Kilang GAC Aion Thailand Bakal Siap Julai Ini – Aion Y Plus Jadi Model Pertama, Import Ke M'sia?
-full_normal.jpg)
GAC Aion, anak syarikat kenderaan elektrik (EV) GAC Group, telah memulakan pembinaan kilang pengeluaran luar negara pertamanya di Koridor Ekonomi Timur (EEC) di Rayong, Thailand. Upacara pecah tanah telah berlangsung pada 26 Januari, dengan anggaran pelaburan sebanyak THB 2.3 bilion (RM306 juta).
Menurut GAC, kilang baharu ini akan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sehingga 50,000 unit. Pembinaannya akan dilakukan dalam dua fasa, dengan fasa pertama dijangka dapat diselesaikan pada Julai 2024. Model pertama yang dijadualkan untuk pengeluaran di kilang Thailand ini ialah varian pemanduan sebelah kanan (RHD) Aion Y Plus, yang telah dipertontonkan di Malaysia semalam.
-full_normal.jpg)
Baca: SUV Elektrik GAC Aion Y Plus Dipertontonkan – Lancar Separuh Pertama 2024
Untuk pasaran Thailand, GAC Aion Y Plus ditawarkan dalam dua varian, iaitu 490 Elite dan 550 Ultra, varian yang lebih tinggi mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar. Berdasarkan spesifikasi Thailand, kita boleh mengharapkan spesifikasi sama akan ditawarkan untuk pengguna Malaysia sebaik ia dilancarkan secara rasmi di sini.
Selain itu, GAC telah menyediakan 34 rangkaian pengedar di seluruh Thailand dengan matlamat mencapai sejumlah 70 pengedar menjelang tahun 2024. Untuk menyokong pengembangan antarabangsa, GAC Aion merancang membina satu pasukan antarabangsa yang berpangkalan di Thailand. Usaha ini adalah selaras dengan matlamat syarikat untuk mencapai jualan sebanyak satu juta unit menjelang tahun 2025.
-full_normal.jpg)
GAC Aion juga sedang aktif memperluaskan pasaran globalnya. Di Malaysia, jenama ini diwakili oleh WTC Automotif (M) Sdn Bhd yang baru-baru ini memperlihatkan GAC Emzoom, Emkoo dan Aion Y Plus. Aion Y Plus dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada separuh pertama tahun 2024. Memandangkan kilang di Thailand bakal siap tidak lama lagi, terdapat kemungkinan model yang dijual di Malaysia akan diimport dari sana.
Sumber: CNETPOST
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW5196
SELANGOR
BSP6634
JOHOR
JYV9463
PULAU PINANG
PSB9234
PERAK
APH2075
PAHANG
CFG4070
KEDAH
KGF6625
NEGERI SEMBILAN
NEK3049
KOTA KINABALU
SJR7187
KUCHING
QAB7096N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GAC Aion UT Didedah Di China, Mungkin Masuk Malaysia
Syarikat automotif China, GAC mendedahkan model EV terbaharunya, GAC Aion UT di China baru-baru ini.
04-03-2025
SUV Elektrik GAC Aion Y Plus Dipertontonkan – Lancar Separuh Pertama 2024
WTCA telah mempertontonkan GAC AION Y PLUS yang merupakan jenama kenderaan elektrik (EV) pertama di bawah syarikatnya. Ini yang kita tahu setakat ini...
31-01-2024
GAC GS3 EMZOOM 2024 CKD Dilancar: Harga Bermula RM103,800
WTCA secara rasminya melancarkan dua varian baharu EMZOOM GAC GS3 2024 versi pemasangan tempatan (CKD), sebentar tadi.
13-10-2024
WTCA Meterai MoU Dengan GAC Motor, Kaji Pemasangan CKD Untuk Eksport Ke Vietnam
Pengeluaran CKD GAC Motor bakal diperluaskan lagi selepas Memorandum Persefahaman (MoU) dengan WTCA.
01-04-2024
GAC Motor Malaysia Lebarkan Sayap Di Semenanjung Malaysia – Lantik 9 Pengedar Baharu
WTCA baru-baru ini telah mengadakan upacara penandatanganan bersama sembilan pengedar baharu.
27-02-2024
SUV 'Gergasi' GAC Emkoo Dipertontonkan Di Malaysia – Bakal Menyerlah Di Jalan Raya?
WTCA telah mempertontonkan model yang bakal memasuki pasaran negara, GAC EMKOO.
01-02-2024
Tempahan GAC GS3 Emzoom Kini Dibuka! – Harga Marhaen, Bawah RM130K!
WTCA telah secara rasminya membuka tempahan bagi SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM. Ini spesifikasinya...
31-01-2024
Panaslah Punggung Pesaingnya!
GAC GS3 Emzoom akan menembusi pasaran tempatan pada tahun depan.
15-11-2023
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
