ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Beyond Zero Ke Arah Neutral Karbon

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengeluar kereta bukan nasional terkemuka, memperkenalkan inisiatif Beyond Zero untuk mencapai matlamat ke arah Neutraliti Karbon menjelang 2050.

Acara itu turut sebenarnya membabitkan ikrar UMWT untuk menerajui usaha ke arah mewujudkan masa depan yang mampan dan saling berhubung.

image.png

Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz,  turut  memuji komitmen UMWT terhadap amalan mampan dan pemuliharaan alam sekitar. 

“Menyedari kepentingan untuk peralihan Malaysia kepada tenaga mampan, kita didorong oleh komitmen global dan potensi untuk kepelbagaian ekonomi dan keterjaminan tenaga. 

image.png

“Malaysia diiktiraf sebagai negara terbaik di Asia Tenggara dalam Indeks Peralihan Tenaga 2023 oleh Forum Ekonomi Dunia, sekali gus berada di atas landasan yang betul untuk menjadi pemimpin serantau dalam peralihan tenaga,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian inisiatif Beyond Zero.

Sementara itu, Presiden UMWT, Datuk Ravindran K. berkata, pihaknya mengakui wujudnya pelbagai cabaran dan peluang di seluruh negara dalam usaha memperjuangkan pendekatan berbilang laluan (multi-pathway) dan melaksanakan tindakan kitar hayat yang sesuai agar selari dengan setiap kepentingan nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara. 

“Menyedari keunikan landskap industri automotif Malaysia, serta kedudukannya sebagai hab pengeluaran elektrik dan elektronik utama di Asia Tenggara, adalah penting untuk kami meletakkan diri kami di kedudukan yang sewajarnya dalam perjalanan ini.

Acara Beyond Zero dilancarkan secara simbolik bagi mempamerkan pendekatannya yang pelbagai dengan berbagai-bagai teknologi elektrifikasi, termasuk Kenderaan Elektrik Hibrid, Kenderaan Elektrik Bateri dan Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api.

image.pngimage.png

UMWT akan mempamerkan Kenderaan Elektrik Hibrid keluarannya, yang mendapat sambutan hangat di pasaran Malaysia.

Selain HEV, UMWT akan turut menayangkan buat pertama kalinya, Kenderaan Elektrik Bateri dan Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api, termasuk mempamerkan model bZ4X yang bergaya, Hilux BEV yang tahan lasak.

image.png

Selain itu, BEV ultra kompak dua tempat duduk atau lebih dikenali sebagai , C+Pod akan turut diperkenalkan sebagai pilihan mobiliti yang direka khusus bagi meningkatkan kadar kecekapan tenaga setiap individu dalam persekitaran bandar. 

Turut dipamerkan ialah Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api seperti Toyota Mirai FCEV, GranAce FCEV dan Hilux FCEV. Kenderaan yang dikuasakan oleh hidrogen ini menggabungkan inovasi teknologi dengan reka bentuk anggun dan prestasi dinamik,

Acara itu sudah  bermula pada hari ini hingga 28 Februari di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-10-2025
Berita Auto
Gaya Hidup

06-08-2024
Berita Auto
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

23-03-2024
Berita Auto

07-03-2024
EV

22-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.