Artura Spider, Kuasa Umph, Reka Bentuk Macho, Agak-Agak Berapa Harganya?

Selepas tiga tahun membuat penampilan globalnya, McLaren Artura Spider akhirnya sudah pun dilancarkan pada awal minggu ini.
Ia yang merupakan sebahagian daripada model tahun 2025 telah menerima beberapa penambahbaikan berbanding model sebelum ini.


Bermula dengan perubahan terbesar, Artura Spider menerima kuasa tambahan sebanyak 19 hp berbanding kembar coupenya.
Ia yang disumbat dengan enjin M630 3.0 liter V6 turbo berkembar mampu menghasilkan kuasa setakat 596 bhp pada tork 585Nm.
Artura Spider yang digandingkan dengan hibrid plug-in motor tunggal (PHEV), sekali gus membolehkannya ia menghasilkan kuasa keseluruhan setinggi 690 hp dan 720 Nm.
Sementara itu, enjinnya dipadankan dengan kotak gear SSG (Seamless Shift) lapan kelajuan dengan gear undur menggunakan motor elektrik dan dipasang pembeza elektronik (E-Diff).
Dari segi pecutannya pula, ia mampu memecut dari 0 sehingga 100 km/j hanya dalam masa tiga saat dan 8.4 saat dari 0 sehingga 200 km/j.

Selain bercakap mengenai trenkuasanya, versi Spider ini dikatakan lebih berat 65 kilogram berbanding model coupe.
Beratnya itu sebenarnya datang daripada bumbung Retractable Hard Top (RHT) kawalan elektrik.
Bagaimanapun, Artura Spider yang seberat 1,575 kilogram sebenarnya masih mampu mengaum di atas jalan raya memandangkan pesaing Ferrari 296 GTS juga lebih berat daripadanya, iaitu 1,540 kg.


Berbalik kepada penambahbaikan yang dilakukan ke atas model tahun 2025, ia turut melibatkan penambaikan pada sistem gantungan dan transmisi bagi menjadikan kedua-dua bertindak balas dengan lebih cepat manakala sistem ABS juga disemak semula bagi mendapatkan prestasi brek yang lebih baik.
Difahamkan, ia kini didatangkan dengan sistem ekzos yang telah diubah suai manakala resonator untuk jentera ini telah ditala untuk mendapatkan bunyi yang biasa.


Begitupun, pembeli sebenarnya boleh memilih pek ekzos sports jika mahukan bunyi yang lebih mengaum.
Buat masa ini, Artura Spider sudah boleh ditempah dan ia dijual pada harga RM1.3 juta.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
McLaren Daniel Ricciardo 720S Edisi Terhad: Hanya 3 Unit Dikeluarkan!
McLaren menghasilkan versi terhad dan eksklusif model 720S.
01-11-2021
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge