BMW Z4 Bakal Mendarat Di Pasaran Global Mac Nanti!

Selepas membuat penampilan sulung secara global kira-kira lima tahun lalu, BMW akhirnya menawarkan Z4 roadster tetapi ia kini didatangkan dengan kotak gear manual.
Difahamkan, kotak gear manual dibangunkan khas untuk Z4 M40i yang merupakan spesifikasi paling tinggi.


Ia akan mula ditawarkan di seluruh dunia bermula Mac nanti. Ini mungkin berita baik buat peminat kereta roadster yang sudah lama menanti kehadirannya di pasaran.
Sebelum pengumuman ini dibuat, satu-satunya cara untuk anda mendapatkan Z4 ialah mendapatkan kembarnya dari Jepun, Toyota GR Supra.
Ia menggunakan kotak gear manual enam kelajuan bersama transmisi automatik 8-kelajuan standard ZF selain disumbat dengan enjin B58 pengecas turbo 3.0 liter mampu menghasilkan kuasa setakat 382 hp dan tork 500 Nm.
Apa yang pasti, ia menawarkan pemanduan yang cukup menyeronokkan buat si pemiliknya.
Mana tidaknya, Z4 mampu memecut dari 0-96 kilometer sejam hanya dalam 4.2 saat namun sedikit perlahan berbanding Z4 yang menggunakan kotak gear automatik.
Sebaliknya, kelajuan maksimum masih tidak berubah iaitu 249 km/j.
Sebelum itu, BMW ada menegaskan bahawa pilihan stick-shift ini lebih daripada sekadar pertukaran kotak gear.

BMW mendakwa bahawa ia menggunakan beberapa bahagian khusus M untuk unit enam kelajuan baharu yang telah diperhalusi untuk pemanduan dinamik.
Maknanya, ia memberi bayangan bahawa Z4 bukan unit yang sama digunakan pada kembarnya yang dari Jepun.
Apapun, para pelanggan boleh memilih Z4 M40i Handschalter atau edisi Pure Impulse dengan beberapa ciri khas.



Selain stick-shift, ia menerima beberapa kit tambahan. Antaranya, tayar dwiwarna aloi M-ringan baharu berukuran 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang, kaliper brek berwarna merah, pilihan cat metalik khas seperti San Remo Green dan Frozen Deep Green, serta sebagai aksen trim hitam Shadowline.
Bahagian dalamannya pula, Z4 M40i dilengkapi kemasan kulit Vernasca dan bukannya kulit sintetik Sensatex.
Ia didapati dalam lima pilihan warna dan para pelanggan boleh menambah beberapa trim Alcantara pada bahan kulitnya namun ditawarkan dengan kos tambahan sebanyak AS$3,500 untuk pasaran Amerika Syarikat.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1728
SELANGOR
BSN4684
JOHOR
JYT4638
PULAU PINANG
PSA6572
PERAK
APG1342
PAHANG
CFF8479
KEDAH
KGE8325
NEGERI SEMBILAN
NEJ8144
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4273N
Terakhir Kemas Kini 20 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat