ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Video Mazda CX-5 Facelift Bocor, Dilancarkan 30 Januari Ini Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda-CX-5-2-1536x864.jpg


Foto di atas memaparkan Mazda CX-5 versi pasaran luar negara. Dijangkaka,n Mazda CX-5 generasi kedua untuk pasaran tempatan hadir dalam reka bentuk yang sama. 


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Bermaz Auto telah menetapkan sasaran untuk memperkenalkan empat SUV baharu tahun ini, dan salah satunya, Mazda CX-5 Facelift akan ditawarkan tidak lama lagi. Perkara ini disahkan melalui perkongsian yang dibuat di media sosial, Facebook dan Instagram yang  mendedahkan tarikh pelancaran pada 30 Januari 2024. 


Menjelang pelancaran rasmi model ini, salah satu pengedar Mazda telah mengambil inisiatif untuk ‘menghangatkan’ pasaran dengan mempertontonkan reka bentuk luaran dan beberapa sudut dalam kabin yang berkemungkinan besar daripada CX-5 Facelift spesifikasi tempatan melalui sebuah video di Facebook:



Seperti sebelum ini, CX-5 Facelift juga dijangka akan dipasang di dalam negara (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah, dan akan ditawarkan dalam lima varian. Buat masa ini, harga jualannya masih belum disahkan, namun berdasarkan risalah harga yang tersebar di media sosial, CX-5 Facelift dikatakan akan dijual dalam lingkungan harga  RM154,779.20 hingga RM199,470.40.


Dari segi rekaan, CX-5 generasi kedua yang diperbaharui ini akan diberikan beberapa sentuhan baharu. Seperti yang dapat dilihat melalui video yang dikongsikan pengedar tersebut, lampu hadapan, lampu belakang, gril, bampar hadapan dan belakang serta rim aloi model facelift ini tampil dalam rekaan baharu. 


Screenshot-2024-01-24-165313.pngScreenshot-2024-01-24-165300.pngScreenshot-2024-01-24-165158.pngScreenshot-2024-01-24-165246.png


Antara sudut-sudut yang diberikan sentuhan baharu pada CX-5 Facelift. 


Memasuki ruang dalam kabin, kita boleh menjangkakan beberapa peningkatan kecil turut diberikan dari segi kelengkapan dan fungsi. Bergantung kepada varian, model ini mungkin akan memiliki pad pengecas tanpa wayar dan sistem infotainmen yang telah diperbaik dengan sambungan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto berwayar. 


Dari segi keselamatan, Mazda CX-5 dijangka akan diberikan ciri baharu dalam pakej bantuan pemandu aktif (ADAS) yang termasuk fungsi seperti sokongan jelajah dan trafik (CTS) yang membantu menjadikan SUV ini sempurna untuk kegunaan harian. 


Screenshot-2024-01-24-173043.pngScreenshot-2024-01-24-165338.png


Beberapa ciri baharu dapat dilihat dalam video ‘teaser’ tidak rasmi ini, salah satunya ialah pad pengecas tanpa wayar. 


Berdasarkan risalah model facelift ini yang kini tersebar di internet, CX-5 Facelift dijangka akan mengekalkan pilihan enjin yang sama. Antaranya ialah enjin petrol Skyactiv-G 4 silinder 2.0 liter dan 2.5 liter, versi lebih berprestasi yang menggunakan enjin berpengecas turbo 2.5 liter dan akhir sekali, enjin diesel turbo 2.2 liter 4 silinder. 


Mazda-CX-5-7.jpg


Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 6 kelajuan Skyactiv-Drive, tetapi hanya varian  petrol turbo 2.5 liter yang dijangka menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD), manakala varian lain menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD).


Setakat ini, hanya ini yang dapat kami kongsikan. Memandangkan model facelift ini akan dilancarkan tidak lama lagi, kita nantikan sahaja pendedahan rasmi daripada Bermaz sendiri. 


Jadi, apa pendapat anda? Adakah Mazda CX-5 Facelift berbaloi untuk dimiliki? Atau adakah anda akan mempertimbangkan pesaing terdekatnya, Honda CR-V yang baru dilancarkan? 


Mazda-CX-5-8-1536x1025.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4918

SELANGOR

BSU8716

JOHOR

JH436J

PULAU PINANG

PSH2593

PERAK

APM7597

PAHANG

CFJ3540

KEDAH

KGJ7326

NEGERI SEMBILAN

NEM5230

KOTA KINABALU

SJV573

KUCHING

QAB9540P

Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2026
Global

29-10-2025
Kereta Baru

02-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

03-09-2025
Kereta Baru

03-09-2025
Kereta Baru

03-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.