[VIRAL] Berpaut Pada Cermin Depan Sejauh 6 KM, Petugas Hampir Maut

Detik-detik mendebarkan bagi seorang anggota agensi pengangkutan jalan di Indonesia
Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial Indonesia yang mengejutkan orang ramai. Dalam insiden yang berlaku pada awal bulan ini iaitu pada 3 Januari lalu, seorang pemandu Toyota Avanza merakam dirinya sendiri memandu dalam keadaan bahaya.
Pemandu tersebut dilihat merakam saat-saat ketika beberapa petugas di jalan raya memintanya untuk keluar daripada kereta. Namun, atas sebab yang tidak diketahui, dia berdegil untuk tidak berhenti, sebelum bertindak merempuh salah seorang pegawai yang bertugas.
Pegawai tersebut dilihat cuba sedaya-upaya untuk berpaut pada cermin hadapan kereta yang meneruskan pergerakan sehingga sejauh 6.2 kilometer dari Jalan Denpasar Raya hingga Jalan Menteng, lapor portal berita Mothership.
Rakaman menunjukkan bagaimana kenderaan itu dipandu dengan laju, dan petugas tersebut hampir terjatuh disebabkan pergerakan agresif kereta.
Ketua Badan Pengangkutan DKI Jakarta, Syafrin Liputo, mengatakan bahawa kenderaan tersebut juga merempuh sebuah motosikal dan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh beberapa pemandu lain.
"Akhirnya, orang ramai berjaya menghentikan kenderaan tersebut di Jalan Menteng, sementara petugas tersebut berjaya diselamatkan," kata Syafrin.
Pemandu tersebut telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Setiabudi sebelum kes itu diselesaikan selepas dia memohon maaf.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7364
SELANGOR
BSQ8642
JOHOR
JYY8294
PULAU PINANG
PSD1543
PERAK
APJ2704
PAHANG
CFG7958
KEDAH
KGG5430
NEGERI SEMBILAN
NEK6715
KOTA KINABALU
SJS4420
KUCHING
QAB166P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat