BMW iX xDrive50, BMW iX M60 Dikemaskini

BMW Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya sudah mengemaskini dua varian untuk tahun 2024, BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60.
Ini bermakna, tiada lagi penawaran xDrive40 dan xDrive40 Sport di pasaran kita.
Untuk makluman anda, BMW iX xDrive50 yang disumbat dengan dua motor elektrik serta system pacuan semua roda mampu menghasilkan kuasa setakat 523 hp dan tork 765 Nm.
Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.6 saat manakala kelajuan maksimum ialah 200 km/j.

Dengan penggunaan pek bateri berkapasiti 111.5 kWh, ia boleh bergerak sejauh 630 km dengan hanya sekali cas.
Menyentuh mengenai BMW iX M60 pula, varian ini turut menggunakan dua motor elektrik dan dilengkapi dengan system. Namun varian ini mampu menghamburkan kuasa setakat 619 hp dan tork 1,015 Nm.
Mengenai daya pecutannya pula, ia boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.8 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 250 km/j.

Ia disumbat dengan pek bateri berkapasiti 111.5 kWh, namun boleh bergerak sejauh 561 km dengan hanya sekali cas.
Difahamkan, kedua-dua varian dibekalkan dengan fungsi AC Charging Professional.
Ia menawarkan keupayaan pengecasan 22 kW di mana bateri boleh dicas penuh dalam masa lima jam 30 minit, atau 11 kW (pengecasan penuh 11 jam).
Pengecasan pantas 195 kW turut disokong, di mana bateri boleh dicas 0-80 peratus SoC dalam tempoh 35 minit.
Lebih menarik, pemilik BMW iX boleh menikmati akses pengecasan di lebih 1,700 fasiliti di seluruh negara, selain akses kepada lebih 400 fasiliti pengecasan (ChargeEV, Yinson GreenTech), dan 160 buah fasiliti pengecasan (kerjasama dengan JomCharge, Gentari, ChargeN'go, ChargeSini, Go To-U dan FlexiParking).

Antara pengemaskinian yang dilakukan ialah BMW iXnmenampilkan BMW Digital Key Plus.
Ini bermakna pengguna boleh menyahkunci BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 secara automatik dengan kunci fizikal atau telefon pintar iPhone atau Android.
Ia bukan sahaja membekalkan akses yang lancar, tapi juga menaik taraf aspek sekuriti dengan fungsi mengunci automatik yang dapat diaktifkan mengikut jarak pemandu dari kenderaan.


Dengan kunci digital ini, ia boleh dikongsi dengan lima peranti sekali gus memudahkan lagi pengalaman pemilikan jentera ini.
Menjengah bahagian kabinnya, ia menampilkan Interior Design Atelier secara standard.
Selain itu, terdapat skrin kluster instrumen melengkung sebesar 12.3 inci, skrin tengah 14.9 inci, sistem operasi BMW Operating System 8.5 , sistem pendingin hawa empat zon, pengecasan tanpa wayar, dan sistem audio Harman Kardon dengan 18 pembesar suara keliling.

Bagi yang berminat , BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 didatangkan dengan pilihan warna Alpine White, Mineral White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, Oxide Grey Metallic dan Blue Ridge Mountain Metallic.


Pemilik BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Servis Dalam Talian BMW

Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 ini dengan Waranti Lanjutan dan Inklusif Servis & Pembaikan BMW ialah:
BMW iX xDrive50 Sport: RM465,800
BMW iX M60: RM579,800
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge