RM1,000.


Pemasangan secara tempatan (CKD) model ini dijangka akan dimulakan pada suku kedua tahun 2024 di kilang pemasangan Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur.
LIHAT GAC GS3 EMZOOM DENGAN LEBIH DEKAT

Orang ramai yang ingin melihat model ini dengan lebih dekat, boleh mengikuti acara previu eksklusif yang diadakan di Lembah Klang antara 2 hingga 8 Februari 2024 ini.
Bilik pameran pertama syarikat dijadualkan akan dibuka di Petaling Jaya pada penghujung Februari, 2024 sebelum diikuti oleh lima lagi bilik pameran lain di Glenmarie, Cyberjaya, Seremban, Johor Bahru dan Pulau Pinang menjelang separuh pertama tahun 2024.
“Kami menyasarkan untuk menubuhkan sebanyak 20 bilik pameran dan pusat servis di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini,” umum Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings, Tan Keng Meng.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT5654
SELANGOR
BSP1578
JOHOR
JYU6073
PULAU PINANG
PSB3574
PERAK
APG5721
PAHANG
CFG1837
KEDAH
KGF2754
NEGERI SEMBILAN
NEK941
KOTA KINABALU
SJR3395
KUCHING
QAB5401N
Terakhir Kemas Kini 16 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat